Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ni sebenarnya epik mengenai sejarah Kesultanan Melayu Kedah. Aku sendiri belum pernah baca buku HMM ni, tapi tahulah sikit-sikit hikayat ni mengisahkan pasal apa. Masa aku kecik-kecik dah dengar pasal hikayat ni tapi sehinggalah sekarang tak berpeluang membacanya. Rasa macam pernah nampak buku ni dalam koleksi buku abah, (rasanyalah kalau tak silap ingatan.. ke aku tengok kat rumah Tok Wan), tapi masa tu memang tak de minat nak baca sebab bahasa dia memang klasik. Masa tu aku kecil lagi, jadi aku abaikan jelah buku tu.
Pada korang-korang yang langsung tak tahu pasal HMM ni, aku dengan murah hatinya tempekkan ringkasan HMM ni untuk korang. Aku petik dari laman web : Sastera Rakyat Negeri Kedah.
Pada korang-korang yang langsung tak tahu pasal HMM ni, aku dengan murah hatinya tempekkan ringkasan HMM ni untuk korang. Aku petik dari laman web : Sastera Rakyat Negeri Kedah.
Ringkasan Cerita HMMAngkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.
Kisah nilah yang sekarang dah dijadikan filem oleh KRU studio dan bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Filem arahan Yusri KRU ni menelan belanja sebanyak RM8juta sekaligus menjadikan filem ni sebagai filem tempatan kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang. Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam versi omputehnya The Malay Chronicle : Bloodlines. Teruja juga aku nak tengok. Yelah, asyik tengok epik sejarah orang lain je, sesekali memang nak epik sejarah kaum sendiri jadi sebutan lak. Cuma harap-harapnya citer ni tak le macam Magika, tunjuk trailer je macam besh, tp citer agak kureng. Maafla pada peminat-peminat cerita Magika, pandangan korang mungkin lain tapi pada aku cerita Magika memang tak menarik. Biasalah, lain padang lain belalang, lain orang lain pandang.
trailer rasmi Hikayat Merong Mahawangsa dalam Bahasa Melayu
Macam filem-filem KRU yang lain, filem yang ini pun menggunakan teknik CGI dengan barisan pelakon, dari dalam dan luar negara. Antaranya ; Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi
Ni lagi satu aku kurang gemar, kenapa mesti amik omputeh sebagai watak utama. Kenapa tak guna pelakon-pelakon tempatan yang berbakat. Hm.. entahlah. Ni pandangan peribadi aku je. Sebab ni epik orang melayu kan, jadi baiklah ambil yang betul-betul melayu.
Ini sipnopsis yang aku petik dari Budiey.com
Ni lagi satu aku kurang gemar, kenapa mesti amik omputeh sebagai watak utama. Kenapa tak guna pelakon-pelakon tempatan yang berbakat. Hm.. entahlah. Ni pandangan peribadi aku je. Sebab ni epik orang melayu kan, jadi baiklah ambil yang betul-betul melayu.
Ini sipnopsis yang aku petik dari Budiey.com
SIPNOPSISCerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Kalau rasa nak tengok gambar-gambar dari penggambaran filem ni, pegilah laman web : KRU Studio.
Apa-apapun, kita tunggu je filem ni keluar nanti. Harap-harapnya ada kesempatanlah nak pergi tengok kat wayang. Bagi sokongan lah kan, untuk filem tempatan, pengarah tempatan, yang berani cuba jalan cerita yg lain dari kebanyakkan filem melayu yang ada dekat wayang sekarang ni.
Lepas dah tengok cerita ni, baru boleh komen besh ke tak besh... adios..
Apa-apapun, kita tunggu je filem ni keluar nanti. Harap-harapnya ada kesempatanlah nak pergi tengok kat wayang. Bagi sokongan lah kan, untuk filem tempatan, pengarah tempatan, yang berani cuba jalan cerita yg lain dari kebanyakkan filem melayu yang ada dekat wayang sekarang ni.
Lepas dah tengok cerita ni, baru boleh komen besh ke tak besh... adios..
0 komen:
Post a Comment