Sunday, July 05, 2009

Sungguh Aku Cinta - Anis Ayuni



Pengarang : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Mukasurat : 512 Halaman

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...



Actually aku baca buku ni bulan 5 hari tu lagi. Sekali dgn buku Hanya Dia Tahu. Cerita ni agak menarik juga. Kisah mengenai janda, mcm mana org fikir pasal janda, penerimaan org ramai terhadap janda, macam mana seorang lelaki sanggup lakukan apa sahaja pasal cinta, kisah cemburu. Intipati biasa dlm novel cinta tp cara pengolahan yg menjadikan ianya menarik. Kalau buku anis yg sebelum ni aku rasakan kurang ump dan tak begitu menarik... buku kali ni pula boleh tahan. Recommended for reading.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons