Monday, March 23, 2009

Penjilat Ludah yg menciplak - #4

Isnin yg lepas pula, aku dpt lagi offline YM mesej dr penjilat ludah ini, mengiklankan yg tugasan pertama pertandingannya sudah keluar. Memang dasar berkulitkan biawak, mencuri idea orang, meniru ayat2 orang, sudah dimarah tapi masih dgn tak malunya nak mengiklan kan lagi pertandingannya pada aku seolah sengaja nak membangkitkan amarah aku yg sememangnya panas baran ini. Sekali lagi naluri ingin tahu aku membuatkan aku masuk ke blognya, mana tahu, kalau-kalau dia meniru pula soalan tugasan yg aku berikan pada peserta2 pertandingan aku sebijik2 dgn ayat yg di copy paste. Dan sekali lagi dia mengjengkelkan aku apabila bukan sahaja cara permainan yg dia tiru, tp segalanya dia tiru dr pertandingan aku. Dengan format pemarkahannya, dgn sistem jurinya, dgn sistem undiannya, hanya jumlah markah dan peratusan sahaja yg berbeza sedikit dr pertandingan aku, kalau kata aku guna markah juri sbyk 80% dia pula gunakan 70%. Itu sahaja yg berbeza nya. Dan kemudian mendapat pujian buta je sbb membuat pertandingan sebegitu. Ceh, meniru, boleh la.

Tp dia tak sedar, pertandingan yg dia tiru, kemudian dia ubah sedikit sahaja utk membuatkan dia tidak meniru, maybe jugak sbb aku dah bising, kalau tak mungkin juga sebijik-sebijik gak peratusannya, ada terlalu byk loophole, dr segi jumlah peserta dan sistem undian sebelum penghantaran tugasan. Malaslah aku nak beritahu apa loophole dan kepincangannya, jika dia pandai fikirlah sendiri. Idea dah diciplak, kang dia baca blog aku, dia baiki lak loophole tu, tak kuasa aku nak bantu dia. Kekekeke. Dan aku nak ckp, lantak kaulah, tak selamanya kau akan selamat dgn buat mcm ni pada org.

Tipulah aku kalau aku kata aku tak marah, bohonglah aku kalau aku kata aku tak kesah. Ada yg suh aku bersabar, aku terima, terima kasih sbb ingatkan aku utk bersabar. Tak kurang juga yg kata ini perkara kecik dan biarkanlah penjilat ludah itu. Iyelah, tidak kena pada korang dan bukan idea korang yg dicuri dan korang tak paham kenapa aku marah. Kalau yg mencuri dan menciplak itu seseorang yg aku langsung tak kenal, tak tahu, mungkin lebih mudah utk aku buat tak kesah. Tapi si penjilat ludah ini adalah org yg dah pernah mengutuk pertandingan aku ini, org yg menyemakkan fikiran aku dan menyusahkan pertandingan aku, org yg dah memburukkan pertandingan aku, alih2 pertandingan ini juga yg dia CIPLAK. Kalau dia bagus sgt, kenapa tak create sendiri format pertandingan yg baru. Macam aku kata, dah ciplak sudahlah, dah copy paste sudahlah, tp dgn tak malunya mengaku yg aku bagi kebenaran, bila aku mintak bukti, terus je dia ckp takde bukti. Ceh, yg aku marahkan attitude itu seolah takde apa aje apa yg dia buat tu. Kemudian ada pulak yg gatal mengatakan ini cuma salah faham aje antara aku ngn penjilat ludah itu, atau mungkin itu adalh penjilat ludah itu sendiri yg menggunakan nama lain. HELLO, boleh blah la, salah faham hotak lu. Dari pihak aku tiada salah faham, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, Cuma org buta je yg tak nampak, yang DIA CIPLAK GAME AKU, DIA COPY PASTE AYAT2 AKU, dan AKU TAK PERNAH BAGI KEBENARAN pada dia. Salah faham dari pihak dia maybe, salah faham sebab dia tak tahu malu dan tak faham bahasa. Dah ludah2 game aku dulu, sekarang ko jilat2, ko sedut2 balik kahak ludah ko dan jadikan game ko. Entah hapa punya jenis tah. Jadi tak salah aku gelar ko penjilat ludah sbb itu yg ko buat.

Inilah yg org kata, kecik2 tak mahu mampus, dah besar menyusahkan orang, kalau menyusahkan kambing aku tak kesah lagi, ni menyusahkan dan menyemakkan dan menjengkelkan aku yg aku marah ni. Tak pasal aku dah membebel panjang lebar utk entry ni. Kalau korang nak kata aku berdendam ke, aku ni pemarah ke sbb kes ni, suka amik kesah hal remeh temeh ke bende kecik ke, lantak korang lah. Aku tak kesah. ang penting, aku dpt luahkan apa yg terbuku kat hati supaya aku boleh tutup buku pasal penjilat ludah ni dan aku harap yg aku tak perlu berhadapan dgn penjilat ludah ini lagi. Kalau dia ada di hadapan aku, bertentang mata, bukan bertentang kata di alam cyber, sudah pasti aku ludah-ludahkan KAHAK TUIIII beserta sebijik tumbukan ke muka dia. Biar dia pakai topi koboi yg lebih besar untuk menutup pandangan org dr melihat dia menjilat ludah dan menutup lebam di muka.


Oh lupa pulak, itu bukan ludah terakhir yg dia jilat. Baru2 ini aku dpt sms dr juri yg dimakinya sehingga 7 keturunan itu, yang si penjilat ludah ini menggunakan kura-kura perantaraan meminta juri ini menjadi juri khas bg pertandingan blog dia. Ish.. jijiknya org macam ni.

4 komen:

Anonymous said...

hmm.. betul lah tempe.. kalau da terkena btg hidung sndri br leh faham.. sbb tu rhea pnah kata 'dah muak dgn ungkapan sabar'.. tp as a muslim, kena sabar gak la kan..

nasib baik la tempe ni leh luahkan perasaan macam ni.. kalau jenis spesis mcm rhea ni.. yg tak pandai nk luahkan perasaan.. ada peluang dia kena bunuh ngn rhea.. takde siapa leh pertikaikan.. as i'm not a normal person.. kan.. harap2 org yg sakitkan rhea, jgn sesekali berada di hadapan rhea.. percuma korg jadi arwah!!

nway.. tempe, kalau dah sihat betul nnt, buatlah TAG ni.. tq.

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

huuu...
takpe akak.. yang penting dah luah~
memang ade orang yang tak faham, sbb tak kena pada dorg.
Sekarang ni dah luah camni, dah rasa lega..lantak pi lah dia ngan game dia yang konon bagus tu.

May we live in peace :):)

aidilx said...

takpelah Tempe.mebi ada hikmah semua ini.

kau pun dah tlg byk blogger utk membangunkan penulisan dorang.

Husz @ Tempe said...

RHEA... sekadar luahan perasaan.. heheh

NOI.. mmg rasa lega.. hehehe

AIDILX.. yup.. mebi de hikmah.. aku pun sekadar nak lepas geram.. ekekeke

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons