Ya, GEMPAR!!. Itulah tajuk email Cik Lan pada kaum kerabat tentang perkhabaran gempar mengenai aku. Memang gempar satu famili dibuatnya. Gempar gara2 aku di patuk ular sebulan yg lalu, pada hari Ahad, 22 Februari 2009. Jam berapa aku tak ingat, maybe dlm pukul 10 pagi kot.
Ini adalah cerita dr Yong dlm email pada kaum kerabat yg lain setelah di suruh oleh Cik Lan untuk buat laporan.. kekeke. Penat Yong taip panjang2 ni, so aku abadikan citer dia kat blog aku. Nak buh kat blog dia tak sesuai sbb blog dia pasal orkid dan dah setahun tak update.. :p. Yong, blog dah bersawang penuh semak samun tu.. keh keh keh.
Aiseh Yong, don’t drop my water face la. Mana de ulang pasal potong tgn byk kali. Org ckp sekali je la, :p. Itu pun bkn suh ptg tgn.. tu expreksi kesakitan masa tu. Huhuhu.
Nak dgr citer penuh?? Ok, tunggu nanti, aku lupa bawak balik memory card reader, semua gambar ada dlm handphone. Tak best gak bercerita takde gambar. So tunggu aku balik Penang or kalau lambat lg aku balik maybe aku pi beli card reader yg lain.. ekekeke.
Ini adalah cerita dr Yong dlm email pada kaum kerabat yg lain setelah di suruh oleh Cik Lan untuk buat laporan.. kekeke. Penat Yong taip panjang2 ni, so aku abadikan citer dia kat blog aku. Nak buh kat blog dia tak sesuai sbb blog dia pasal orkid dan dah setahun tak update.. :p. Yong, blog dah bersawang penuh semak samun tu.. keh keh keh.
Gini ceritanya..............
Hari Sabtu petang Idar mai rumah - memang selalu kalau dia kebosanan sorang2 kat Seberang Jaya tu, dia mai la rumah kami kat Kulim... boleh sambil2 berinternet! Dan sememangya rutin Yong ngan Chor (Sharull) ke kebun setiap minggu sama ada Ahad pgi atau petang. Selalunya pagi ler..... Apatah lagi sekarang ni musim durian mula nak berbunga... Minggu lepas , tabur baja + buat pangkin kat kebun tu. Selalu jugaklah si Idar ni ngikut kalau kami ke kebun, seronok gak dapat keluarkan peluh. So, pagi Ahad tu, kami ke kebun ler... Plannya nak tetak buluh untuk perkukuhkan pangkin tu ngan utk buat pagar tanam pisang (lembu dok kacau sangat). Habis pucuk pisang dia makan... tak dan besar anak pisang dah mati! Kawasan yang Idar kena patuk tu, bukannya semak sangat pun, memang laluan... Yong, Chor ngan Idar, nak menuju ke rumpun buluh kat bawah bukit tu ler.. Chor dah kedepan dah.. On the way tu, Yong sambil2 kumpul ranting durian yang dah luruh ngan sisa2 yg dah tebas minggu lepas utk dibakar. Lebih kurang selangkah dari kawasan Idar kena tu memang ada longgok bakar - So, Yong cuba hidupkan api - payah sket la, sebab basah - baru lepas hujan, Dia pun sambil2 tolong kutip daun kering ngan ranting kasik kat Yong utk bakar. Sambil cantas apa yg patut sambil kuti[p daun kering. Yong dok sibuk lah nyalakan api (selangkah jer jarak dari Yong) Kalau tak kena dekat Idar, mungkin jugak Yong yang kena ... Tiba2 dia terjerit.. sambil sebut "ular Yong! ular". Tanya dia, Idar ok ke? Dia kata dia kena gigit, tengok jari dia dah berdarah (jari telunjuk kiri)... Yong picitkan darah tu keluar sambil ikat jari tu. Ular tu tak lari pulak... Sharull kuis2 pun dia tak lari. Yong suruh Sharull tetak.. Mula tu, Sharull kata sawa.. so sedap hati lah jugak sebab sepatutnya sawa tak bisa... Tapi musykil gak, sebab badan dia tak sekilat sawa & batik sampai setakat leher jer... mula la syak ular kapak... pas tu, Idar pun kata terasa pedih & kebas & dah mula pening... kami tak tunggu dah... kemas brg semua.. angkut kepala ular tu.. terus pi klinik berdekatan... So depa kasik vaksin + drip air.. hantar pi sepital ler jawabnya... maka naik amulan lah Yong & Idar... Banyak org kata, sebab selama ni panas, dia menyorok... ni baru lepas hujan, lembab, ular keluar cari air! Memang tahun lepas, ada sekali Sharull jumpa pun, masa lembab gak..
Masa bawak ke klinik tu, Idar kata kesakitan dah setakat pergelangan tangan... masa ke spital tu, dah naik sampai ke lengan dah.. cepat gak bisa tu menjalar.. Tapi sepanjang perjalanan tu... dok doa lah kat dia... selawat apa yang patut.. Yong pulak tak tau doa tawar bisa.. dia mengadu tangan dia panas...hah.. maka si kakak ni pun hantam sajalah... hembuskan doa Nabi Ibrahim elak melecur tu.. selagi ada doa, keluar semua da... Sampai kat spital, tangan tu dah start membengkak dah.... pastu, jari yang kena tu membiru.... Abah datang, abah kata tak pa, abah dah tarik bisa... keseluruhan tangan (hingga pergelangan) dah start biru & ada kesan gelembung kat jari yg kena gigit tu.. Si Idar mengadu sakit, pedih, kebas & panas.. "Katanya, tak boleh tahan... rasa cam nak suruh potong tangan jer dah.." Itu ajer ayat yg dia dok ulang2. Cuma Alhamdulillah... kesakitan tu tak menular sampai tempat lain. As if dia stop kat lengan tu dah berbanding ngan kadar dia menular masa awal2 kena tu. Mungkin sebab dah jampi tu la.. PAstu, doktor datang, belek2 jari dia... terus zapp.... toreh jari tu tanpa warning, tanpa bius.... "adeh!" kata Idar, jenuh tahan.. tapi, katanya, lepas kena toreh tu, terasa kesakitan tu zus... keluar bersama2 darah tu.. baru lah rasa lega... baru lah kembali merah jari tu semua.. dah tak biru dah... Malam tu, datang plak doktor pakar, sekali lagi ditorehnya jari Idar.. (asyik kena toreh je lah). Tapi the next.. jari tu kembali biru/hitam... Kata doktor, dia tak boleh jamin ok ke tak.. harap kerosakan tu sekadar luaran jer.. tapi pada pengamatan dia, sepatutnya ada harapan untuk diselamatkan...
Dah jemu diok spital, semalam mintak keluar. Doktor pakar kata, berdasarkan ujian darah, dah settle dah bisa ular tu, dah tak da lagi. Tapi sebab jari tu masih kehitaman.. depa still nak monitor.. Setelah dipujuk Umi.. doktor kasik keluar.. tapi kena sambung rujuk kat Taiping. So, sekarang ni, Umi & Idar dlm perjalanan balik ke Semanggol. Sama2 lah kita doa supaya semuanya ok & jari tu dapat diselamatkan lagi.. Kalau diikutkan pada simptom yang ada.. jari tu masih hidup & berfungsi.. tapi kalau tengok kan fizikalnya tu, risau gak... sebab keseluruuhannya kehitaman. Ada gambar Idar & Zainal amik.. nanti suh depa send.. Sapa yang lemah semangat tu, dinasihatkan tak yah tengok la.. agak ngeri. Yang buat lebih ngeri tu.. dah la hitam, kesan torehan tu pulak menampakkan luka lagi besar, padahal kesan gigit ular tu lubang kecik jer!...
Aiseh Yong, don’t drop my water face la. Mana de ulang pasal potong tgn byk kali. Org ckp sekali je la, :p. Itu pun bkn suh ptg tgn.. tu expreksi kesakitan masa tu. Huhuhu.
Nak dgr citer penuh?? Ok, tunggu nanti, aku lupa bawak balik memory card reader, semua gambar ada dlm handphone. Tak best gak bercerita takde gambar. So tunggu aku balik Penang or kalau lambat lg aku balik maybe aku pi beli card reader yg lain.. ekekeke.
5 komen:
uihh.. kena patuk ular?? perghhh
dah ok ek tempe..nasib baik..nampak teruk gak tgn tu ek
EKSP..
yup.. kena patuk ular.. hehehe
Zamz..
alhamdulillah.. makin pulih walau belum sembuh sep-enuhnya
org tua kat sini salu pesan, kalu dipatuk ular, jgn cari benda lain dulu.cari air sejuk.kalu ular jumpa air dulu bisa ko tu xkan dapat ditawar.betul idak tu..walllahualam.
apa2pun, ko pun selamat.tu pun dah kira ok.
ekekeke.. mmg aku le yg dpt air dulu.. ular tu kojol kena tetak lepas dia patuk aku.. hehehehe
Post a Comment