Friday, September 05, 2008

Al-Fatihah di Hari Ulang Tahun...

Photobucket

Sudah 17 tahun abang pergi tinggalkan kami sekeluarga. Hari ini, 5 Sept, hari ulangtahun kelahiran abang yg ke-30, sepatutnya. Lahirmu di bulan Syawal, pergimu di bulan Ramadhan. Inilah ketentuan yg maha Esa. Yang pergi semoga bahagia di sana, yg tinggal perlulah redha. Al-fatihah buat abang, semoga abang sentiasa tenang dan aman disana. Semoga Allah cucurkan rahmat ke atas abang.

Allahyarham Hassan Shazali
lahir pada : 5 September 1978
wafat pada : 1 April 1991

Photobucket

Gambar Arwah di ambil secara candid 3 hari sebelum Arwah meninggal dunia.


Hari tu 1 April 1991, macam biasa aku tunggu abang kat sekolah, sebelum pergi sekolah agama. Slalu abg dtg singgah jenguk (kebetulan SKSS ngn SMSS bersebelahan), walaupun bln puasa abg tak perlu hantar bekal makanan dekat aku. Tapi hari tu abg tak singgah.

Di sekolah agama aku rasa menggelisah. Waktu aku turun tangga nak ke toilet, aku nampak abah dgn umi tgh bercakap dgn guru besar di depan pejabat. Lepas tu aku nampak org lambai aku dr dlm kereta (aku tak ingat nama makcik ni, staff abah kat UTM), panggil aku turun. Aku mula seronok nampak Umi dan Abah berlari je turun bawah. Sampai bawah aku tengok mata Umi berair. Baju Umi ada darah. Mata Abah pun nampak merah.

Kata Umi, "abang dah takde.. jom kita balik.. abang eksiden.."
Aku terdiam kat situ. Kaku rasa. Umi tunjuk baju yg berdarah seolah tunjuk bukti. Abah pegang aku, dan suruh aku kemas beg. Kata Abah kita nak balik Perak petang tu jugak. Tokwan suruh kebumikan abang kat kampung, sbb Tokwan dah tua, tak larat nak ke Johor tgk jenazah.

Bila aku balik ke kelas utk ambil beg, aku tgk Abg Tapa dah tunggu kat situ dgn cikgu kelas. Sampai kat rumah, jiran2 dah penuh dlm rumah. Sementara menunggu jenazah sampai kat rumah, orang2 yg dtg menjenguk semakin penuh dlm rumah. Termasuk kawan2 sekolah abang dgn cikgu2 abang. Aku tgk Umi menangis, Nyah menangis, Abg Tapa dah merah2 mata, Abah pula sibuk ke sana ke sini. Zainal yg baru berumur 4 thn masa tu langsung terpinga2.. yg dia tahu usung botol susu dia yg berisi teh. Sepanjang masa tu Nyah peluk aku ngn Zainal.

Lepas sembahyang jenazah, abah sendiri imamnya, barulah kami bertolak petang tu juga ke Perak. Berbuka di perjalanan, bersahur juga di perjalanan. Tapi masing2 dah takde selera nak makan. Aku ikut Umi dan Abah naik kereta jenazah. Abg Tapa, Nyah dgn Zainal naik kereta lain. Masa ni belum ada highway utara-selatan, perjalanan juga amik masa lama.

Sampai di kampung dah pagi. Di rumah Tokwan, semua dah tunggu. Aku nampak Yong dah tunggu kami kat sana. Muka Yong pun nampak sembab. Sanak sedara ramai dah berkumpul di rumah Tokwan.

Sembahyang jenazah skali lagi diadakan, kali ni Tokwan (arwah Tokwan) pula yg imamkan. Surau penuh dgn orang. Sebelum dikebumikan, aku kucup arwah abang buat kali terakhir. Wajah abang kelihatan putih bersih dan tenang, walau jenazah sudah semalaman, namun darah abang yg mengalir ke dahi akibat hentakan masih lagi kelihatan merah. Abang kelihatan macam tgh tidur. Tidur yang lena untuk selamanya. Jenazah arwah abang selamat di kebumikan di tanah perkuburan di Masjid Lama Taiping.


Malam sebelum kejadian..

Aku masih ingat lagi, malam tu, malam sebelum abang meninggal, abang pernah cakap... (true dialog at that time may vary from what i remember, but the point is still same)

"Esok 1 April, abang nak buat Aprilfool paling besarrrrrrrrrrrrrr dalam dunia."
"abang nak buat apa??"
"adala... tunggu je esok... sampai bila2 pun org akan ingat" sambil gosok kepala aku...

Memang... memang semua org ingat, sampai akhir hayat pun takkan lupa.


Apa yg berlaku pada 1 April tu...

Abang kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Basikal yg abang tunggang dirempuh oleh pemandu yg tak bertanggungjawab, yg kemudiannya cuba larikan diri selepas melanggar abang. Tapi ditahan oleh pemandu-pemandu lain yg berhenti di tempat kejadian. Kata saksi-saksi kejadian, abang tak salah, pemandu tu yg memandu terlalu laju. Badan abang melambung ke udara selepas dirempuh sebelum jatuh kebawah kemudian diseret pula oleh kereta.

Kuasa Allah, tiada sebarang cacat cela pada jenazah abang kecuali ada bahagian yg terkelar akibat diseret. Selepas kejadian Umi dgn Abah segera dihubungi, tapi kata Abah, bila abah sampai, abang dah takde. Umi pangku jenazah abang, itu sebab baju umi penuh dgn darah.

Al-Fatihah....

9 komen:

Anonymous said...

pengajaran...sentiasa beringat pada mereka yang masih ada..hargailah mereka seadanya...sementara mereka masih di dunia...takziah kak tem....

shahliza94 said...

takziah dan alfatihah buat allahyarham....memang perit bila kehilangan ahli keluarga tersayang...semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin...

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

takziah buat keluarga kak tempe.. dan alfatihah buat allahyarham..

biar yang disayangi dah pergi, beliau tetap ada diingatan sepanjang masa... kan kak?

husz_nie said...

to kiara, kak liza ngn noi...
terima kasih..

yup noi... biar dia tiada di sisi..
tp sentiasa dlm ingatan, dalam doa dan dlm hati...

NY PiRaNhA said...

takziah.... uhuuu~!! sedih nya dengar ceritanyer~!!

ajakrebyz said...
This comment has been removed by the author.
ajakrebyz said...

sedih cerita ni.. it reminds me to my bro.. he passed away on d 1st day of Raya...

Anonymous said...

tempe.. ni kali kedua rhea tgk post ni.. yg 1st dulu tempe pnah post last year.. jgnkan baca.. tgk pic tu je rhea da tau apa yg nak diceritakan.. dan2 tu jugak airmata rhea dah bergenang kat mata.. tak tau npe.. tapi rhea mmg sensitif.. part yg menyebabkan airmata tumpah --> Umi pangku jenazah abang <-- ayat ni je dah boleh menyebabkan rhea dapat melihat keseluruhan tragedi dgn mata hati rhea.. al-Fatihah..

husz_nie said...

>> farhana @ Piranha
thanx

>> ajakrebyz
salam takziah buat aja juga..

>> rhea
setiap masa tgk gambar tu mmg sebak... walau dah 17 thn... setiap kali teringat pasti melinang air mata.. tak kira siapa pun dlm keluarga.. kalau depan Umi lebih2 lg kami berhati2 tak sebut pasal arwah... masa buat entry ni time rehat kat opis.. last2 terpaksa ke toilet sbb mata dah merah

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons