Saturday, March 21, 2009

Penjilat Ludah yg Menciplak - #1

Peribahasa menjilat ludah sendiri adalah perumpaan kepada orang2 yang menarik balik kata-katanya. Contoh, si polan dah bersumpah utk tidak melakukan sesuatu, alih2 dia lakukan jugak apa yg disumpahnya tu. Dan pada aku pulak, bila menjilat ludah sendiri ni, means dia dah pun meludah pada sesuatu perkara tu, ludah tu bukan bermaksud dia betul2 ludah kahak tuiiii tu, tp macam dia dah kutuk giler2 ke, dah sumpah, bukan bersumpah, tp sumpah seranah, maki hamun sampai 7 keturunan semua siap, lepas tu dia lak terhegeh-hegeh nak balik ngn yg disumpah seranah tu semata-mata utk dptkan kebaikan / faedah bagi diri sendiri. Maka inilah yang dinamakan penjilat ludah sendiri.

Bro Morph (kenalan kat BDN) ada ckp kat aku, dgn org macam ni, ludah je kat btg hidung dia, biar dia jilat ludah kita, baru la dpt peribahasa baru, “aku ludah, ko jilat”. Wakakaka, menarik gak tu, tp orangnya takde depan mata, kalau tidak maybe aku dah buat jugak. Hahahaha.

Dulu, bukan main lagi dia mengutuk pertandingan yang aku buat. Siap warwarkan kepada kawan2nya, satu entry khas dia sediakan di blognya utk mengutuk pertandingan tu. Berat sebelah lah, pertandingan untuk kawan2 sahajalah, beserta undian lagi dia letak di blog dia utk mengatakan pertandingan itu berat sebelah. Maka berduyunlah pengundi-pengundi buta, bukan lagi pengundi hantu, mengundi walau tidak tahu hujung pangkal cerita di samping siap dihalang utk menjengah ke pertandingan tersebut utk mengetahui sejauh mana kebenaran kata-kata penjilat ludah ini. Hatta bersumpahlah si penjilat ludah ini yang ‘DIA TIDAK AKAN MENJEJAKKAN LAGI JARI JEMARINYA MENAIP DI FORUM YANG ENTAH HAPE HAPE ENTAH PADA PANDANGANNYA YG DITUTUPI TOPI KOBOI ITU’.

Juri yang memberikan markah yang rendah kepada dia juga diberikan segunung kutukan di samping thread khas utk menyumpah seranah juri ini. Juri bodohlah, juri bangang lah, juri bahlol la, buta la, pakai komputer tak canggih la, dan segala macam perkataan yg tak sedap nak dibaca. Tak cukup juri tu dimakinya, 7 keturunan juri itu lagi disumpah seranah nya. Sehinggakan anak kecil yg tak berdosa turut menerima tempias sumpah seranahnya. Malunya aku pada juri tu, Allah sahajalah yg tahu betapa malunya aku dgn juri yg seorang ini pada ketika itu, kerana hendak membantu aku utk pertandingan ini tak pasal2 dia dan keturunannya dimaki hamun sesedap rasa oleh penjilat ludah ini. Berkali-kali kata maaf aku ucapkan pada juri ini. Mujurlah juri ini seorang yg memahami.

Pada minggu pertama pertandingan ini mmg rata2 thread yg berkaitan dgn pertandingan ini termasuklah thread khas yg dia buka di forum itu dipenuhi dgn kata nista, caci maki dan sumpah seranah dr penjilat ludah ini. Serasa seperti mahu saja aku gelekkan si penjilat ludah ini dgn steamroll pada masa itu. Tapi aku bersabar, cuba memujuk, kata maaf pun aku ucapkan walhal dr pihak pengurusan pertandingan dan juri tiada langsung bersalah padanya. Adatlah pertandingan ada yg menang, ada yg tersingkir. Dan tidak sesekali aku memulangkan caci maki kepada penjilat ludah ini.

Ya, aku masih ingat dengan jelas apa yg berlaku pada saat pertandingan yg aku hasilkan itu berlangsung. Akan sentiasa ingat dan tidak sesekali aku akan melupakannya. Tidak lah juga aku berdendam kerana aku mengangap si penjilat ludah ini umpama langau yg hingar saat mengurumuni daging busuk. Erm, kalau nak kata aku berdendam pun suka hatilah.


>> bersambung

2 komen:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

ermmm..
ni bukan berdendam..
ni luahan perasaan..
xpe akak..teruskan..
luahkan semua..biar lega dlm hati tu..

angelkelaba1234@gmail.com said...

Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons