Ramadhan datang lagi. Harap2 kita semua beroleh keberkatan dan rahmat di bulan mulia ini. Rebutlah peluang ini melipat gandakan pahala kita dgn ibadah. Kepada sume pengunjung blog ini (mcm ramai je yg singgah blog aku.. poyos), aku ucapkan..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN &
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
Ya Allah, aku bersyukur padamu Ya Allah, kerana memberikan nikmat Ramadhan kepadaku, kerana memberikan aku kesempatan untuk menikmati Ramadhan sekali lagi pada tahun ini, semoga aku masih dpt menikmatinya lagi utk thn2 akan dtg. Semoga Ramadhan di kali ini tidak aku sia-siakan, semoga aku menjadi insan yg lebih baik dr hari2 yg sebelumnya. Semoga Ramadhan mendidikku menjadi org yg lebih sabar. Hilangkanlah panas baranku ini.
Ya Allah, di bulan yg mulia ini aku ingin memohon padamu....
berikanlah kekuatan kepada kedua org tuaku, Umi dan Abahku, kurniakanlah kesihatan yg baik kepada mereka, untuk menjalani ibadah puasa, dan ibadah2 yg lainnya. Semoga mereka dpt terus menikmati Ramadhan pada tahun2 yg akan datang.
peliharalah seluruh keluargaku, kedua org-tuaku, adik beradikku, ipar-duaiku, anak2 sedara ku samada yg sudah dilahirkan mahupun yg masih di dalam kandungan. Kuatkanlah ketiga2 org kakakku yg sedang mengandung untuk menjalankan ibadah puasa. Kuatkanlah semangat dan tekad anak2 sedar ku yg masih kecil itu untuk berpuasa.
sejahterakanlah dan rahmatilah roh arwah abangku, sesungguhnya aku rindu padanya, tidak lupa juga roh arwah kedua tokwan dan kedua opahku, serta sanak saudaraku yg telah meninggal dunia.
Amin... aminn ya rab..
Alhamdulillah, aku masih hidup pada tahun ni utk menikmati Ramadhan. Pagi tadi aku sahur sorang, makan rendang ayam ngn nasi. Petang ni pun akan berbuka puasa sorang2. Cadang nak buat sup tomato, cicah ngn garlic bread. Ermmm.. yum yum.
First day puasa dah de ujian utk aku. Mujur masih kategori kecil, hai.. bersabarlah. Nak wat camne, marah kang kurang lak pahala puasa. Alhamdulillah walau byk kerja kat opis ari ni, aku tak lembik teruk mcm tahun2 lepas bila first day puasa. Perut tak meragam sangat. Harap2 thn ni gastrik tak menyerang sgt. Pagi td masa sahur pun aku minum Gaviscon (mcm tlg wat iklan lak) dulu. Tak le pedih ngat ulu hati. Cuma mengantuk je la. Gila2 punya mengantuk takle tahan.
Tahun2 yg lepas, pose aku sume penuh takde bocor. Harap2nya tahun ni pun sama.. ekeke.

1 komen:
salam ramadhan semua! semoga mendapat keberkatan di bulan mulia ini...
tuan empunya blog, nak exchange link boleh? kalau boleh bgtau kat msgbox saye yerks slumbeR@J@!
Post a Comment