Tuesday, March 31, 2009

Orang Baru

Alhamdulillah, Mac 2009 ni keluarga aku terima kelahiran dua orang baru. Yg pertama, 21 Mac 2009 lalu, kelahiran puteri ke-4 abang Tapa & Kak Ani, Najahussobah (kejayaan subuh), di kala subuh hari. Nama tu tokwan yg bubuh.Ala comelnya… lenanya dia tidur….Jendul je dahi dia, ni bijak nanti ni. Hehehe. Ada sket2 mcm muka abang dia si Bilal. Semoga besar menjadi orang yg beriman, berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat. Menjadi anak yg solehah.Yang kedua, 28 Mac 2009 yg lalu, kelahiran putera ke-3 Nyah dan Abg Farid, dikala lewat malam, orang dah nak tidur dah. Umi dia tingin anak pompuan, tp dpt lelaki gak.. ekeke. Nama hero Nyah yg ketiga ni, kalau tak silap aku ialah Muhammad Khairul Ihsan (yang terpuji sebaik-baik ihsan). Kali ni...

Wednesday, March 25, 2009

GEMPAR!!!!

Ya, GEMPAR!!. Itulah tajuk email Cik Lan pada kaum kerabat tentang perkhabaran gempar mengenai aku. Memang gempar satu famili dibuatnya. Gempar gara2 aku di patuk ular sebulan yg lalu, pada hari Ahad, 22 Februari 2009. Jam berapa aku tak ingat, maybe dlm pukul 10 pagi kot.Ini adalah cerita dr Yong dlm email pada kaum kerabat yg lain setelah di suruh oleh Cik Lan untuk buat laporan.. kekeke. Penat Yong taip panjang2 ni, so aku abadikan citer dia kat blog aku. Nak buh kat blog dia tak sesuai sbb blog dia pasal orkid dan dah setahun tak update.. :p. Yong, blog dah bersawang penuh semak samun tu.. keh keh keh.Gini ceritanya..............Hari Sabtu petang Idar mai rumah - memang selalu kalau dia kebosanan sorang2 kat Seberang Jaya tu, dia mai la rumah kami kat Kulim... boleh sambil2 berinternet!...

Monday, March 23, 2009

Penjilat Ludah yg menciplak - #4

Isnin yg lepas pula, aku dpt lagi offline YM mesej dr penjilat ludah ini, mengiklankan yg tugasan pertama pertandingannya sudah keluar. Memang dasar berkulitkan biawak, mencuri idea orang, meniru ayat2 orang, sudah dimarah tapi masih dgn tak malunya nak mengiklan kan lagi pertandingannya pada aku seolah sengaja nak membangkitkan amarah aku yg sememangnya panas baran ini. Sekali lagi naluri ingin tahu aku membuatkan aku masuk ke blognya, mana tahu, kalau-kalau dia meniru pula soalan tugasan yg aku berikan pada peserta2 pertandingan aku sebijik2 dgn ayat yg di copy paste. Dan sekali lagi dia mengjengkelkan aku apabila bukan sahaja cara permainan yg dia tiru, tp segalanya dia tiru dr pertandingan aku. Dengan format pemarkahannya, dgn sistem jurinya, dgn sistem undiannya, hanya jumlah markah dan...

Penjilat Ludah yg menciplak - #3

Dua hari kemudian, aku terima offline YM message di YM mesengger aku, iklan beserta link dr si penjilat ludah mengenai pendaftaran pertandingan blognya. Sebagai manusia yg punya naluri ingin tahu, aku klik pada link tersebut, dan apa yg aku lihat ialah pertandingan blog yg sebiji-bijik, bulat2 ditiru dari pertandingan blog aku. Malah ayat yg di pamerkan di link tersebut dr ayat mengenai cara permainan, sehinggalah ke ayat promo mencabar para blogger untuk menyertai pertandingan itu bukan lagi di tiru, tp copy paste bulat2 apa yg aku taip untuk pertandingan blog aku. COPY PASTE BULAT2, tiada satu ayat pun yg di ubah. Ayat yg berbunyi “AMACAM?? ADA BERANI” dan ayat aku melarang peserta membodek juri pun di copy paste sahaja dr pertandingan aku ke pertandingan dia. Yg terlintas di fikiran aku...

Penjilat Ludah yg menciplak - #2

Kini, dia kembali, menjilat kembali ludahnya satu persatu, tanpa rasa jijik, tanpa rasa geli, malah begitu berselera sekali menjilat kembali ludahnya. Ludah pertama, dia masuk semula ke forum tersebut melanggar sumpah ikrar diri sendiri. Ludah kedua, dia minta bantuan supaya dpt menyertai komuniti blogger forum itu, dari juri yg dulunya dia caci maki, sumpah seranah sehingga ke 7 keturunan, apa dia ingat ini cerita ‘Anak Sulung 7 Keturunan’ lakonan Zulkifli Zain dan Sharifah Hasnor kah? Bantuan pula dipohon melalui kura2 yg suka memekak dgn alasan malu untuk memohon dari aku kerana aku suka memerli. Mana tidaknya, perangai mcm jibraun. Ludah ketiga, masuk ke blog aku dan meninggalkan komen tah pape yg menyemakkan mata sahaja membacanya. Peduli apa aku kalau dia nak jilat ludahnya kembali??...

Saturday, March 21, 2009

Penjilat Ludah yg Menciplak - #1

Peribahasa menjilat ludah sendiri adalah perumpaan kepada orang2 yang menarik balik kata-katanya. Contoh, si polan dah bersumpah utk tidak melakukan sesuatu, alih2 dia lakukan jugak apa yg disumpahnya tu. Dan pada aku pulak, bila menjilat ludah sendiri ni, means dia dah pun meludah pada sesuatu perkara tu, ludah tu bukan bermaksud dia betul2 ludah kahak tuiiii tu, tp macam dia dah kutuk giler2 ke, dah sumpah, bukan bersumpah, tp sumpah seranah, maki hamun sampai 7 keturunan semua siap, lepas tu dia lak terhegeh-hegeh nak balik ngn yg disumpah seranah tu semata-mata utk dptkan kebaikan / faedah bagi diri sendiri. Maka inilah yang dinamakan penjilat ludah sendiri. Bro Morph (kenalan kat BDN) ada ckp kat aku, dgn org macam ni, ludah je kat btg hidung dia, biar dia jilat ludah kita, baru la dpt...

Monday, March 02, 2009

Happy Besday Qamariah - 2

INi pun sekadar pelepas syarat je... hu...

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons