Friday, August 31, 2007

50 TAHUN MERDEKA

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yg ke 50




pejam celik... pejam celik.. dha 50 tahun Malaysia merdeka... Alhamdulillah... syukur kepada Allah... semoga Malaysia terus aman, makmur dan maju...

hmm..

well... kalo ade yg tanya ke mana aku pergi malam tadi utk sambut merdeka.... jwbnya just melepek je kat rumah... takde gi kaur2... takde nak gi mane2 dataran nak jerit.. MERDEKA... MERDEKA... kat umah je...

rasanya itu lebih bagus dr berpeleseran merata... dekat rumah pun aku leh sambut merdeka.. lgpun semalam aku terperangkap dlm jam selama 2 jam lebih... lenguh dan penat habis kaki2... so sampai rumah mmg dah penat sgt dah...

lgpun mmg tiap2 thn malam merdeka aku sambut kat rumah je.. biarla kalo org nak kata membosankan pun...

dan hari ini... di hari merdeka... aku kerja... dpt tripple pay beb.... hahahaha...

opss... lupe lak...



SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 20


buat adik aku... ZAINAL ABIDIN.... pada hari ini...




- semoga panjang umur dah dimurahkan rezeki
- semoga tercapai cita2 nak pergi Mesir
- semoga menjadi anak yg soleh



erm.. nak hadiah.... ekekekeke.... kek sekeping cukup tak...

oklah... nak sambung kerja...



MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAA !!!!!!!!!!!!!

Friday, August 24, 2007

Ustaz Mat Saman Kati

** tokwan dalam kenangan... Al-Fatihah

Ulama tasawuf yang terkenal

(1922-1995)




Oleh: Zabidin Haji Ismail


ILMU tasawuf dikenali juga sebagai ilmu sufi atau sufism yang tidak terasing atau diasingkan dengan ilmu tauhid (usuluddin) dan ilmu fiqh (fekah). Justeru, pengamal ilmu tasawuf perlu mempelajari ilmu tauhid terlebih dahulu kerana ilmu itu amat berguna untuk membahas dan mengkaji persoalan-persoalan berhubung dengan iktikad mengenai zat dan keesaan Allah s.w.t serta sifat-sifat yang wajib bagiNya

Ilmu ini juga berkait rapat dengan amalan hati. Tasawuf berfungsi membentuk akhlak luhur seperti ikhlas, khusyuk, tawaduk, tawakal dan redha. Keluhuran akhlak itu mampu mentarbiah dalaman diri menjadi insan yang berkedudukan muraqabah, mujahadah dan zuhud yang tergolong dalam sifat mahmudah bagi mengikis sifat mazmumah yang dikeji oleh syarak seperti syarru ta’am (pelahap), syarrul kalam (banyak bercakap), ghadab (marah), hasad (dengki), bakhil (kedekut), habbul jah (kasihkan pangkat/kedudukan), habud dunia (kasihkan dunia), takbur (bongkak), ajub (merasakan diri sempurna) dan riya (memperlihatkan ibadah/amalan kepada orang lain)

Mukmin dan mukminat yang bertaraf zuhud, muraqabah dan mujahadah adalah insan yang sepenuhnya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t, faham akan wujud dan keesaanNya, maka syurga Allah s.w.t dijanjikan untuk mereka di akhirat nanti.

Demikian intisari ilmu tasawuf yang ditulis Ustaz Mat Saman Kati dalam bukunya berjudul Ilmu Tasawuf (Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd: 1997). Ustaz Mat Saman Kati seorang pendakwah dan guru agama yang terkenal. Semasa hayatnya, Allahyarham banyak berdakwah di seluruh negara, Brunei Darul Salam dan Indonesia. Platform dakwahnya tidak hanya tertumpu di masjid, surau tetapi melebar di media elektronik seperti radio dan televisyen khususnya RTM.

Topik dakwahnya banyak berkisar ibadat tasawuf yang menurut beliau telah diamalkan oleh para rasul semenjak Nabi Adam a.s lagi sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Ibadat tasawuf dilakukan secara khalwat (bersunyi atau menyendiri). Ia juga dikenali sebagai Suluk atau Tarekat – kedua-dua perkataan itu bermaksud jalan kepada Yang Maha Esa iaitu cara pengabdian serta wirid dengan menyebut dan memuji, berserah dan bersyukur kepada Yang Maha Pencipta alam ini.

Nama sebenar Allahyarham ialah Haji Mohd. Saman bin Mohammad tetapi nama itu seakan-akan lenyap apabila murid-muridnya atau masyarakat tempatan mengenali beliau sebagai Ustaz Mat Saman Kati sahaja. Nama gelaran tersohor ini secara tidak semena-mena terbit pada sekitar tahun 1960-an sewaktu beliau menjadi mudir Sekolah Agama Nurul Kamaliah di sebuah pekan kecil bernama Kati berdekatan dengan Bandar Diraja, Kuala Kangsar, Perak.

Ustaz Mat Saman Kati dilahirkan pada 15 September 1922 di Kampung Relau Berdiri, Batu Kurau, Taiping. Beliau mula menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Sungai Akar, Batu Kurau sehingga darjah lima. Kemudian, beliau diterima menjadi guru pelatih di sekolah berkenaan. Namun, jawatan tersebut sempat disandang selama tiga bulan, sebaliknya beliau memilih haluan baru untuk terus menimba ilmu agama.

Selanjutnya, Ustaz Mat Saman Kati bersekolah di Madrasah Mariah (kini SMA Idrisiah, Kuala Kangsar yang ketika itu mudirnya ialah Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama terkemuka di Tanah Melayu. Tetapi, beliau cuma belajar selama setahun kerana dikatakan tidak berupaya menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut yang kebanyakannya berlagak seperti anak-anak raja dan orang kaya. Sebaik sahaja berhenti sekolah, Ustaz Mat Saman Kati terus pulang ke kampung tetapi tidak lama kemudiannya, beliau menyambung pelajaran di Madrasah Rushidah, Kampung Jelai, Batu Kurau. Di madrasah ini, Ustaz Mat Saman Kati belajar selama enam tahun (1936-1942) dengan mempelajari ilmu pidato (pengucapan awam), mantik dan mendalami ilmu tasawuf yang kemudiannya merangsang beliau mengamalkan ilmu tarekat Naqsyabandiyah.

Setelah tamat pengajian di Madrasah Rushidah, beliau tidak merantau ke mana-mana sebaliknya belajar bersendirian dan mengajar sambilandi kampungnya di samping bekerja sebagai petani mengerjakan sawah dan bercucuk tanam. Selama tiga tahun beliau melakukan kegiatan tersebut sebelum berpindah ke Sungai Siput Utara pada tahun 1945.

Nasibnya agak baik, di Sungai Siput, Ustaz Mat Saman Kati ditawarkan mengajar di Sekolah Agama Rakyat, Batu Satu, Jalan Lasah. Sewaktu mengajar di sini, beliau melebarkan bakatnya sebagai guru dan pendakwah. Apabila sekolah tersebut diambilalih dan dikendalikan oleh kerajaan, Ustaz Mat Saman Kati sekali gus diserap menjadi guru kerajaan. Tugas utamanya mengajar membaca Al-Quran, fardhu ain dan lain-lain.

Sesungguhnya Ustaz Mat Saman Kati bercita-cita tinggi. Hajatnya untuk menjadi seorang ulama besar seperti Haji Agus Salim dan Imam Bonjol di Sumatera, Indonesia atau setaraf dengan Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Tahir Jalaludin. Lantaran itu, beliau membulatkan tekad untuk menimba ilmu Islam sebanyak mungkin. Maka, berangkatlah beliau dengan kapal laut ke Makkah pada tahun 1950.

Di Kota Suci Makkah, Ustaz Mat Saman Kati melanjutkan pelajaran di Madrasah Darul Ulum. Di situ, beliau mendalami ilmu tafsir Al-Quran, hadis, sejarah Islam, bahasa Arab dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan Agama Islam. Semasa di Makkah, beliau sempat juga menerima ajaran daripada mujahid-mujahid Islam yang berjuang menentang penjajah seperti Mohamad Abduh (Mesir) dan Jamaluddin Al-Afghani (Pakistan).

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1952, Ustaz Mat Saman Kati dilantik sebagai mudir Madrasah Nurul Kamaliah, Kati, Kuala Kangsar. Sewaktu di Kati, masyarakat tempatan mula memberi perhatian terhadap syarahannya yang bernas. Masyarakat tertarik kerana cara penyampaian syarahannya yang lantang, terus-terang dan diselang-selikan dengan unsur-unsur kelakar. Menurut beberapa orang muridnya, Allahyarham seorang yang bijak berkelakar, menyindir dan mengecam secara halus dalam setiap syarahan agama dengan tujuan menyeru ke arah kebaikan. Sikapnya yang lekas mesra, ramah serta mempamerkan kematangan berfikir ketika mengupas persoalan agama yang dikemukakan kepadanya, menyebabkan Allahyarham disanjung oleh masyarakat. Faktor inilah yang melenyapkan nama asal beliau sebaliknya timbul pula gelaran Ustaz Mat Saman Kati yang kian hari semakin tersohor.

Namun, resam orang Melayu, pantang melihat kejayaan orang, maka timbullah angkara durjana fitnah memfitnah. Ustaz Mat Saman Kati tidak dapat menepis angkara ini. Beliau difitnah oleh segelintir masyarakat tempatan lantas beliau tidak lagi betah untuk meneruskan kerjayanya sebagai guru agama di Kati. Beliau tegar meninggalkan pekan kecil Kati yang telah memberikannya sebuah nama besar.

Tetapi, perpisahan dengan Kati tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang mengembangkan syiar Islam di tanah airnya sendiri. Beliau bertekad melangsungkan perjuangan yang belum langsai. Tekadnya telah diberkati Allah s.w.t. Kegiatan dakwahnya yang sebelum ini hanya tertumpu di Kati kini melebar ke seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan terutama kawasan di sebelah utara Semenanjung. Tambahan pula, tugas suci itu mendapat dorongan dan dukungan Jabatan Agama Islam Perak.

Pada tahun 1964, Allahyarham digelar sebagai Tuan Guru Mat Saman Kati berikutan Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah melantik beliau menjadi guru agama khas di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Jawatan itu disandangnya sehingga tahun 1970. Kemudian, beliau terpilih pula sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Jawatan lantikan Sultan Perak ini berkekalan sehingga akhir hayatnya.

Allahyarham seorang ulama yang rapat dengan istana Perak. Misalnya, dengan perkenan Sultan Perak, Ustaz Mat Saman Kati dilantik menjadi Ahli Dewan Negara Perak (Majlis Penasihat kepada Sultan Perak) mulai tahun 1978 hingga 1980. Pada 1 April 1986, Allahyarham dilantik menjadi Orang Besar 16 bergelar Toh Paduka Indera yang bertanggungjawab sebagai penasihat Sultan Perak mengenai Agama Islam.

Di samping berdakwah, Ustaz Mat Saman Kati giat mengarang kitab dan buku. Antara kitab yang dihasilkan ialah Masailatul Tauhid (seluk-beluk ilmu tauhid), Utusan Ibadat (ilmu amal ibadat mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah), Ajaran Tasawuf dan Tarekat (ilmu sufi), Al-Ruddun Ala Ahlil Bidaah, Masalah Agama Dari Segi Ibadah, Attariq Ilahi, Addulai-Lu Maarifah, Panduan Individu dan Ghayatul Maksud dan Ilmu Tasawuf serta sebuah buku bercorak memoir; Lawatan Ke Mesir.

Melalui karyanya, kita dapat mengutip pandangan beliau terhadap Islam yang wajar difikirkan bersama demi kepentingan ummah. Kata Allahyarham, ‘Percayalah, dengan terhapusnya ilmu tasawuf maka dengan mudah pula mereka menghapuskan ilmu tauhid. Kalau kedua-duanya telah musnah maka mudahlah mereka menarik umat Islam menjadi satu angkatan yang mementingkan kebendaan dan membelakangkan kerohanian dan keimanan kepada Allah Taala. Percayalah, apabila umat Islam telah terpesong kepada mementingkan kebendaan semata-mata, maka pada saat itulah mereka mulai roboh dan hancur maruah dan iman mereka kepada Allah Taala. Dan apabila iman kepada Allah Taala telah luntur dan taqwa telah tiada, maka mudahlah mereka dijerumuskan oleh golongan yang menjadi musuh agama Islam ke dalam kancah kekufuran yang berpegang kepada falsafah komunisme, sosialisme, kapitalisme dan zionisme. Apabila umat Islam telah terkorban dalam keruntuhan seperti itu, maka akan berlakulah perpecahan bahkan permusuhan antara umat Islam yang mementingkan kebendaan dengan umat Islam yang berpegang dengan ajaran Islam yang meliputi ilmu tauhid, fiqh dan tasawuf’ (Ilmu Tasawuf, 1997: viii). Begitulah pandangan ulama tasawuf ini yang sangat mencintai agama Islam dan berharap bangsanya tidak hanyut ditelan arus perdana globalisasi.

Ustaz Mat Saman Kati sempat merasai jasanya dihargai setelah dianugerahkan darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato’ dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) serta dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun 1409H/1988M oleh Kerajaan Perak sebelum berhijrah ke alam baqa pada Selasa 2 Mei 1995 bersamaan 2 Zulhijjah 1415H di Kamunting, Taiping. Al-Fatihah buat Tuan Guru.

-----------------------------

Rujukan: Mat Saman Kati dan Mokhtar Petah 1997. Ilmu Tasawuf. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd. *Mohamad Hashim 1987. Haji Mohd Saman Kati: Tokoh Maal Hijrah 1409 dlm Berita Perak, Jan/Feb. hlm. 5 *Jabatan Agama Islam Perak 1983. Sejarah Perak Dalam Kebangkitan Ulamak (Kertas Kerja). Zabidin Haji Ismail 1993. Kebangkitan Ulama Di Perak dlm Al Islam, April hlm. 56-57.

*** sebenarnya artikel ni ada fakta yg perlu diperbetulkan.. tp aku tak paham ape abah tulis kat atas kertas yg aku bg tu.. ekekeke...

Wednesday, August 22, 2007

Mengantuk Punya Pasal

pagi tadi.. rasa ngantuk sangat2.. mase drive .. sampai atas penang bridge dah rase ngantuk gile2... selalunya mmg rase ngantuk... tp kali ni extra punya mengantuk...

sampai tersengguk sengguk... sampai satu part atas jambatan... tersengguk.. sekejap je.. alih2 sedar kete depan brek... ape lagi... mencicit punya tekan brek.. sampai keta aku yg sengguk... brek berbunyi toksah cakap le...

terkejut gak le aku.. terus cerah bijik mata.... huh... mengharapkan mata tu akan cerah sampai selamat tiba kat ofis.. elok turun jambatan je sengguk balik... tp this time more carefull..

huh... kecut perut toksah kire le masa tu... kalo kate langgr keta depan tu.. jenuh lak aku nak mengganti... kena amik cuti lagi.. lebur cuti raya...

actually ni bukan kali pertama aku mengantuk sambil bawak kereta... bukan kali pertama aku sengguk atas kereta... tp tak pernah lagi brek mengejut sampai macam ni...

huh.. inilah bahana bila ada masalah nak tido malam.. lepas tu bermasalah utk bgn pagi... lepas ni aku kena kerja start pukul 6.. pukul 4 dah kena bangun... selewat2nya pukul 5.15 kena kuar rumah dah... alahai... malam lak tak mampu nak tido awal... kalo try tido pukul 9 pun.. nanti mate dok kelip pok kelip pok tak lena gak.. kalu dah lena pun.. nanti tgh syok tido.. sure terkejut dan terjaga.. mcm sistem badan dah jadi alarm... cukup time terkejut..

jgn nanti sedar dah sampai tempat lain sudah...

Sunday, August 19, 2007

Happy Birthday Yayi





Semalam, 18/8/2007, merupakan birthday yayi yang ke 3 tahun… tp badan yayi besar… hehehehe…

Alhamdulillah birthday boy dah pulih lepas operate…. Tiada lagi ga

Yang nak tergelaknya… semalam kami call ke Kak Ani, nak ucap birthday la kat Yayi… boleh abg tapa kata birthday yayi 16/8.. bukannya 18/8… la ih.. seingat aku.. lahir2 tu bgtahu je mmg aku terus catat tarikh birthday tu… mmg ingat lagi tarikh tu 18/8…. Yg abg tapa kata 16/8 gak… kami kat sini pun semua kata apa abah sendiri tak ingat birthday anak ni…..

Last last abg tapa amik sijil beranak yayi cek tengok… ha.. mmg betul la aku ckp… birthday yayi 18/8… abah dia yg silap ingat birthday anak sendiri.. apa da…. Riuh rendah le gelak satu rumah….. hahahahahaha….

Untuk Yayi..

- selamat hari lahir yg ke-3 sayang.
- semoga panjang umur, diberkati dan diredhai Allah selalu
- semoga beroleh kejayaan di dalam hidup
- semoga menjadi anak yang soleh dan insan yang beriman

Friday, August 17, 2007

Pelaburan Akhirat : Bantuan Diperlukan

Apabila matinya seseorang anak adam itu, maka terputuslah semua hubungannya dgn dunia kecuali 3 perkara :-

1. Amalannya semasa (solat, puasa, etc)
2. Doa anak2 yg soleh
3. Sedekah jariahnya.

Marilah kita beramal untuk pelaburan di akhirat.

~~~~~~~~~~

Sahabat sekalian,

Mohd Sobri Bin Awang adalah seorang pemandu & 'despatch' di Gaban Spice Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Anak sulung beliau - kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun adalah pengidap penyakit thalasemia dan telahpun menjalani beberapa siri pembedahan sebelum ini. Tempurung kepala beliau telah dibuang dalam pembedahan yang lalu. Kanak-kanak ini akan menjalani satu lagi pembedahan yang dijadualkan pada 8 September 2007 yang akan datang bagi menggantikan tempurung kepalanya yang telah dibuang.

Selain dari anak sulung ini, En. Mohd Sobri juga mempunyai 2 orang lagi anak lelaki yang mengidap 'down sindrom'. Masing-masing berusia 5 tahun (anak ke 3) dan 1 tahun lebih (anak bongsu). Anak bongsu beliau adalah pesakit jantung berlubang.


Anak sulung En. Sobri bersama dua orang adiknya yg mengidap down sindrom.



Bahagian yg berlekuk merupakan kesan dr pembedahan membuang tempurung kepala.



Sehubungan dengan keprihatinan sahabat sekalian amat diperlukan sekiranya dapat menghulurkan sedikit bantuan bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh En. Mohd Sobri.

Bantuan boleh disalurkan terus kepada En. Mohd Sobri melalui:

Akaun CIMB : 07066039041520

Tel : 019-5234211

Sekian. Terima kasih.

Sunday, August 12, 2007

Yang Remeh Temeh - Pak Pandir

Puas aku cari lagu ni... aku ingat lagi.. aku satu famili dulu sukakan lagu ni sebab lirik die berbaur sindiran... cukup sinis.... tp masih ada yg tak paham...

skang.. aku rase lirik lagu ni mmg cukup sesuai ngn aku sekarang atas kes kat forum..... walaupun lagu ni penyanyi mungkin tujukan kepada.. U Know Who... tp aku tujukan utk org2 I Know Who... sbb lebih kurang je dema ni...

tpkan... yg remeh dan yg temeh.. kita biarkan... mane kita tahu benda ni betul remeh temeh... kadang2 kerana sikap biarkan inilah kita rugi.. dr yg remeh dan yg temeh inile lama2 akan jadi besar... entah...

mcm si luncai....

♪si luncai terjun dgn labu2nya... biarkan... biarkan.. ♪

so.... hayati la lirik lagu ni....



Yang Remeh Temeh ( Pak Pandir )

ada mata pandang...
ada telinga dengar...
ada mulut diam...
ada tangan garu...
ada kaki goyang...

ada otak pandai...
ada akal pakai...
ada bijak gadai...
ada mata pejam...
ada mulut kunyah...

yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu..
yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu...

buatlah....buatlah tak tahu...
tepuklah....tepuklah tanganmu...

rela jadi tunggul rela patung...
tunggu di lelong...
suruh angguk...
angguk...
suruh geleng...
geleng...

oh puji lah aku...
ampulah aku...
senang hidupmu...
ada tangan tadah...
ada maruah campak...

yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu..
yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu....


Friday, August 10, 2007

Selsema

Apa itu selsema?.. Selsema ialah sejenis penyakit yg mampu membuatkan sistem badan manusia jadi lemah.... kenapa selsema menyerang?.. ape punca selsema?.. aku pun tak tahu.. nak tahu lebih lanjut... bolehlah rujuk kepada yg pakar.. yg aku tahu.. selsema boleh berjangkit.. kerana virus selsema juga merebak dlm udara.. bile kita bernafas di satu kawasan yg sama dgn penghidap selsema.. berkemungkinan besar kita akan kena selsema bergantung kepada ketahanan badan kita...

Bila selsema... human tend to blow their nose.. why?.. sebab kalo tak nyeh hidung.. kita akan rasa tak selesa... ini kerana hidung kita tersumbat dgn bendalir di dalam hidung.. (ngeh ngeh)..ada yg kata.. kalo tak cukup vitamin C dalam badan.. kite mudah diserang selsema.. jadi kita digalakkan utk mengambil vitamin... vitamin C boleh didapati dari buah buahan mcm oren.. epal.. anggur.. atau nak senang.. makan je pil vitamin C..

Kenapa entry aku kali ni bercerita pasal selsema?.. mudah je.. sebab sekarang aku kena selsema... huhuhu.. tak selesanya rasa.. tekak kering.. hidung berair.. idung aku dah merah2 macam badut.. sebab asik mengenyeh hidung.. skang aku kat ofis ditemani sekotak tisu dan bam.. dah le ofis beraircond.. lg sangkut rase dalam hidung aku..

Tuesday, August 07, 2007

Blog aku dah gila

blog aku dah gila... sakit hati aku dibuatnya...
bukan aku ade wat pape je.. semalam linkingkan ke blog member je...
terus jadi bengong macam ni...

gambar tunggang terbalik... gambar tools keluar gambar lain....
aku letak bendera berkibar sekali kuar gambar perut.. dgn perkatan jom kibarkan...
apekehenye nak kibarkan perut... argh.. gerammmm gerammmm gerammmmmmm

Monday, August 06, 2007

Kembalilah........



alahai ciki.. mane le ciki pergi.. Umi ciki dah risau tu...aku pun rindu... takde lagi dah yg nak gigit kaki aku malam2 berebut tempat tidur... huhu... mane le ciki menghilangkan diri...

kena langgar ke? kena pukul ke?... nauzubillah... mintak dijauhkan.. dah 5 hari ciki tak balik...

balik lah ciki.. kalo merajuk jgn le lame2... aku baru je belikan friskies utk ko...

Thursday, August 02, 2007

Happy Birthday Amri

hei hei.. semalam byk keje.. so ari ni le baru entry ni leh menyibuk disini..

dgn ini.. semalam diistiharkan HAFIZUL AMRI SHARULL IDZHAM.. telah cukup berumur 2 tahun... yak yak yeaaaaa...


utk amri...

semoga panjang umur....
semoga jadi anak yg soleh...
semoga jadi orang yg berguna..
semoga beroleh kejayaan.....

ATIH SAYANGGGGGGGG AMRI.... MUAHSSS

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons