Monday, March 23, 2009

Penjilat Ludah yg menciplak - #2

Kini, dia kembali, menjilat kembali ludahnya satu persatu, tanpa rasa jijik, tanpa rasa geli, malah begitu berselera sekali menjilat kembali ludahnya. Ludah pertama, dia masuk semula ke forum tersebut melanggar sumpah ikrar diri sendiri. Ludah kedua, dia minta bantuan supaya dpt menyertai komuniti blogger forum itu, dari juri yg dulunya dia caci maki, sumpah seranah sehingga ke 7 keturunan, apa dia ingat ini cerita ‘Anak Sulung 7 Keturunan’ lakonan Zulkifli Zain dan Sharifah Hasnor kah? Bantuan pula dipohon melalui kura2 yg suka memekak dgn alasan malu untuk memohon dari aku kerana aku suka memerli. Mana tidaknya, perangai mcm jibraun. Ludah ketiga, masuk ke blog aku dan meninggalkan komen tah pape yg menyemakkan mata sahaja membacanya.

Peduli apa aku kalau dia nak jilat ludahnya kembali?? Apa masalah nya dgn aku, lantak kan sajalah dia nak menjilat kembali ludahnya. Itupun kalau perbuatan jijiknya tu tidak mengganggu aku. Masalahnya dia menjilat ludah nya sambil membuatkan aku berasa cukup-cukup jijik dgn perbuatan tak bermaruah dia itu.

Tiba2 sahaja penjilat ludah ini YM aku, entah dari beruk mat yeh mana dia dapatkan YM id aku pun tak tahulah. Dengan penuh sopan santun kononnya, minta bantuan aku, minta pendapat aku, kerana dia juga hendak membuat pertandingan blog, di saat aku sendiri sedang melancarkan pertandingan blog bagi musim ketiga, pertandingan yg mana pada musim kedua yg lalu dia telah membuat kecoh gara2 tersingkir dr pertandingan itu.

Perkara pertama yg terlintas di fikiran aku ketika, di tambah dgn kata2nya, membuat aku terasa seolah2 dia hendak bersaing dgn aku, hendak sabotaj pertandingan aku. Cepat2 aku beristifar dan menjauhkan prasangka buruk itu. Aku cuba sedaya upaya aku melayan kerenahnya dgn seboleh mungkin (walau maybe layanan aku pada tika itu seumpama layan sebaik-baik jin) walau dlm hati menyampah nak melayan dia.

Keesokan harinya, dia menggangu aku lagi melalui YM, minta bantuan aku mereka banner untuk pertandingannya, minta aku perkenal penaja hadiah untuknya, minta aku jadi juri untuk pertandingannya, dan dengan terlebih tak malunya seumpama kulit dia setebal kulit beruk mat yeh meminta aku memberikan kertas kerja yg aku sediakan untuk pertandingan blog aku kepada dia. Betapa tak pemalunya dia. Dulu dikatakan aku tidak pandai membuat pertandingan. Kenapa sekarang terhegeh2 minta bantuan aku? If you are so great, then do it all by YOURSELF la. Minta juga bantuan dari orang2 yg ko kutuk dan maki ini. Tidakkah menjilat ludah sendiri perbuatan sebegini?? Boleh blah la kalau nak aku serahkan kertas kerja yg susah payah aku sediakan itu kepada kau. Maka kesemua sekali permintaan tak tahu malu si penjilat ludah ini aku hampakan.

Dan pada hari berikutnya, aku diberitahu oleh kenalan cyberku (juga penaja hadiah untuk pertandingan aku) yg si penjilat ludah ini minta dia menaja pertandingannya. Apa yg aku katakan, terpulanglah kepada kenalanku itu sama ada nak menaja atau tidak, tp kalau aku, aku tidak ingin berususan dgn orang yg sebegini.


>>> bersambung..

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons