Thursday, July 02, 2009

Macam mana?? Macam mana?? Macam mana??


Aku ingat aku akan menganggur lama selepas berhenti dari Dell. Alhamdulillah, rezeki aku nak dapat kerja di Johor. Jadi bermula 8 Jun yang lalu aku bukan lagi seorang penganggur. Masin mulut Zainal yang aku akan bekerja di Johor. Sejak aku mula bekerja balik ni, macam2 soalan 'macam mana' yg aku terima. Macam mana kerja baru?? Macam mana dok Johor?? Macam mana dgn jari?? Keh keh keh.. so aku nak jawab semua soalan macam mana ni kat sini.


KERJA..

Dapat kerja ni kira memang rezeki aku la. Abang Farid yg inform ada kekosongan dekat ofis dia untuk jadi pembantu. Asalnya dah ada org utk jawatan ni, tp last minute org tu tak mahu kerja. Hari Isnin, 8 Jun tu aku terus ke opis, jumpa dgn James (Construction Manager), James just bgtahu brape gaji, apa yg aku perlu buat dan aku terus masuk kerja. Simple, takde interview2. Tapi taraf perjawatan ialah sementara sehingga habis projek maybe until December this year. Takde EPF takde SOCSO sbb James byr guna pocket money. Gaji pulak kurang sket je dari gaji aku kerja katg DELL, so not bad la kan. Opis aku letaknya di Pasir Gudang di MMHE (Malaysia Marine Heavy Engineering - betul ke ni.. hentam aje la)




Pening jugak kepala mula2 nak filekan semua dokumen2 ni. Hari2 meja aku penuh dgn timbunan kertas2 dan file. Apalagi inilah first time aku terlibat dgn final document. Dah 3 kerja dgn 3 kompeni aku kerja, semua ketiga2 kerja langsung lari jauh dari apa yg aku belajar dekat u dulu.. pergh... jenuh le aku nak kejar. So pada aku skang, tak semestinya kita bekerja kena ada pengkhususan, tapi kita kena jadi org serba boleh so that we can do and learn something new everyday.. ngeh ngeh. Kalau aku kata kerja baru aku ni aku jadi budak pejabat.. silalah percaya.. aku tak tipu.. kekeke...aku tak kisah.. janji gaji masuk. Pastu aku pergi dan balik kerja pulak dgn Abang Farid, dah namanya satu opis (terpaksalah aku simpan tanduk aku dalam2... hak hak hak), duit minyak mmg dah jimat le.

Cuma yang bosannya, dekat TM ngn DELL aku ada pc sendiri dan internet connection, dekat sini takde pc ngn internet connection.. maka kebosananlah aku yg rajin mengulor masuk macam2 website ni... huhuhu.


JARI...

Macam mana jari?? Dah ok ke belum?? Well, jari aku cuma tinggal sedikit je lagi nak baik. Diameter luka skang tinggal lebih kurang sebesar putik kapas. Tapi yg sedikit ni la yg mencabar kesabaran aku. Luka ni mcm main2 pula dgn aku. Sekejap mcm dah cantum, sekejap terbuka balik. Isk isk, cubaan. Takpelah, aku cuci gak hari2, 2 kali sehari. Aku cuci sendiri je tak pergi klinik dah. Pastu sekarang aku amalkan makan vitamin C dan Neurobion (vitamin B1, B2, B12) untuk saraf. Ahli farmasi sarankan kat aku utk makan ni, mana tahu saraf jari aku boleh pulih balik.


ini latest picture jari aku.. bila dah betul2 sembuh ni aku update lg gambar2 perkembangan jari aku..




STAYING IN JOHOR..



Macam mana dok Johor?? Stay mana?? Sewa rumah ke?? Aku stay dgn Nyah di Masai. Abang Farid (husband Nyah) yg pelawa tinggal sini. Dah jimat sewa rumah dan duit makan... jimat byk tu.. kekeke. Kereta aku tak bawak, aku tinggalkan kat Perak. So macam patah kaki gak la aku. Kalau dulu boring2 aku drive je pergi mana2 aku suka. Tgk wayang ke, window shopping ke apa ke. Kat sini takle nak wat mcm tu. Dgn takde kenderaan sepasal (nak pakai keta nyah pun segan gak, dah le menumpang rumah dia), dengan aku tak reti jalan2 kat Johor ni... haiii.

Memang aku dah pernah stay johor, masa sekolah rendah ngn masa masuk U. Tapi still ada rasa canggung bila stay sini lagi utk bekerja. Rasa macam mana ek?? erm.. payah nak citer. Pastu masa mula2 aku sampai, aku ada rasa berat nak bernafas, maybe sbb udara Johor a bit tepu, tambahan lagi aku kerja dekat shipping yard. Udara kat kampung rasa ringan dan bersih sikit. Pencemaran udara rasanya kat Johor ni.. udara kurang bersih.. wahaha.. sume org Johor pakat marah aku kang, aku cuma banyakkan minum air masak dan skang alhamdulillah... dah takde masalah ni. Maybe sbb paru2 aku dah biasakan diri dgn udara sini.

Berapa lama lagi aku akn stay di Johor?? wallahuaklam. Kalau lepas abis projek takde kerja lain, aku balik Semanggol la... apa lagi.. aku dah rindu dgn kereta aku, Laksamana Sunan, Dato Panglima, Ratu, Kerbau dan kura2 aku... tp kura2 aku Umi dah lepaskan kat kolam ikan keli... huhu.. takpelah. Kat Umi ngn Abah of courselah.. jgn citer..


Oklah.. sampai sini dulu. Aku harap explaination aku org leh faham.. almaklumlah.. org tak reti mengarang ayat.. kekeke.



0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons