Tuesday, October 31, 2006

Tak Ada Akai

Inilah yg org kata.

Limau Purut Tiga Serangkai
Buta Perut Tak Ada Akai


Dah terang2 ada sgn tulis...had ketinggian kenderaan..nak masuk jugak..
sebab nak ikut jalan pintas...laluan tu utk kereta shj...bukan utk lori dan bas..
apelah....kalau ye pun mcm kata paper tu...bukan org tempatan..tak brape tahu selok belok jalan situ...tp takkan tak reti nak baca had ketinggian tu...

dah le tu...dah ada kemalangan situ....hawau punya pemandu lori ngn bas..gi masuk gak lg situ....tak tgk berita ke sebelum ni?..ape lah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bas remuk rempuh jejambat
Oleh Ahmad Saufi Mansor

Pembantu pemandu cedera setelah kenderaan gagal lepasi laluan setinggi 2.6 meter

BUTTERWORTH: Bumbung sebuah bas sekolah remuk selepas merempuh dan tersangkut di bawah jejambat Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) berhampiran Taman Bagan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, pemandu bas berusia 50 tahun bersama pembantunya dikatakan menggunakan laluan itu sebagai jalan pintas tetapi gagal melepasi jejambat setinggi 2.6 meter berkenaan.

Berikutan itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) yang dalam perjalanan untuk tugasan Ops Sikap XI berkejar ke tempat kejadian.

Jurucakap JPA3 berkata, bas sekolah yang dijadikan bas tambahan itu dipercayai dalam perjalanan ke Pangkalan Sultan Abdul Halim selepas menurunkan penumpang di Sungai Petani.

Katanya, rempuhan kuat menyebabkan bahagian atas bas sekolah berkenaan remuk dan pembantu pemandu cedera di kaki kanan dan pinggang.

"Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan orang ramai yang lalu di tempat kejadian sebelum JPA3 tiba untuk menghantar mangsa ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, bas tambahan berkenaan meninggalkan Temerloh, Pahang pada kira-kira jam 10.30 malam kelmarin dengan membawa 44 penumpang bersama dua bas tambahan lain.

Katanya, bas sekolah berkenaan kemudian menghantar penumpang di Ipoh dan Taiping, Perak sebelum menurunkan penumpang terakhir di Sungai Petani dan bertolak ke Butterworth.

"Saya berada di sekitar Butterworth terkejut apabila dimaklumkan rakan bahawa bas yang dipandunya terbabit dalam kemalangan lalu bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika ditemui, di sini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Superintendan Abdul Aziz Daud, berkata pemandu bas terbabit mengambil laluan pintas terbabit untuk ke Jalan New Ferry di Prai.

"Pemandu bas terbabit yang datang dari Pahang dipercayai kurang mahir dengan kawasan berkenaan sehingga menyebabkan kenderaan itu tersangkut di bawah jejambat," katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dua lagi kenderaan tersangkut di jejambat

BUTTERWORTH: Tidak sampai 48 jam selepas sebuah bas sekolah tersangkut di bawah jejambat Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Taman Bagan di sini, dua lagi kenderaan berat merempuhnya semalam, sehingga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan jejambat itu dan penggunanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, tujuh penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas bas yang membawa 30 penumpang tersangkut di jejambat setinggi 2.6 meter itu.

Semua mangsa termasuk pamandunya dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini dan diberi rawatan pesakit luar.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika bas berkenaan mengambil jalan pintas melalui Taman Bagan ke Jalan New Ferry, Prai.

Kurang 12 jam selepas itu, sebuah lori empat tan dari arah Chain Ferry ke Taman Bagan tersangkut di bawah jejambat sama. Kejadian jam 11.15 pagi itu mengakibatkan pemandunya cedera ringan.

Kejadian itu berlaku ketika Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Ooi Heng Chua bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) dan BORR meninjau kawasan jejambat berikutan dua kemalangan sebelum itu.

Jejambat itu mendapat perhatian umum selepas sebuah bas sekolah tersangkut di bawahnya ketika pemandunya mengambil jalan pintas Sabtu lalu. Pemandu dan pembantunya cedera dalam kejadian itu.

Dalam kemalangan membabitkan bas ekspres, semalam, pemandu bas berusia 32 tahun itu dikatakan turut mengambil jalan pintas dari Taman Bagan ke Jalan New Ferry, tanpa menyedari ada papan tanda amaran ketinggian jejambat kerana keadaan gelap.

Bas itu sepatutnya bertolak dari Butterworth jam 8.45 malam ke Kuantan, tetapi mengalami masalah pada alat penghawa dingin, dan terpaksa dibaiki di Jalan Raja Uda, di sini.

Seorang penumpang, Siti Fairuz Azhar, 20, berkata dia duduk di kerusi ketiga dari belakang dan terdengar bunyi dentuman kuat akibat rempuhan itu.

"Saya dan penumpang lain panik dan ada yang menjerit. Disebabkan pintu tidak boleh dibuka, pemandu memecahkan cermin tingkap bagi membolehkan penumpang keluar," katanya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Seberang Prai Utara, Asisten Superintendan Abdul Aziz Daud, berkata pihak masih menyiasat kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap BORR berkata, laluan berkenaan dengan ketinggian 2.6 meter dibuka kira-kira empat tahun lalu dan dikhususkan untuk kenderaan ringan terutama bagi penduduk Taman Bagan.

BORR juga sudah menggantung palang besi di bawah jejambat berkenaan sebagai peringatan kepada pemandu. Bagaimanapun, palang besi itu terjatuh selepas beberapa kali dirempuh kenderaan berat yang melaluinya.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons