Ini adalah tajuk berita dalam harian metro. Petikan berita seperti dibawah.
SEREMBAN: Pengguna jalan raya yang memungut dan mengambil duit syiling bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau, di sini, pada Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, duit syiling yang diambil itu boleh diserahkan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.
Kalau korang ingat, semalam Metro dan beberapa akhbar lain ada siarkan berita pasal pengguna jalan raya yang berpesta mengutip duit syiling tengah-tengah jalan raya tanpa hiraukan keselamatan diri. Duit tu bukannya datang dari langit pun, tapi berterabur atas jalan sebab kereta yang bawak duit syiling tu kemalangan dekat situ. Walaupun tuan punya duit tu ada dekat situ, tapi manusia-manusia tak tahu malu ni selamba dek je kutip duit-duit tu.
Pada aku, ini adalah perangai yang cukup-cukup tak senonoh. Apa yang diorang ni buat ialah mencuri secara terang-terangan. Kenapa aku cakap macam tu. Pertamanya, duit tu bukan hak diorang, tapi dah terang dan nyata ada tuan punya. Bukan tiba-tiba aje muncul dekat situ. Jadi mencurilah namanya tu, mengambil hak orang lain tanpa izin tuannya. Yang keduanya, orang tu dah ditimpa musibah, korang susahkan dia lagi, nak mengganti pula duit syarikat yang hilang.
Kalau la ada antara orang-orang tu yang beragama Islam, pikirlah wei, mencuri tu berdosa, duit yang korang amik tu haram. Bila dah haram, beli pula benda makan ke, jadi darah daging, darah daging tu darah daging haram...tak ke namanya anak haram tu.. pastu gaduh, hidup tak tenteram, hidup tak aman, hidup ada duit pun susah. Mana tidaknya, dah berdarah daging yang haram dalam badan macam mana nak dapat berkat, nak dapat syafaat, nak dapat rahmat dari Allah S.W.T. Kalau beli benda lain pun, ingat benda tu akan tahan lama? Ingat dosa dia akan kurang? Tapi kalau diorang ni pikir macam ni, tak le pi kutip duit-duit tu.. ye idak? Dunia akhir zaman. Astaghfirullahalazim...
Ni amiklah habuan, polis bagi arahan untuk pulangkan balik. Tapi rasa-rasanya ada ke yang nak pulangkan balik? Kalau pandai berfikir, takdelah dari awal lagi dah kutip duit-duit tu. Tapi mana tahu, Allah nak lorongkan hati orang tu, Insyallah dia akan pulangkan.
"Ya Allah, jauhkanlah aku dan keluargaku dari sifat tamak, dari sifat suka mengambil hak org lain dan jauhkanlah kami dari yang haram. Amin.."
Pada aku, ini adalah perangai yang cukup-cukup tak senonoh. Apa yang diorang ni buat ialah mencuri secara terang-terangan. Kenapa aku cakap macam tu. Pertamanya, duit tu bukan hak diorang, tapi dah terang dan nyata ada tuan punya. Bukan tiba-tiba aje muncul dekat situ. Jadi mencurilah namanya tu, mengambil hak orang lain tanpa izin tuannya. Yang keduanya, orang tu dah ditimpa musibah, korang susahkan dia lagi, nak mengganti pula duit syarikat yang hilang.
Kalau la ada antara orang-orang tu yang beragama Islam, pikirlah wei, mencuri tu berdosa, duit yang korang amik tu haram. Bila dah haram, beli pula benda makan ke, jadi darah daging, darah daging tu darah daging haram...
Ni amiklah habuan, polis bagi arahan untuk pulangkan balik. Tapi rasa-rasanya ada ke yang nak pulangkan balik? Kalau pandai berfikir, takdelah dari awal lagi dah kutip duit-duit tu. Tapi mana tahu, Allah nak lorongkan hati orang tu, Insyallah dia akan pulangkan.
"Ya Allah, jauhkanlah aku dan keluargaku dari sifat tamak, dari sifat suka mengambil hak org lain dan jauhkanlah kami dari yang haram. Amin.."
0 komen:
Post a Comment