Pejam celik, pejam celik, kita dah pun melangkah ke tahun 2011. Meletup-letup bunyi mercun dan bunyi api di kawasan rumah aku malam tadi. Hasil sambutan penduduk
menyambut tahun baru.
Macam selalunya bila tahun baru, tepat pukul 12 dikala orang lain terlonjak-lonjak terjerit-jerit berembun di luar bersorak-sorak menyambut tahun baru, tahun baru aku cuma atas tilam.. ahaha.. dah hari ni aku kerja, baik aku tidur dari dera mata aku.
Lagipun bagi aku, dari terlonjak-lonjak kat luar tu, baik le buat sembahyang syukur atau baca quran, sebagai tanda syukur, Alhamdulillah Allah S.W.T telah memanjangkan umur kita untuk menyambut tahun baru.
Tahun ni macam juga tahun2 yang sebelumnya, aku tak ada azam. Sebab bagi aku, berazam bagai nak rak tp tak tunaikan tak guna juga. Kalau setakat berazam nak kurus tu.. ahaha.. tiap2 tahun aku buat. Insyallah aku harap usaha aku pada tahun ni akan berterusan, bukan putus di tengah jalan. Amin.
Akhir kalam, yang baru akhirnya akan lama juga. Tahun akan bersilih datang dan pergi, semoga dengan bertambahnya jumlah tahun dengan usia, pemikiran akan seiring matang. Semoga amal ibadahku semakin bertambah.
"Ya Allah, semoga aku dan keluargaku akan sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan MU. Berkatilah kami sekeluarga dan murahkanlah rezeki kami. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Semoga dipermudahkan segala urusan kami di tahun ini. Semoga tahun baru ini memberi sinar baru buat kami. Amin Ya Rab.. Amin Ya Rabbal Alamin."

Kalau rasa-rasa di permulaan tahun baru dah tak berapa ok, hayati lagu kat bawah ni, Al Iz Wel... kalau kita cakap semuanya ok.. insyallah, Allah akan permudahkan urusan kita.
0 komen:
Post a Comment