Tuesday, October 01, 2013

Kisah Keluar Rehat

Kisah 1 : Keluar dari opis   Keluar-keluar dari ofis, ah... alangkah nikmatnya menikmati pancaran sinaran matahari yang kaya dengan vitamin C. Almaklumlah, kerja dalam opis bawah tanah yang sejuk gedi dimana tahap kesejukannya itu mencapai dibawah paras beku (ok, over exaggerate sikit banyak). Jadi apabila jasad yang kesejukan dapat menikmati panasnya sinaran sang mentari, tentulah berasa lega kan. Eleh, buat masa tu le, tunggulah lepas kuar beli makanan karang, kompom balik opis carik ekon balik.... :p ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kisah 2 :  McD drive through Alkisahnya, aku gi la drive through McD ni nak beli makan tengahari, 'lunch' kata omputih. Makan McD tu, mentang2 dah gaji. Dah siap buat...

Wednesday, July 03, 2013

Hehe...

Senyum di pagi.  Sapa yg tak senyum, bila melihat hasil tangan sendiri terpampang untuk tatapan ramai.....

Thursday, June 27, 2013

Bezanya...

  Ini orang-orang. Gunanya untuk menakutkan burung-burung dari menggangu tanaman... Apa bezanya orang-orang dengan orang? Dia tak de nak memandai tunjuk pandai... Dia takde nak menyakitkan hati orang samada secara sengaja atau tidak sengaja... Dia takde rasa pentingkan diri... Dia tak reti nak pinggirkan orang... Dia juga tiada perasaan (eh, iye ke?), maka terhindarlah dia dari perasaan-perasan samada yang positif mahupun yang negatif... Dan kalau korang rasa nak lepas geram, korang leh le buat aksi karate ke, judo ke, mahupun boxing ke atas orang-orang ini, insyallah tidak akan dibelasah kembali (kalau kena belasah balik tu, tak tahule), berbanding dengan orang, kalau tak dibelasah kembali, pasti disaman di court.... ...

Ini Stapler

Ini stapler. Harta opis... Dulu aku gantung bertali dekat tepi cubicle. Kelentung kelentang, berlaga dengan besi cubicle lepas digunakan oleh warga ofis... Pastu aku buang tali, lekat dengan magnet. Magnet lak tercabut. Ganas... ganas.... sungguh ganas...

Tuesday, June 25, 2013

Update

Aku.... Teringin nak update blog... Tapi aku tak tahu nak taip apa.... Bila berdepan dengan laptop, jariku terus kelu tak mampu bergerak... Idea ku beku, tak mampu dikeluarkan....

Friday, February 15, 2013

Mari beriadah.....

Dengan hujan yang turun setiap hari, nak berjalan-jalan di taman pun tak boleh. Nak main badminton depan rumah pun tak boleh. Jadi, apa yang boleh? Ha... inilah yang boleh. Kira beriadah jugalah ni kan. Boleh keluarkan peluh dan yang pastinya kalau terlebih main boleh sebabkan sakit-sakit urat pada sekitar bahu dan lengan.... huhuhu...

Saturday, February 09, 2013

Laman Sesawang....

  Sesungguhnya, laman sesawang ini telahpun bersawang. Kasihan dia, ditinggal tuannya tanpa dijenguk lagi. Tapi tak mengapa, kini tuannya kembali, membawa bersama penyapu, mop, baldi, berus dan yang seangkatan dengannya untuk membersihkan sawang itu. ...

Saturday, April 23, 2011

SEBUT PASAL DURIAN...

Sekarang ni merata tepi jalan orang dok jual durian. Teringin gak nak makan, tapi dalam keadaan aku dok batuk dan selsema tak habis2 ni, maka aku tangguhkan le dulu niat suci lagi murni seumpama minyak masak aku tu. Kang kot tak pasal2 tak baik2 batuk aku. Pelik juga ek, asal musim buah je mesti dalam masa yang sama musim demam, batuk dan selsema melanda. Adakah itu kebetulan ataupun suratan? eceh.. macam lagu lak.Gambar lama... durian bergayutan di dusun Yong.Tapi kalau kat belah-belah johor ni, yang jual tepi jalan tu biasanya durian siam (peram sampai masak) ataupun durian apa tu.. D24. Kurang le sikit kesedapannya. Durian ni yang paling sedap durian kampung. Nak sedap lagi, hak yang baru-baru luruh (jatuh le) dari atas pokok tu. Ha.. yang...

Saturday, April 09, 2011

Rakamkan setiap detik.....

Selesai sudah proses menukarkan gambar2 yang di snap awal bulan aritu dari format RAW ke format JPEG. Masukkan ke powerpoint dan jadikan slide show pun sudah. So skang tinggal nak emailkan ke semua adik beradik aku je.Biasalah, kalau dah dok jauh2, email le senang nak berkongsi gambar.Bila tengok balik gambar2 yang diambil, boleh senyum sorang2 aku. Sorang2 punya gaya bila bergambar, terutamanya anak2 sedara aku. Hehehehe. Inilah untungnya zaman sekarang ada kamera. Leh gak amik2 gambar buat kenangan. Rasa-rasa rindu kang, leh belek2 balik gambar lama. Boleh tersengeh, tersenyum, tergelak sorang-sorang korang kalau belek2 balik gambar2 lama ni.. (lama dalam konteks ni maksudnya yelah, gambar2 yg dah lepas le, bukan gambar lama @ zaman dolu2.)Kalau...

Friday, February 11, 2011

Jangan Marah?

Bila tanya dengan pakcik google 'Apa itu MARAH?' maka akan dapat banyak jawapan yang mana antaranya, pasti korang akan dapat jawapan bahawa marah itu adalah gangguan emosila, marah itu berpunca dari ego la, marah itu penyakit jiwa la dan bermacam-macam lagi yang merujuk kepada ganguan emosi.Kemudiannya pada satu hari korang berhadapan dengan sahabat yg tengah dilanda amarah, maka dengan secara berhemahnya dan penuh bersopan santun korang pun menggunakan semua ilmu yang korang warisi dari Pakcik google, dan juga yang korang dengar dari ceramah-ceramah agama dengan tujuan yang cukup baik untuk menyabarkan sahabat yang tengah marah tadi, maka berkatalah korang;"Salam sahabat, marah itu adalah berpunca dari ego yakni sombong kerana merasakan tinggi...

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons