Monday, March 23, 2009

Penjilat Ludah yg menciplak - #3

Dua hari kemudian, aku terima offline YM message di YM mesengger aku, iklan beserta link dr si penjilat ludah mengenai pendaftaran pertandingan blognya. Sebagai manusia yg punya naluri ingin tahu, aku klik pada link tersebut, dan apa yg aku lihat ialah pertandingan blog yg sebiji-bijik, bulat2 ditiru dari pertandingan blog aku. Malah ayat yg di pamerkan di link tersebut dr ayat mengenai cara permainan, sehinggalah ke ayat promo mencabar para blogger untuk menyertai pertandingan itu bukan lagi di tiru, tp copy paste bulat2 apa yg aku taip untuk pertandingan blog aku. COPY PASTE BULAT2, tiada satu ayat pun yg di ubah. Ayat yg berbunyi “AMACAM?? ADA BERANI” dan ayat aku melarang peserta membodek juri pun di copy paste sahaja dr pertandingan aku ke pertandingan dia. Yg terlintas di fikiran aku masa tu, dasar blog murahan jenis copy paste, sehingga buat pertandingan pun main copy paste. Yang berbeza hanya lah tempoh permainan iaitu pertandingan aku berlangsung selama 4 minggu yg mana kitaran tugasan ialah selama seminggu (dr pengeluaran soalan, submit dan pengumuman keputusan) manakala pertandingan si penjilat ludah tu pula selama 8 minggu dgn kitaran tugasan selama 2 minggu. Kalau dulu dikutuk gila2 pertandingan aku, kenapa sekarang dia meratah dgn berselera sekali ludahnya itu meniru sebijik, copy paste je pertandingan aku. Bukan sahaja idea itu ditiru, ayat pun di copy paste sebijik2. Apa ke punya bangang tambah bengap punya orang aku pun tak tahu, kalau ia pun nak meniru, ubah le, bukan main redah copy paste je.

Yang buat aku marah kemudiannya, apabila kecoh2 di forum mengatakan dia meniru pertandingan blog aku, dia dgn selamba beruk nya, beruk pun aku rasa tak seselamba itu, atau mungkin boleh aku katakan selamba bewak kerana kulit bewak lebih tebal dr beruk, mengatakan yang ‘AKU BENARKAN’ dia tiru pertandingan aku? Apa kehalnya?? Apa kes?? Aku benarkan?? Aku benarkan?? Bila masanya?? Siap mengaku dia ada save perbualan YM antara aku ngn dia yg mana aku benarkan dia tiru pertandingan aku. Bila diminta kemukakan bukti, dia kata dia tidak save pula perbualan itu. Memang dasar penjilat ludah, sudahlah meniru, menipu pula lagi.

Aku TIDAK PERNAH DAN MASIH WARAS untuk membenarkan org yg dah menyakitkan hati aku dan menyusahkan fikiran aku untuk meniru sesuatu yg aku hasilkan. Takkanlah ayat aku yg mengatakan kalau dia nak buat pertandingan buatlah itu dia anggap aku benarkan dia tiru idea pertandingan aku?? Dan takkanlah ayat aku menolak untuk memberi kertas kerja pertandingan aku kepada dia iaitu “apa yg aku letak kat forum tu, itulah yg akak beritahu pada penaja utk dpt tajaan”, sabit ayat ini dia kata aku benarkan dia tiru pertandingan aku dan sekaligus copy paste ayat2 aku?? Bodohkah dia, tak paham kah dia yg ayat tu sebenarnya bermaksud, “pi mampus la, tak malu minta kertas kerja orang, dulu kutuk gila2, skang terhegeh2 nak kertas kerja aku, sampai kiamat aku takkan bagi”. Mungkin silap aku juga masa tu, tak cakap direct je macam tu even ada jugak yg dah nasihatkan aku suruh maki je dia. Aku tak mahula nak memaki org bila dia memulakan perbualan dgn ayat sopan even aku tahu ada udang di sebalik mee segera dlm kesopanannya itu.

Bila aku katakan pada dia yg aku tak pernah benarkan dia tiru idea aku dan ayat2 aku, dia pula mengatakan yg ini semua salah faham, aku dah salah faham dan tidak sesekali mengaku yg dia dah meniru. Dan konon biarlah dia mengalah dgn mengubah ayat2 aku yg sudah dia copy paste, even selepas di ubah masih ada lagi ayat aku di situ, tp aku malas nak bising sbb aku tahu si penjilat ludah itu dan orang2 lain yg tak tahu hujung pangkal cerita nak menyabarkan konon ingat aku marah kerana perbuatan copy paste dia itu. Padahal, yang buat aku tersangat marah, bukan kerana ayat2 aku yg di copy poaste, tahukah dia yg aku marah dengan perangai jibraun dia itu, sudah di copy paste sudahlah, sudah ditiru sudah lah even tiada sedikit kredit pun diberikan pada pertandingan aku tu, dengan senang hatinya mengatakan AKU BENARKAN dia meniru. Attitude itu yg aku marah. Apa salahnya kalau dia mintak kebenaran, cakap terus terang yang dia nak guna pakai idea aku dan ayat aku dari mintak kertas kerja aku, mintak itu mintak ini yg mana dia tak sedar dia bukan kawan aku sebaliknya org yg pernah menimbulkan masalah pada aku dan TAK PERNAH MINTA MAAF DGN AKU. Argh.. bengangnya aku pada masa itu. Mahu saja aku memaki dan mencarut pada dia tapi umi ngn abah tak pernah ajar aku mencarut. Boleh sahaja nak mencarut, tapi buang air liur aje mencarut pada org sebegitu.


>>> bersambung

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons