Thursday, June 25, 2009

Hanya Dia Tahu



Sinopsis :
ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.
Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.


Harga : RM 18.00
Halaman :452
Keluaran : Alaf21



Aku amik masa satu hari je baca novel ni. Komen aku simple je, citer ni menarik untuk dibaca. Karya Aleeya Aneesa makin lama makin ada kemajuan. Satu yang aku suka bila baca novel Aleeya, dia selalu selitkan kisah kekeluargaan selain cinta dlm novel dia. Kira novel dia cukup perisa bukan kisah percintaan semata-mata. Untuk novel kali ni, Aleeya turut selitkan kisah keakraban dua sahabat baik. Macam mana seorang sahabat sanggup berkorban utk sahabat yg lain walau jiwa sendiri terluka. Mungkin bila baca kita rasa, logik ke?? ada ke kisah cinta/sahabat mcm ni?? macam tak logik je.. but hey.. this is life, sometime impossible thing can be possible in our life. Only God Know.. Hanya DIA tahu.

Karya yang satu ni juga cukup pandai membuai emosi aku. Mengempang aku menahan marah dekat Zain (watak hero yang kerek). Sampaikan sambil baca mulut aku sambil marah2 dekat Zain, rasa tu olahnya kalau Zain tu wujud depan mata memang kena penumbuk dengan aku dah. Simpati dekat Nasuhah membuak-buak, lagi2 yg part Mama ngn Mak dia pun lebih percayakan Zain dari dia. Isk.. masa ni memang aku geram gila2 dengan Zain, jantan yang tak paham bahasa orang tak nak kat dia.

Bacalah, tak rugi baca. Aku tak tahulah pada orang lain, tp bg aku, THUMBS UP.

4 komen:

shahliza94 said...

memula..blajo kat johor...pastu keje kat johor..pastu berumahtangga di johor juga.....

eKiNisMe said...

aritu adik cari xjumpe pOn novel nie kak...huhu

husz_nie said...

akak Liza ni nak komen kat topik mana yg benonya ni.. kekeke

Ekin.. cuba cari kat popular.. sure ada.. akak pun beli kat situ

yaya said...

baru nk mncarik nvel nih...bace komen2 marik minat la plak..nnti nk carik....hopefully xtrlambat :-)

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons