Wednesday, December 29, 2010

Antara keperluan... dan kehendak....

Kelmarin saja gi merayap-rayap dengan akak aku. Singgah satu kedai handphone ni, saja le aku membelek-belek handphone yang ada. Dah jadi mcm tabiat lak aku, hujung bulan gi kedai handphone, belek2 handphone.. handphone yg mahal-mahal lak tu, murah2 aku tak nak... ahahaha.. tanya apa function le apa la, tapi tak beli pun.. saja suka belek je.. ekekeke.

Tapi dalam dok belek-belek tu, berkenan le jugak dengan Nokia X6. Mantop gitu. Ada 3G, ada Wifi, kamera 5MP, built in memory 8GB/16GB (takde memory card)... design pun canggih a. Harga dia?? Harga dia RM839 je. JE!!.. Kalau ikut hati, memang nak sambar je, tp sebulan le tak isi minyak kete, gi opis jalan kaki, pastu puasa... ahahaha.

cantik kan??

Memandangkan aku pun dah ada handphone, so benda tu cuma jatuh tahap kehendak je, bukannya keperluan. Minat tu tinggal minat je la. Ekekeke. Begitulah lumrah kita, kalau dalam membeli barang ni, kena pandai bezakan yang benda tu keperluan atau kehendak. Utamakan keperluan, bukan kehendak sebab biasanya kehendak ni cuma mengikut nafsu je. Walau pun kalau ianya menjadi keperluan sekali pun, kena gak ikut budget kita, kalau tidak diri sendiri yang parah. Kadang-kadang tu bukan tak de duit, duit tu ada, tp ada benda lain juga yang menjadi keperluan. Jadi kesimpulannya, janganlah berbelanja mengikut nafsu. Kalau tak diri sendiri yang lesu.

Apa la yang ko membebel ni?? ahaha

Nak-nak pulak bulan lepas aku baru je sambar lappy baru. huhu. Kalau tak mungkin ada can jugak aku beli handphone tu.. ahahaha.

Bercerita pasal lappy ni, ha.. ni pun satu hal jugak. Ni dah masuk isu cuai lak. Bak kata omputih, careless mistake. Alkisahnya, lappy aku yang Compaq tu, dah sodaqallahul azim... dah jahanam le tu.

ha yang ni la.. eh.. bukan ni tp rupe dia mcm ni la..

Apa rosaknya? Papan Ibu dia rosak... ala, motherboard le tu. Aku dah riki-riki kat service center utk Compaq, motherboard saja, belum campur upah installation, harganya ialah RM1000++. Jadi, adapun dari menukar motherboard baru adalah lebih baik sekiranya membeli lappy baru. Kebetulan warranty dengan Compaq sendiri dah habis, setahun je Compaq bg warranty. Disebabkan itu jugaklah aku mematikan.. potong la.. aku punya line broadband. Dari bayar2 RM68 bulan2 tapi takle guna.. huhu.

Tapi... tapi.. yang betulnya, aku ada beli warranty tambahan dengan kedai yang jual lappy tu, SEC. 3 tahun lak tu, means kalau ada kerosakan, kedai tu yang akan tanggung kos repair. Cumanya... yang menjadi kekecewaan, bila aku cari resit beli lappy tu tak jumpa.. uhuhu. Jenuh aku punggah barang2 aku kat kampung, kat rumah Perai, tapi tak jumpa. Kecuaian aku la tu tak ingat aku simpan kat mana.

Masa dok kemas barang kat rumah Perai pun nak pindah, sambil kemas sambil aku belek2 mencari resit tu, tetap gak tak jumpa. Aku tanya kedai, kena ada resit tu juga baru aku leh claim warranty. Ah.. kacau tul. Dah la tambahan 300 gak utk warranty tu.

Last2, dah malas nak pikir banyak, dengan nak wat design pun payah, nak proses gambar2 aku dr format RAW ke JPEG pun payah, nak update blog pun payah, nak terus sambung CCK pun jd terbantut (alasan), nak main game pun payah... ahahah... jadi aku ikut Abg Farid gi Danga City Mall bulan lepas, terus sambar lappy baru. Canggih tu, processor I3 lagi. Canggih bagi aku la. Tapi idakle teman beli cash, tak cukup kaye lagi teman ni, teman hutang, bayor bulan2.

macam nile rupenya... cantik tak?? ekekeke..

Baru-baru ni, awal bulan 12, aku balik kampung, mengemas-ngemas rak buku aku, terjumpa pulak resit beli lappy Compaq. Elok je terlipat dalam sampul loan belajar aku.. terselit celah2 album setem aku. Ceh.. apekah.. sesudah aku mencari yg baru, baru berjumpa denganmu.. kau kijam.. kijam...

Jawabnya, bagi lappy Compaq tu kat adik aku, suruh dia bawak gi repair. Kalau boleh, gunalah kat dia. Dia dah bawak pun, mmg boleh repair under warranty.. huhu.. Nak wat camne.. kira okla jugakkan.. sekurang-kurangnya dpt lappy baru.. ahaha.

Jadi, kesimpulannya, jgn cuai. Benda2 yang penting sepatutnya simpan elok2 setempat, bukan main selit merata.. huhu. Kalau tak, tak jadilah seperti senario di atas. Ni pun termasuk dlm keperluan dan kehendak gak ni, cuma ianya menjadi keperluan sebab kecuaian... huhu.

p/s : brape banyak tapi da aku guna dlm entry ni...

Friday, December 17, 2010

Melawat tempat-tempat bersejarah di Perak.

Baru-baru ni aku dan family aku berkesempatan melawat ke beberapa tempat yang menarik dan bersejarah dekat Perak. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat menelusuri khazanah bersejarah bumi Perak.

Antara tempat-tempat yang kitorang pergi ialah Kota Ngah Ibrahim di Larut Matang, Muzium Taiping, Pusat Pembiakan Penyu di Segari, Teluk Batik, Lumut, Muzium Sejarah Pasir Salak dan Kapal Korek Bijih di Tanjung Tualang. Agak kecewa juga bila tak sempat ke Menara Condong Teluk Intan dengan Kellies Castle sebab kesuntukan masa.
Kat bawah ni serba sikit penerangan untuk dua tiga tempat je yang mana aku sempat snap gambar.


Kota Ngah Ibrahim, Larut Matang, Perak.



Dekat sebelah mana kedudukan kota ni sebenarnya aku tak berapa pasti, ekeke, almaklumlah.. orang buta arah. Yang pasti kota ni di daerah Larut Matang & Selama.

Alhamdulillah, kota ni masih dijaga dengan baik sehingga hari ini. Tahniah dan syabas kepada pihak yang bertanggungjawab memelihara kota ni dengan baik. Khazanah Negara memang wajar dipelihara..

Kota ni pada asalnya merupakan kediaman Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, kemudiannya pada zaman pemerintahan British, tempat ni juga dah dijadikan mahkamah unuk perbicaraan ke atas Dato Maharaja Lela dan yang lelain-lelainnya di atas tuduhan membunuh Residen Perak pertama J.W.W Birch. Termasuklah Ngah Ibrahim sendiri bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin telah dibuang ke kepulauan Seychelles. Juga telah dijadikan penjara untuk menahan orang-orang yang menentang pemerintahan British pada masa itu.

Masa zaman pendudukan jepun pulak, kota ni telah dijadikan markas Jepun. Potong Kapara…. Malah, kesan kapal terbang jepun terhempas dekat kota ni pun leh nampak lagi. Inilah sedikit sebanyak sejarah kota ni yg aku ingat hasil dari pembacaan aku semasa melawat kota ni.

Tak rugi luangkan masa bawa family melawat kota ni. Dalam bangunan utama kota ni korang dapat baca sejarah pasal Perang Larut yang berlaku antara puak Ghee Hin dan Haisan, sejarah pasal Orang Kaya Ngah Ibrahim ni sendiri dan keturunannya, pasal Dato Sagor, Dato Maharajalela, Si Pandak Endut (pembunuh Birch), Sultan Abdullah dan beberapa pembesar lain yg terlibat dalam pembunuhan Birch. Juga di pamerkan peralatan-peralatan melombong, perkakas-perkasas orang British dan askar Jepun. Di tingkat atas bangunan ni pula diorang letak replika.. erm.. or maybe arrangement untuk suasana masa perbicaraan ke atas kes pembunuhan Birch.

Di sebelah bangunan ni pulak, letaknya kubur Orang Kaya Ngah Ibrahim yang mana jenazah Allahyarham telah dipindahkan dari Singapura (allahyarham dimakamkan di Singapura setelah mangkat kerana di buang negeri oleh British) pd tahun 2006 kalau tak salah dan dimakamkan semula di Matang. Al-fatihah buat Allahyarham Orang Kaya Ngah Ibrahim.



Sapa kata orang melayu tak hebat, tengok je pada pertukangan kota Ngah Ibrahim ni, batu granit dipahat dijadikan alas tiang rumah.. hebat..



Muzium Sejarah Pasir Salak.


Pasir Salak, tempat berlakunya peristiwa pembunuhan J.W.W Birch. Ok, dekat sini ada dua bangunan muzium, Terowong Sejarah Pasir Salak dengan Muzium Menteri-Menteri Besar Perak. Terowong Sejarah Pasir Salak menceritakan sejarah-sejarah negeri perak dan juga serba sedikit peristiwa bersejarah di Malaysia. Muzium Menteri Besar pulak menempatkan koleksi2 peribadi dan menceritakan salasilah Menteri-Menteri Besar Perak dari yang pertama sehinggalah yang terkini.

Kawasan ni juga cantik pemandangannya. Cuma sayang, terdapat beberapa rumah lama yang ada dalam kawasan muzium ni bagaikan dah tak dijaga dengan baik. Dibiarkan bersawang dan reput. Harapnya, pihak kerajaan negeri Perak boleh bantu memelihara kawasan ni sebab ni peninggalan sejarah kepada generasi akan datang. Nak masuk ada bayaran, kalau tak silap aku RM5 seorang bg dewasa.

Dalam ni ada miniature peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum merdeka dan bergelar Malaysia. Juga ada galeri keris yang menceritakan tentang sejarah keris, pertukangan keris dan jenis-jenis keris.







Kapal Korek Bijih Timah

Besarnya kapal korek ni menyamai bangunan 4-5 tingkat…


Satu lagi antara tempat menarik yang sempat kitorang pergi, ialah ke Tanjung Tualang, melihat kapal korek bijih timah. Selalu tengok kapal korek ni dalam gambar aje, bila tengok dari dekat, barulah tahu berapa besarnya kapal ni.

Kapal yang dalam gambar kat atas tu dipanggil D5, ada yang lagi besar dipanggil D7. Last kapal ni beroperasi pada tahun 1992. Syabas le kepada syarikat bijih timah ni kerana mengekalkan dan memulihara kapal ni dilokasi asalnya sebagai bahan sejarah kepada orang. Oh ye, ada entrance fee tp aku tak ingat berapa kena. Cuma bahagian bawah kapal sahaja yang dibenarkan masuk. Bahagian atas tak boleh naik dikhuatiri membahayakan keselamatan. Almaklumlah, kapal lama.

Selepas korang habis melawat, mebelek-belek kapal ni, korang boleh ke bangunan kecil yg dibina berdekatan untuk melihat video penerangan macam mana kapal ni beroperasi. Juga dalam bangunan tu ada dipamerkan peralatan melombong, peralatan dlm kapal, jenis2 bijih, gambar2 perlombongan bijih, jongkong bijih yang seberat 40kg, peta perlombongan dan macam2 lagi yang berkaitan perlombongan bijih.


Ejaan jawi dulu??? Salah eja??? Alamak.. dilarang masuk dah jadi ‘DILARANG MASAK’… ekekeke


Teknologi dulu, tak pakai pateri semua pakai apa tu.. bolt??

Monday, September 27, 2010

Hai... blog.. alahai...

Dulu, kalau boleh, hari-hari nak update blog. Ada je benda nak cerita, ada je pengalaman nak dikongsi, ada je bukak nak diulas. Hari-hari gi opis, benda first aku bukak, blog aku juga dulu. Ye.. akulah peminat utama blog aku sendiri. Bak kata omputih, kipas mati keras blog aku sendiri.. ahahaha.

Pulak tu, siap boleh pengaruh orang lain pulak buat blog tu. Bila berjaya menyebarkan virus membuat blog tu, pergh.. rasa best giler... Memang gila-gila update blog masa tu. Tak cukup dengan tu, hari-hari sentiasa cari apa je yang menarik buat make-up2, touch-up sikit2 blog aku ni bagi gempak. Layout tu toksah cakap la, sentiasa bertukar je. Kalau search online tak jumpa yang menarik, sanggup tu terkial-kial tukar coding sendiri semata-mata nak bagi gempak blog.

Tapi sekarang??? Jangan kata nak tukar layout, nak update blog pun payah. Jangan kata seminggu sekali, sebulan sekali pun payah. Blog ni bukan lagi dah tahap bersawang, dah naik berlumut pun gara-gara tahap ketidakpedulian tuan empunyanya yang dah mencapai ke tahap maksima.

Nak kata takd ebenda nak bercerita, ada. Nak kata takde idea, bial dok saja tu macam2 yg ada dlm kepala otak ni dok rancang nak tulis apa. Sambil duduk termenung dalam bilik termenung pun sempat lagi dok karang ayat ni dia bukan main lagi. Berkobar-kobar semangat nak mengupdate.

Alih-alih, bila dah duduk depan komputer, idea tu mati, terbang macam tu aje. Mati kutu aku dibuatnya duduk depan pc. Terkelip pok kelip pok mata aku dok terkebil-kebil depan komputer. Hapah pun tak dak... habuk pun tak dak..sudahnya tak berupdate juga le blog aku..huhu.

Rasanya kan, haku ni dah kena penyakit... Penyakit apa? Penyakit M.... uhuk uhuk.

p/s : entry pasal blog tak berupdate jela yang byk kebelakangan ni. Entah hape-hape tah.

Thursday, August 05, 2010

Kesian dia terabai...

kesian dia terabai..
kesian blogku terabai..
kesian blog-blogku terabai..

bukan tiada idea..
bukan tiada ilham..
tapi kesian dia terabai..

idea datang bertali arus..
ilham muncul sederas arus..
tapi kesian dia tetap terabai..

entahlah.
mungkin semangat yang pudar..
mungkin minat yang hilang..
lalu dia terabai...

tapi tunggu..

Sunday, June 27, 2010

Kancil.... Transform!!!


Korang mesti pernah tengok cerita Transformer kan?? Lakonan Megan Fox (Mikaela) dan Shia LaBeouf (Sam). Tak dinafikan citer ni memang besh. Tapi untuk posting kali ni, aku bukan nak bercerita pasal filem TRANSFORMER ni. Cuma nak ceduk satu babak dari filem ni, antara babak yang aku suka.

Babak yg aku maksudkan ialah part lepas Bumblebee tendang Mikaela dan Sam keluar dari kereta sebab Mikaela cakap kenapa Bumblebee ni jadi kereta Chevrolet buruk je sedangkan dia hidupan canggih dari outerspace. Bumblebee tinggalkan diorang tepi jalan, kemudian lalu di sebelah kereta baru yg canggih dan bertukar sebijik rupa mcm kereta tu. Pergh... cantik...

Skang ni, cuba bayangkan... kete kancil aku...... okay... bayangkan ek.... bayangkan.. dah bayangkan ke belum??





ok.. dah dapat bayang??






lalu kat sebelah kereta HONDA CIVIC HYBRID kaler blue metallic... lantas aku pun berkata.. TRANSFORMMMMMMM!!!!!..






PLING!!!!!







KANCIL aku itu pun bertukarlah menjadi sebuah HONDA CIVIC HYBRID...




wahhhaaaa.. wahahahahaha.... .. gila suka aku... wakakakaka..




Tapi... boleh berangan ajela... uhuhuhu..

Friday, June 11, 2010

Selamat Tinggal MOMPL



8 June 2010, cukuplah setahun aku berkhidmat di MOMPL. Cukuplah setahun, hari ni hari terakhir aku berkhidmat disini. Alhamdulillah, rezeki Allah yang berikan, bermula 1 Jul 2010 aku akan berkhidmat di Call Center HSI utk IT department.

Mengharapkan dapat kembali ke kampung halaman, tapi Allah dah tetapkan rezeki aku masih di kota Johor. Tak apalah, cuba nasib. Mana tahu ada sesuatu yg bagus menunggu aku kat sana.

Resign notis dah dihantar pagi tadi. Jadi aku ada masa 2 minggu time sebelum memulakan kerja baru.. yeahh.. resting time.

Buat kawan-kawan yang masih bertugas di MOMPL... semoga beroleh kejayaan... amin.

Wednesday, May 12, 2010

CINTA SUFI - Kesinambungan Trilogi Bagaikan Puteri..



Sebuah lagi hasil karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid, keluaran Alaf21. Cinta Sufi merupakan kesinambungan kepada Trilogi Bagaikan Puteri :

1) Bagaikan Puteri
2) Cinta Sang Ratu
3) Hijab Sang Pencinta

Namun novel Cinta Sufi ditulis tanpa kehadiran dua watak utama selain watak Laksamana Sunan dari trilogi Bagaikan Puteri iaitu Haryati dan Dani. Menurut RAM, Cinta Sufi merupakan edisi baru bagi trilogi Bagaikan Puteri ini. Oleh itu hanya watak utama Laksaman Sunan sahaja yang diketengahkan pada kali ini.

Sedikit sipnopsis untuk Cinta Sufi :

Cinta Sufi yang berlatar belakang zaman penaklukan Portugis terhadap Melaka di tahun 1511 mengisahkan mengenai Laksaman Sunan yang kehilangan kekuatannya sekembalinya dari pengembaran ke masa depan. Laksaman Sunan kini lebih lemah dari orang biasa dan sudah tidak mampu bertempur lagi. Namun begitu ketakwannya kepada Yang Esa masih lagi tinggi. Laksamna Sunan juga terjebak dengan peperangan melawan Portugis dan juga Taghut.

Turut dimuatkan di dalam novel ini ialah kisah cinta tiga segi antara Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.

Catalina merupakan balu bangsawan Portugis memulakan pengembaraan ke Hulu Melaka atas saranan Maryam yang ditemuinya hanya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tetapi Catalina mestilah mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk menemani perjalannya itu dan lelaki bertanduk dua yang dimaksudkan Maryam ialah Laksamana Sunan. Laksamana Sunan yang ditemui pengsan di tepi pantai dijadikan hamba sahaya oleh Catalina. Oleh kerana percaya perjalanan ini adalah untuk mencari Iman dan Takwa, Laksamana Sunan bersetuju untuk menemani Maryam. Catalina pula akhirnya jatuh hati kepada kemuliaan budi pekerti Laksamana Sunan.

Luna pula merupakan Srikandi dari Bangsa Polip (bangsa polip pernah ditampilkan dalam Cinta Sang Ratu). Dalam diam Luna sebenarnya telah lama mencintai Saifuddin semenjak kali pertama dia mengenali Saifuddin sebelum Saifudin dikenali sebagai Laksamana Sunan lagi. Namun Luna sedar bahawa cintanya adalah cinta terhalang memandangkan Saifuddin dan Luna berlainan bangsa. Saifuddin dari bangsa Manusia manakala Luna pula adalah dari bangsa Polip yang telah hidup ribuan tahun lamanya.

Perjalanan ke Hulu Melaka ini mengalamai banyak rintangan dan halangan, antaranya rintangan dari Taghut dan Puteri Kober Gandring yang telah menjelma menjadi pontianak dan juga halangan dari pihak Portugis yang mengiringi Catalina namun akhirnya berpaling tadah terhadap Catalina akibat nafsu tamak dan cemburu
yang menguasai diri.

Turut dimuatkan watak Hang Tuah dan Hang Lekiu yang telah difiksyenkan.




Membaca novel ini, pasti pembaca akan tertanya-tanya 1 persoalan utama selain dair persoalan yang RAM sendiri timbulkan dalam catatannya di blog RAMFC iaitu, siapakah yang berjaya meraih cinta Laksamana Sunan, LUNA atau CATALINA? Semuanya akan terjawab dalam Cinta Sufi.

Aku memang rekomenkan kepada ramai untuk membaca Cinta Sufi. Tapi bacalah sekadar bahan bacaan dan penitip semangat kerana novel ini merupakan novel fiksyen, tidak begitu menyamai sejarah dan bukanlah pula buku berbentuk keagamaan walau nilai2 agama diselitkan. Hendak belajar mengenai Islam, carilah guru supaya tidak tersesat haluan.

Bagi peminat-peminat novel Harry Potter, kalau rasa hendak baca novel pengembaran fiksyen, tak rugi baca Cinta Sufi.. inilah pengembaraan orang melayu. Kalau belum baca yang trilogi tu, baca dulu baru baca yang ni. Siapa kata novel melayu tak menarik, sama ada dia belum baca novel ni atau dia memang tak pandang langsung novel melayu.. wallahuaklam.

Aku sendiri cuma ambil masa 2 hari, beli hari Sabtu malam, Ahad baru start baca, Selasa pagi dah habis baca. Tak rasa rugi duit membeli dan rugi masa membaca. Aku bagi 4 bintang dari 5.

Tapi antara banyak2 kisah cinta Laksaman Sunan, aku lagi suka kisah cinta Laksamana Sunan dengan Ratu Sulaman.. cinta yang ikhlas kerana Allah. Saifuddin ikhlas terima Ratna kerana Allah, Ratna juga ikhlas terima Saifuddin kerana Allah dan cinta mereka mekar setelah berkahwin.. itulah cinta sejati.


p/s : menunggu sambungan Mantera Hitam dari Serunai Fakir.. tak kunjung2 tiba lagi dipasaran.. takkan ceritanya tergantung begitu sahaja.

Tuesday, April 20, 2010

Saham Akhirat : S.R.I Nurul Hidayah

Salam;

Investment opportunity, InsyaAllah.

Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah ini terletak di Kulim, Kedah; masih belum mendapat bantuan kerajaan kerana salah satu syaratnya; i.e mempunyai bangunan sendiri; masih belum terlaksana sepenuhnya.Buat masa ini, pelajar2 tahun 1-4 masih belajar di Rumah Kedai yg disewa.

Saya memohon kerjasama Tn/Pn untuk memanjangkan iklan Dana Wakaf Bangunan SRINPEK ini kepada mana-mana syarikat, individu atau para dermawan yang Tn/Pn kenali.
Pihak Sekolah menjangkakan untuk mengumpul minimum RM 50,000 bagi memulakan projek membina bangunan setingkat (4 bilik darjah) selewat-lewatnya akhir Jun 2010.
Kos keseluruhan bangunan setingkat ini sekitar RM 150,000.00.

Jadi, menjelang tahun 2011, Insya-Allah setidak-tidaknya kita boleh memindahkan semua pelajar tahap 2 (kelas tahun 4 hingga tahun 6) ke SRINPEK, Sungai Ular.

Manakala bangunan sekolah 3 tingkat ini akan diteruskan pembinaannya untuk jangka panjang.

Perhatian dan kerjasama Tn/Pn amat dihargai.

SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL HIDAYAH
PENGHULU ELANG KULIM ((SRINPEK))

Lot 167-170, Lorong Putra E, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama
09000 Kulim, Kedah Darul Aman
Tel/Fax: 04-4906580
Laman web: http://www.srinpek.edu.my
h/p: 013-4287697 (Pengerusi) / 017-4394998 (Bendahari) / 013-5072139 (Guru Besar)
Email: gurubesar@srinpek.edu.my

Jika perlu, untuk memudahkan sebarang urusan menderma, tuan/puan boleh juga menghubungi saya directly; InsyaAllah saya akan membantu sebaik mungkin; especially dalam urusan bank-in; resit pembayaran dan sebagainya.

Perihatin anda amat dihargai; hanya Allah yg dapat membalas jasa baik anda semua.

Thanks & Regards,
Nora Rahman,
norarahman2@gmail.com
012-4081371

SUMBER : dari email.

Thursday, April 01, 2010

Kesian Amri....

Yong cakap Amri kena tolak dengan kawan kat tadika. Benjol jugak la kepala dibuatnya. Ingatkan sikit aje, sekali tengok gambar, Ya Allah, besar betul bengkaknya, dah macam rupa kepala Alien.

Pergi klinik, Alhamdulillah, doktor cakap tak ada apa-apa. Tapi kena buat follow up. Semoga Amri cepat sembuh sayang dan semoga tak ada apa-apa yg serius.

Yong pun dah pergi jumpa budak yang tolak Amri tu, pi gertak aje la, nak marah-marah pun budak-budak, tapi kalau tak marah langsung, nanti dia buat lagi pulak. Kalau tak kena kat anak sedara aku, kena kat anak orang lain pulak. Hai la budak-budak.







Kurang le hensemnya bila dah macam ni, dah macam kepala alien je lonjong ke depan.. huhu.

Ini akibat dok main tolak-tolak kat sekolah. Adik-adik, janganlah suka sangat dok main tolak-tolak kat sekolah, bahaya. Bukannya seronok pun main tolak-tolak ni. Ingat tu, BAHAYA... jangan main tolak-tolak kat sekolah.

Friday, March 26, 2010

The New British Standard Slimmed Down Three-Pin Plug

The Royal College of Art's graduate show has opened, and this year, the show-stopper was actually -- a plug. Min-Kyu Choi impressed every passerby with his neat, apparently market-ready plug that folds down to the width of a thin mobile computer.

"Many of today's mobile computers have become wafer thin but here in the UK , we still use the world's biggest three-pin plug," says Choi.

Enter Choi's slimmed down British three-pin plug wonder.



Choi's plug is just 10mm wide when folded. To unfold it, the two live pins swivel 90 degrees and the plastic surround folds back around the pins so the face of the plug looks the same as a standard UK plug.



The idea produced a spin off, too. Choi created a multi-plug adaptor, which is a compact standard plug sized unit with space for three folded plugs to slot in, as well as one that charges USB devices.



The multi-plug adaptor has an ultra-compact sandwich design that enables three compatible plugs to cohabit side by side to take up a remarkable small amount of room.

The ultra slimline triple plug adaptor

The USB-pluggable three-pin plug adaptor


It's so plausible and so obvious a product that it should produce a few red faces; how many more years are we going to endure attaching our palm sized mobiles and wafer thin laptops to an object that's barely been touched since its first design in 1946?

Choi picked an everyday product that most other designers might have found too mundane to dabble with and drastically improved it - exactly the kind of thinking that we should be celebrating right now.

A very clean and elegantly simple solution to an age-old British problem.

An incredible way to feed power directly to charge USB devices - a solution no one has thought about. Till now.




My Opinion : interesting.. i wish this design will be in Malaysia soon..

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons