Thursday, February 25, 2010

Eh.. budak ke ni???

Last week, bos aku bagi cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Tak mohon pun, tapi dah dibagi, cuti aje lah ek.. umpama kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Terima kasih lah Mr. James ek sebab bagi saya bercuti sakan.Dah cuti lama, aku pun apa lagi, balik kampung la. Melampiaskan rindu yang tidak bertepi yang bergelora umpama ombak menghempas pantai terhadap keluarga di kampung. uh.. bahasa.. cam getik lak bunyinya..ekeke.Hari senayan, aku ke rumah Yong di Kulim. Melepaskan rindu kat anak-anak buah aku yang empat orang tu. Geram je tengok Laila, lincah betul. Pipi dia tembam macam dok kulum gulu-gula aje. Rasa nak cubit.Manakala anak buah aku yang sulung tu, yang baru darjah empat tu, sempat menghadiahkan satu soalan cepu...

Sebuah surau di hujung desa...

Melangkah masuk ke dalam surau, tengok-tengok, ramainyalah umat bergelimpangan melayari bahtera mimpi kat dalam surau. Ceruk sana ada org tidur, ceruk sini ada org tidur, ceruk situ ada org tidur, sampai kat ceruk sinun pun ada org tidur. Ish, ish, habis tu? Aku nak sembahyang kat mana? Ada ruang untuk berdiri je ni.Aku pun terus pi dekat salah sorang yg sedang nyenyak melayari mimpi, kebetulan dia berbaring mengiring menghadap kiblat, aku pun angkat tangan dan niat; sahaja aku sembahyang jenazah.....Habis sembahyang, aku baca Yasin pulak. Mendayu-dayu, berlagu-lagu umpama qariah terkenal. Habis bacaan Yasin, aku tengok balik kat org depan.. wah makin nyenyak tidurnya. Aku pun terus bacakan talkin, 'Ma Robbuka?'Tak dan habis soal minah tu...

Sunday, February 07, 2010

Berkhatan Beramai-ramai....

Sebenarnya ni cerita dah basi... tahun lepas punya cerita, tapi baru hari ni dimuat turunkan ke blog. Pada 19 Disember 2009, seramai 6 orang anak buah aku dari yg berumur 8 tahun hingga yg berumur 4 tahun dan 4 orang anak jiran sekampung telah selamat dikhatankan. Bersempena dengan majlis khatan ni yg bertempat di rumah Abah, Semanggol, adalah kenduri sikit diadakan, sebagai tanda kesyukuran.. Jadi, malas nak cerita banyak... kita tengok gambar sudah...Peserta-peserta upacara khatan dipancutkan dengan air beramai-ramai oleh Pak Lang bertujuan untuk menyejukkan badan... habih lokoih satu badan... Menggigil-gigil lepas kena pancut... inilah... barisan kitaaaa... yg sediaaa... untuk dikhatan... kat dalam rumah lak, kaum ibu dok siapkan lauk kenduri......

Saturday, February 06, 2010

Seorang Teman Pernah Berkata....

Sepuluh tahun yang lalu, seorang teman pernah berkata, "apa gunanya telefon kalau tidak digunakan..." -- ini bukan iklan Telekom, aku dah tak kerja dengan Telekom dah. Kata-kata ni sebenarnya bukanlah diucapkan secara direct, tapi ditulis pada kad ucapan selamat hari raya.Dulu, lepas SPM, aku tak rajin nak hubungi kawan-kawan sekolah. Aku banyak menyepikan diri di rumah je, buat part time jual jambu. Untung jual jambu tu boleh lah tampung sikit-sikit perbelanjaan dekat universiti. Ada tak ada pun, cumalah menghantar kad ucapan selamat hari raya. Aku pun tak tahu kenapa aku menyepikan diri, mungkin sebab aku tak tahu apa yang hendak disembangkan.Bila aku dah melangkah ke universiti pun aku masih jarang-jarang hubungi kawan masa sekolah. Ada...

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons