Wednesday, December 03, 2008

Jgn Putus Asa

Dah lama aku tak menulis pasal orkid ni. Last aku bercerita.. yg aku frust sangat2 bila satu tangkai bunga orkid aku patah.. tangkai yg penuh dgn bunga orkid yg mengembang.

Aku sebenarnya dah hampir putus asa bela orkid ni. Dugaan byk sgt rasa, dgn kucing suka terbalikkan pasu orkid aku.. tahu2 dah terburai je isi dlm dia. Pastu dgn yg kudupnya mati, mula2 kuar kudup.. satu ranting penuh kudup.. rasa seronok sgt.. lagi le aku rajin belai dia.. skali kudup tu mati macam tu je.. layu macam tu je.. buat aku rasa patah semangat betul. Nak2 pulak bila satu tangkai yg mmg tgh berkembang tu.. patah mcm tu je..huhu.

:puteh_11:

Sejak dari bulan puasa hari tu, aku kurang jaga orkid-orkid2 aku. Balik rumah je aku rasa nak tidur je. Siram pun jarang2. Kalau tak seminggu sekali aku sembur baja la, ubat fungus la.. nih.. hapa pun tak dak.

Lepas tu cuti raya seminggu, langsung takde org siram orkid2 aku. Tambah pulak dgn emergency leave 4 hari tunggu abah dekat hospital, langsung takde sapa jaga orkid aku. Bila aku balik umah semula.. ada yg daun dia dah kering pun. Aku buat bodoh je.

Tapi bila pegi umah Yong.. dok tgk orkid2 dia.. menjadi2 je. Lawa2 je.. geram lak aku tgk. Pastu Nyah pun dok MMS gambar orkid dia.. yg dah 3 tahun tak berbunga, berbunga pula le apa le.. ish.. jeles je rasa. Balik kampung pun, orkid Umi yg putih tu asik do berbunga je. isk isk... jeles jeles.

Skali, aku balik kerja satu hari tu, aku nampak orkid ungu aku tu kuar kudup. Tapi aku tak mahu taruh harapan yg dia akan berbunga, sbb ari tu pun kuar kudup, tp kudup dia layu mcm tu je. Walau macam manapun, aku mula ambil berat balik pada pokok2 orkid aku, semata2 satu pokok tu yg kuar kudup.

Dan satu hari, aku tgk, dr kudup dah jadi bunga berkembang.. wah.. seronoknya rasa.. mcm nak melonjak je. Alhamdulillah, kesemua kudup tu kembang jadi bunga. Rasa mcm, ish.. seronoklah. Dan bunga2 ni la bg aku smangat balik utk jaga orkid aku. Aku mula sembur baja, sembur ubat, siram dan bercakap kembali dgn diorang. Kalau org tgk aku dok tercongok2 depan pokok2 orkid aku, dok bercakap sorang2.. sure org ingat aku ade masalah mental.

:puteh_12:

Sebenarnya, bila kita suka sesuatu, kita tak patut rasa putus asa. Kita kena berusaha gak utk jayakan apa yg kita buat.. hehehe. Ada juga dua tiga pasu yg pokoknya umpama mati segan hidup tak mahu.. akan ku usahakan utk buat pokok2 ni segar balik... hehehe. Memang rasa berbaloi bila orkid ni berbunga. Malah membela orkid ni juga lebih kurang mcm satu terapi utk kita bila dah seharian bekerja kat opis.. pinjam kata Yong.. hehehe.



2 komen:

ღ~n0n0i~ღ said...

cantiknye orkid!! =)
walaupun susah jaganya,tp bila da kembang mekar camni mesti rasa puas hati

husz_nie said...

yup... mmg rasa puas ati sangat sangat.. hehehehe

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons