Wednesday, September 17, 2008

al-fatihah

Photobucket

Al-fatihah
Allahyarhamah Siti Mariam Mohd Zaini
26 Februari 1981 - 17 September 2008

Arwah yg menghidap kanser usus, akhirnya kembali jua kerahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sejahtera di sana.




Mariam (Yam) br meninggal.al fatihah.. bgtau la kwn2 lain.

Terkedu seketika aku masa dpt mesej dari Miza. Sepatah perkataan yg terluncur.. "Innalillahi wainna ilai horojiun - drpd-NYA lah kita datang, dan kepada-NYA kita kembali". Antara percaya dan tidak.

Yam, kawan yg aku mula kenal semasa di tingkatan 4. Kami sekelas di SMKMS, bergurau bersama, makan bersama.. dan macam2 kenangan sekali bersama. Penyakit Yam telah diketahui rakan2 sejak thn lepas. Mujur jugaklah sebelum puasa tempoh hari aku berkejar juga utk lawat Yam. Kalau tak pasti aku rasa terkilan.

Pada mulanya, mengenangkan aku tgh kerja, dgn cuti dah tinggal sedikit, dan ehem.. kewangan nak pegi balik.. aku putuskan utk berkirim pesan je pada rakan2 yg dekat. Tapi lama2 aku mula tak boleh concentrate pada kerja. Call yg masuk pun aku layan endah tak endah saja. Last2 aku buat keputusan utk balik juga. Menziarah seorang sahabat buat kali terakhir, sbg tanda penghormatan dan ingatan aku pada dia.

Tepat pukul 11pg aku bertolak balik. Sampai di rumah, setelah salin baju, aku dan Umi terus ke rumah arwah, sinngah mengambil Aida dulu di perjalanan. Dari Aida aku dpt tahu, yg arwah meninggal pada pukul 8 pg tadi di Hospital Alor Setar. Kanser arwah pecah sebelum sempat pembedahan dilakukan. Mungkin sudah itu takdirnya yg tersurat buat arwah.

Sepatah kata dari Huda, "aku call dia sebelum ni, suara dia happy je sbb dia dah boleh operate... ... aku janji nak lawat dia raya ni, tp tak sempat... ". Aku tahu Huda menangis di hujung sana. Hati aku makin sebak, aku cuba tahan tangisan. Tak elok menangis di depan jenazah, itu pesan abah. Pada masa itu rohnya masih bersama kita. Kalau kita menangis, nanti pasti dia sedih. Jadi sedaya upaya aku tahan sebak, aku nak dia pergi dgn tenang.. aku redhakan pemergiannya, kalau itu yg terbaik utk dia.

Kedua ayah dan ibu arwah aku lihat tenang dan tabah menghadapi dugaan ini. Alhamdulillah. Elok saja aku sampai di rumah arwah, jenazah pun tiba. Wajah arwah ku lihat tenang bagaikan sedang tidur. Tidur yg panjang.

Aku rasa syukur kerana Umi antara salah seorang yg memandikan jenazah arwah. Kiranya, emak kepada 2 org sahabat memandikan jenazah arwah, Umi ngn mak Aida. Terima kasih Umi.

Setelah dikafankan, wajah arwah kelihatan lebih tenang lagi, comel, dan meruntun hati aku jadi sayu. Aku kucup dahi arwah buat kali terakhir. Sebak ku tahan, tidak ingin air mata menitis ke atas jenazah. Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan pada pukul 3 lebih.

Ya Allah, aku rasa tiada kesalahan arwah pada aku, namun aku ampunkan kesemuanya dan halalkan kesemuanya. Aku harap, arwah jua ampunkan semua kesalahan aku padanya, dan halalkan segalanya.

Namun di sebalik kesedihan, sekurang2nya kami kawan2 sekolah, aku, aida, erwan, faizul, zul dan sofi dpt juga bertemu dan berkumpul. Mana-mana kawan2 yg jauh, hanya dpt bertanya khabar.

Selepas berbuka puasa dan solat maghrib, aku bertolak balik ke Penang. Nak tak nak, kena juga sbb aku cuma dpt half day leave saja. Penat jgn dikata, tp berbaloi demi seorang sahabat. Termasuk Yam, 4 org dah rakan semasa sekolah di SMKMS dah pergi tinggalkan kami. Mula2 skali arwah Fizah, kemudian arwah Ima, thn lepas arwah Shidi.

Dan aku juga baru pasan, rupanya ramai juga org yg aku syg pergi di bulan ramadhan. Mungkin ini cubaan dari Allah, redha dan tabah, pasti ada hikmahnya.

4 komen:

As said...

al-fatihah..

takziah dari akak...semoga tempe tabah...

eKiNisMe said...

harap akk tabah..
takziah..

Anonymous said...

salam..

Alfatihah..
semoga apa yg berlaku kita jadikan pedoman bersama..
tabahkan diri akak :)

husz_nie said...

kak wild, ekin, kacipo..

thanks

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons