Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Merdeka ke 52 thn & Ulangtahun Ke 22.

Alhamdulillah, masuk tahun ni sudah 52 tahun Malaysia merdeka. Semoga kemerdekaan ini berpanjangan. Dan semoga anak-anak melayu bangkit dari membiarkan minda mereka dijajah. Terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah berjuang memerdekakan tanah melayu ini. Agak2 ada tak yang mabuk2 sambut merdeka malam tadi walaupun di bulan ramadhan ni.. ish ish.. bilalah minda mereka nak merdeka.Di entry ini juga aku nak ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun ke 22 buat satu-satunya adik aku. Semoga dipanjangkan umur untuk beramal kebaikan, semoga dimurahkan rezeki, semoga ditambahkan ilmu, semoga menjadi orang alim, pewaris tokwan dan abah, semoga bertemu jodoh yang baik.. aminnn.Dan untuk semua... MERDEKA...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Ulangtahun Ekin

Selamat menyambut ulang tahun ke 22 dik. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Akak harap adik akak ni makin berani, jangan takut2 sangat. Lepas tu benda2 yg remeh temeh tu jgn pikir sangat.. semoga gembira selalu.. muahs...

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Ulang Tahun Ke 5 - Bilal!!

Selamat menyambut ulangtahun ke-5. Semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu. Semoga sentiasa dilindungi dari segala mala petaka. Semoga dipanjangkan umur untuk beramal kebaikan. Semoga menjadi anak yang soleh, yang berbakti kepada kedua-orang tua, keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga menjadi orang alim, orang yang berguna. Semoga buas tu makin kurang, dalam ramai2 anak atih, bilal ni yang selalu cedera. Semoga segala kebahagian dan kebaikan untuk bilal. AminnnnAtih sayang bilal......

Sunday, August 16, 2009

SETEM???

Filem 'SETEM' arahan Khabir Bhatia, lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Haidar, Aziz Sattar dan Bront Palare dah pun mengegarkan pawagam.Ahad lepas Mimi ajak aku tengok wayang so zoom.. aku angkutsekali dengan dua orang anak sedara aku, si Azam ngn Saiful. Pergi tu main redah je, tak plan pun nak tengok citer apa. So sampai tengok, tengok cerita yg bersesuaian waktu tayangannya, kitorang amik keputusan tengok citer SETEM.Siapa sangka pasal SETEM boleh dijadikan cerita? Kisah yang bermula dengan sekeping setem berakhir dengan persahabatan, apa itu kehidupan secara bersih dan juga kemurahan hati manusia. Kira cerita lengkap perisalah, kelakar, ada motif, ada pengajaran, menarik dan ada sesuatu yang hendak disampaikan. Sesuai...

International Orchid & Bonsai Festival 2009 - JB

Hari Sabtu minggu lepas, 8 Ogos, Aku dan Nyah sekeluarga pergi ke Festival Orkid yang diadakan di Danga Bay, JB. Biasalah, kami kan penggemar orkid, surelah pergi punya. Di perkarangan Danga Bay tu banyaklah gerai2 menjual orkid. Macam-macam jenis orkid ada, dari pelbagai warna, dari yg sebesar-besar orkid sampailah ke yang sekecil-kecil orkid. Nak yg dandrobium? cattleya? spider? butterfly? suma ada. Harga pun berpatutan, sampai rambang mata la Nyah nak membeli orkid untuk menambahkan koleksi sedia ada. Aku lak, mujur aku duduk dgn Nyah sekarang, kalau aku duk sorang2 ada rumah macam masa duk Penang, sahih aku pun dah memborong sakan. Hai, apalah cerita orkid2 aku skang yg Yong tolong bela tu.. huhuhu.Aku pasti penggemar orkid semua memang...

Saturday, August 08, 2009

Kartun yang menyentuh hati..

Tadi channel Disney tayang balik kartun Brother Bear. Aku suka tengok kartun ni, bila2 tengok pun aku tetap rasakan kartun ni touching. Kisah seorang lelaki yang suka buat kerja terburu-buru.. dia tak sedar dialah yg membawa kepada kematian abang dia dan seekor beruang yg tak bersalah. Hingga akhirnya dia ditukarkan menjadi seekor beruang dan berjumpa dgn anak beruang yang mati tu, Koda. Pengembaraan dia dengan Koda sedikit sebanyak menyedarkan dia utk bersikap lebih bertanggungjawab dan erti kasih sayang. Akhirnya dia sanggup korbankan hidup dia sbg manusia dan stay as bear semata-mata sebab kasih dia pada Koda.Aku tak tahu pada org lain, tp pada aku citer ni betul2 menyentuh perasaan. Mainly boleh dikatakan kisah dia pasal kasih sayang,...

Saturday, August 01, 2009

Selamat Ulangtahun Ke-4 .. AMRI

"Semoga menjadi orang alim, orang yang beriman, macam moyang ngn tokwan. Semoga menjadi cendekiawan, berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada Umi dan Abah. Semoga dijauhkan dari kejahatan, hasad dengki, hasutan dan gangguan baik dari manusia, jin, syaitan, iblis, mahupun sesama makhluk. Semoga sentiasa berada dalam rahmat, berkat dan lindungan Allah S.W.T.. aminnn"Atih sayang amri... muah...

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons