Sunday, February 10, 2008

AKU…. Kelmarin, Semalam dan Hari Ini.


Entry kali ni sure pjg.. ye la.. citer tige hari..

Episod Kelmarin

JUMAAT – Masuk ari ni.. dah due ari raya cina.. means dah due ari gak aku bekerja utk triple pay. Mmg seronok sebenarnya bekerja time ni,sebabnya, gaji dibayar triple, makanan disediakan, semalam makan MC, ari ni makan pizza. Sudahla jimat belanja, makan sedap pulak lagi. Hehehe. Yg paling best sbb NB takde pada hari tu.. yehaaaa… ekekeke.

Tp pada ari ni, aku dah start selsema, alahai, mintak2 la aku blh bertahan sampai ari Isnin sekurang2nya atau sembuh esok hari. Sbb kalo aku MC ari isnin, semua usaha aku utk triple pay dua hari lepas jd sia2 je. Sbb HR policy DELL tak benarkan. Adei..

Bila balik, aku singgah billion, cari baja utk orkid pulak. Sbb aku tgk pokok orkid aku masih mengalami kekeringan dan kekuningan.. Tgklah sendiri pada gambar tu.. betapa sakitnya ati aku tgk orkid2 aku jadi mcm tu. Tgk pokok2 makcik sebelah lak.. segar bugar je… huhu.. tak layak kah aku berkebun?



Kalau ari tu aku beli ubat fungus je, kali ni aku beli baja sembur lak… jgn putus asa… aku mesti jaga orkid aku elok2..



Episod Semalam

SABTU - Mlm tadi tak boleh tido lena… terpaksa tinggikan bantal.. dan jelum kepala sbb selsema.. alahai.. mintak2 tak melarat teruk. Ape apehal pun, minum panadol soluble dulu.

Lepas habis basuh baju tadi, elok masuk rumah.. dgr bunyi air menitik. Rupa2nya paip belakang dah rosak. Air asik melimpah je. Try bubuh kepala paip plastic yg dulu beli utk bilik air bwh tp tak muat. Pulas punya pulas, patah pulak. Bukan pulas kuat sgt pun. Nak tak nak, kene le jugak keluar tgh2 panas tu pergi cari kepala paip baru. Alahai. Ingatkan nak rehat ari ni sbb esok kena kerja. Tp tak boleh jugak.

Dah beli, dah siap pasang sume, skali muncung die besar lak, tak muat getah paip tu nak masuk situ..huhu… takkan nak pergi beli kepala paip baru atau getah paip baru lak… Jawabnya, aku belah sket getah paip tu, pastu sumbat masuk, buh cincin kat paip tu. Tp air dok memancut kat tepi lak. Mcm mana aku nak buat ek. Last2 aku belit keliling paip tu ngn tape putih tu dan salotape. Huhu.. menjadi gak walau ada air meleleh tp at least tak memancut. Dah mcm mumia lak kepala paip tu…berbungkus.. Nanti, kalau nak kena tanggalkan pulak mcm mana ek?.. ah. Itu belakang citer. Dah beli kepala paip tu, beli lak skali nozzle paip utk, ala, yg hose sembur2 tu. Masa pasang benda alah tu kat paip luar belah depan, aku pasang yg kepala paip belah depan tu pun tunggu hari je tu. Huhuhu. Dah la baru brape minggu ari tu tukar kepala paip bilik air tgh… alahai.. duit lagi. Pasal orkid.. dah malas pikir ari ni.

Hari ni jugak, Zainal dtg amik motor aku. Huhu.. abah mintak balik motor tu sbb motor honda bulat kat umah dah teruk sgt. Susah nak start. Aku pun cume skali skala je dah gune motor tu. Sedih gak pisah ngn motor tu. Byk oo jasa motor tu pada aku. Sblm ade kete motor tu le yg angkut aku ke sana kemari, pergi kerja, basah dlm hujan bersama… huhu… Tp yelah, tak sampai hati lak tgk abah sampai mengah2 ter hap hap dok menyetat Honda cabuk kat umah tu. Motor tu pun abah gak yg bayar duit muka ngn perabih byr. Aku cuma byr bulan2 je…

Dan petang nye, aku jalan kaki pegi beli makan…huhu..moto dah takde, nak bawak kete pun alang2 je. Xpe, eksesais… fuh fuh..


Episod Hari Ini

AHAD - Hari ini, disinilah aku. Di opis. Bekerja pada hari Ahad, dan dptkan double pay lak. Harap2 selsema aku tak melarat supaya esok aku boleh bekerja. Kalau tak sia2 usaha utk triple pay. Kalo nak tumbang pun biarlah ari selasa… huhu..

ni pun aku siap bawak gula2 batuk ngn panadol soluble buat bekal.. err.. kerja ari ni ada supply makanan tak?.. kalo ade bestnya.. kekeke

Tambahan catatan kul 12.00pm :
yes.. yes.. ada... ari ni makan nasi tomato ngn minum teh bunga Yeos le aku.. hehehe.. jimat duit..

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons