Wednesday, December 09, 2009

Kau Pergi Jua….

Harap maklum, tajuk entry adalah tiada kena mengena dengan kandungan entry. Tajuk diletak berdasarkan tajuk lagu yg didengar oleh penulis semasa menulis entry ini.. kui kui kui..Sedar tak sedar dah tiga tahun usia blog aku semenjak 2006 yang lepas. Sepertimana dua tahun yang sebelum ini, tahun ini sekali lagi aku terlupakan hari ulangtahun kewujudan blog ini iaitu pada 12 Oktober 2009 yang lepas dan hanya menyedari selepas dua bulan.. uhuk uhuk uhuk.. (adakah ini tanda ingatan yang lemah?). Mujurlah blog ni tak pandai merajuk.. fuh. Jadi kali ni, untuk memastikan yang aku tidak akan lupa lagi pada tarikh kewujudan blog ini, aku dah pun set reminder pada handphone aku. Hopefully tahun depan aku akan wish ‘Happy Birthday’ (erk.. dilahirkan ke...

Monday, November 30, 2009

Projek Amal Jomlayan - Mari Menderma Beg Sekolah

INI ADALAH TOPIK MELEKAT :P** Topik terbaru akan berada di bawah topik ini ** Assalamualaikum...Apabila matinya seseorang anak Adam, maka terputuslah semua hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara, iaitu :1. Amal ibadatnya2. Sedekah jariahnya3. Doa anak-anak yang soleh/solehah.Melihat kepada anak-anak yatim, terasa sayu di hati. Apatah lagi jika mereka ini dari golongan yang susah. Kecil-kecil lagi sudah terpaksa hidup berdikari. Mengharap belas ihsan daripada yang sudi. Seperti anak-anak lain, mereka juga ingin kehidupan yang normal, ingin bermain dengan gembira, ingin menyayangi dan disayangi dan mereka juga bercita-cita tinggi ingi ke sekolah untuk menimba ilmu.Sehubungan itu, kami di forum Jomlayan.com telah melancarkan tabung kutipan...

Friday, November 27, 2009

Happy Besday MUNSHI!!

ni anak atih yg paling besar ni.. ekeke.. :pSemoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yg soleh yg taat dan patuh kepada orang tua, anak yg berbakti kepada keluarga, agama bangsa dan negara. Semoga menjadi orang alim macam moyang, macam atuk, macam tokwan. Semoga menjadi cendekiawan. Semoga sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkati Allah selalu. Muah...

Thursday, November 19, 2009

Happy Besday UMI!!

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 57 umi.Semoga Umi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk beramal ibadat. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan melimpahkan berkat pada Umi. Semoga Umi sentiasa dilindungi Allah dari segala kejahatan dan malapetaka. Semoga dimurahkan rezeki buat Umi. Semoga Umi sentiasa bahagia disamping kami semua. You are the best mum.. love u alwa...

Monday, November 16, 2009

Happy Besday LAILA!!

pejam celik.. pejam celik dah setahun dah anak atih ni.. :)Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang solehah yang taat dan berbakti kepada orang tua, keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga menjadi cendekiawan. Semoga sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selalu. Semoga bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Muahs...

Friday, November 13, 2009

Sebatang LOBAK, Sebiji TELUR dan Secawan KOPI

Aku dapat kisah ini dari email, ingin aku kongsikan bersama disini. Kerana aku rasakan kisah ini menarik dan ada yang tersurat di sebalik yang tersirat. Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan dia memasukkan serbuk kopi di periuk yang...

Tuesday, November 03, 2009

Selamat Hari Lahir YONG!!

Happy Birthday My Dearest Sis.Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati serta dirahmati Allah selalu. Semoga dilindungi Allah dari segala kejahatan dan malapetaka. Semoga bahagia selalu di samping keluarga tersayang... amin.....

Monday, November 02, 2009

HAPPY 28th BIRTHDAY TO ME!!

Dia memang nakal, kadang-kadang dia degil sangat, tak mahu dengar kata, melawan cakap, tapi ada masanya dia sangat-sangat baik. Itulah sedara lelaki sulung aku, Muhammad Azamuddin. Dan hari ni, dia buat aku tersenyum lebar, bila aku buka laptop aku, atas keyboard, ada sekeping kad ucapan selamat hari jadi buatan tangan. Kad tu mungkin tak secantik kad buatan kilang, kad tu mungkin tak colourful, walau ada kesalahan ejaan tapi kad tu amat istimewa buat aku. Terima kasih sayang.. Atih pun sayang sangat dekat Azam.Terima kasih buat Nyah yang belikan kek birthday, tapi sayangnya Saiful dah bocorkan rahsia.. ahak ahak.Saiful : Atih jangan bukak peti ais, atih tak boleh tgk kek atih, nanti baru atih boleh tgk..Hahahahaha… poloskan fikiran kanak-kanak....

Friday, October 23, 2009

Sambutan CCK..

Ini cerita kita...Cerita tentang kau dan aku..Cerita tentang hati dan perasaan..Inilah 'Cerita Cinta Kita'..Masa mula-mula aku tulis ni, aku tak rasa pun yang cerita ni akan dpt sambutan. Setiap posting yang tersiar tak pernah ada komen. Tapi aku teruskan juga menulis. Memang cerita asal dari cerita bersambung di Forum Jomlayan, aku olah semula cerita ni sebab aku suka dengan idea cerita. Aku rasa macam dah banyak juga yang aku olah untuk menyedapkan cerita (sedap pada aku la) berbanding cerita asal yang lintang pukang. Nak buat macam mana, bila dah banyak kepala, orang ni tulis macam ni, orang ni pulak tulis macam ni, memang le pening jadinya.. haha. So, basically, idea cerita yang aku ambil, tapi jalan cerita dah digarap sesuka hati aku....

Sunday, October 18, 2009

Sushi??

gambar ihsan internetLately ni aku ada kegemaran baru. Makan SUSHI!!!. Padahal dulu aku cukup tak berkenan nak makan sushi walau kawan-kaan selalu ajak. Satu je dlm mindset aku, sushi itu mentah. Yela, Jepun kan suka yang mentah, fresh kata diorang. Kalau rancangan masakan jepun pun selalu tunjuk mentah punya bahan. Pengalaman abah sendiri makan sushi telur ikan, mentah juga, jawabnya luah balik. Hehehe.Tapi satu hari tu, lalu kat Tesco yang bahagian makanan tu, nampak ada sushi. Aku pegi le usha. Rupa-rupanya sushi bukan setakat ada yang mentah je, tapi ada gak yg dah dimasak, macam unagi sushi, tuna mayo sushi, california roll, inari sushi. Atas rasa ingin tahu apa yang sedapnya sushi ni, aku ambil kanikama sushi (ketam.. eh, betul ke?).Sekali...

Monday, October 12, 2009

Senandung Malam

First time aku dengar lagu ni aku dah suka. Irama dia yang mendayu-dayu rasa syahdu je. Rasa terbua-buai je dengar lagu ni. Buat masa ni aku boleh dengar lagu ni ulang-ulang kali tanpa jemu. So, jom enjoy dengar lagu ni.Senandung MalamOhh Duhai MalamDengarkanlah rintihankuOh Dingin malam sayu sayu kedengaranSayu....aku.........mendendangkan lagu untukmuOh Senandung malam hariaku terfikirkan lagiharum....Senandung malam akuterkenangkan kamu di sisioh angin malambawakan pulangkhabar berita yang tenangoh angin malambawakan pulangrinduku padamu sayangDah la tu kan dah ku kata dah ku kirim beritaku kan bagus ku rindumu keroncong perut yang kosongisi sebelum bertembung berhubung sebelum melopongikut ronggeng cun cak bernada lenggang lengguk oh sayang adindaSenada irama seluruh lautan segenap pelusukmenusuk...

Wednesday, October 07, 2009

Menimba Ikan Keli di Aidilfitri..

Pada hari raya ke-4 yang lalu, hari Rabu bersamaan, 25 september 2009, famili aku buat aktiviti menimba ikan keli di kolam jagaan adik aku. Ni kira hajat adik aku le, nak wat ikan bakar makan ramai2 satu famili sekali dgn adik beradik abah aku. Jadi, pagi2 rabu tu Pak Ak (salah seorang jiran kat kampung) datang bawak pam air dia untuk pam air keluar dari kolam ikan dan disalurkan ke parit berdekatan. Bila air dah habis dipam barulah aktiviti menimba ikan dapat dilakukan. Geram je aku tengok diorang menimba, rasa mcm nak terjun join skali, tp apakan daya aku terpaksa masak rendang dinding bila chef utama, Yong, mengalami masalah kesihatan.. ekekeke.Yeah... kolam sudah kering.. apalagi.. jom gagau ikan keli.. pengalaman first abg tapa, chor n...

Happy Besday Abang Tapa!!!!

Selamat menyambut ulangtahun ke 33. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan limpah kurnia-NYA. Semoga tercapai apa-apa yang dihajatkan. Aminn...

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons