Friday, May 22, 2009

GURU : ikhlas atau cari makan??



Makcik Kepoh : Kenapa tak amik KPLI je?? Jadi cikgu??
Aku : tak reti nak mengajar orang
Makcik Kepoh : eh.. tu sbb diorang bg kursus.. nanti diorang ajar le cara mengajar
Aku : tak mo lah.. tak minat mengajar
Makcik kepoh : Mula2 tak minat, lama2 nanti suka le.. lgpun lumayan gaji cikgu.. tak gaduh kena buang dah
Aku : (eh.. byk ckp lak makcik ni.. seligi kang.. sukati aku le.. ingat jadi cikgu ni senang??)


Sejak aku menganggur ni, mmg itulah yg sering aku dengar, kenapa tak jadi cikgu je.. kenapa tak jadi cikgu je?? Abah aku mmg sukale kalau aku jadi cikgu, sbb dia dulu pun cikgu. Sekarang pun dia masih mengajar, tp ajar agama. Bukan sebab gaji cikgu besar. Sebab kata abah, cikgu ialah satu kerja yg mulia, sebagai seorang pendidik.

Pada aku pula, sebab kerja cikgu tu mendidik le aku tak mahu. Sebab?? Macam dialog aku dgn makcik kepoh tu, aku tak minat dan tak reti mengajar. Kadang2 aku bercerita pun, lain yg aku nak sampaikan, lain yg orang paham. Jadi mcm mana aku nak mengajar? Bila jadi cikgu, itu dah jadi tugas cikgu untuk pastikan anak2 murid dia paham setiap apa yg di ajar. Ni kalau anak murid tak paham, namanya cikgu mengajar syok sendiri. Kesian le kat anak murid, penat2 pergi sekolah, nak belajar.. tp satu hape pun tak paham. Jadi, biarla orang yg lebih berbakat, berkesungguhan dan berminat mengajar yg jadi cikgu.

Ok, memang ada kursus guru, yg akan mengajar bakal pendidik mcm mana nak mendidik, tapi.. ini pendapat akula, mengajar adalah satu bakat semulajadi, yg perlu diikuti dgn kesungguhan. Bukan semua orang ada bakat ni yg boleh beri tunjuk ajar pada orang dan buatkan orang paham apa yg dia ajar. Kalau dapat anak murid jenis senang tangkap satu hal juga, kena yg jenis lambat tangkap?? Pergh.. jenuh. Sepanjang aku sendiri bergelar pelajar, aku dah jumpa dgn bermacam-macam jenis guru. Ada yg lancar je pengajaran dia, ada yg cuba sekreatif mungkin untuk mengajar dan ada juga yg susah aku nak paham apa yg dia ajar. Entahlah, aku bukan cikgu, tp aku tahu bukan senang nak jadi cikgu.

Apa yg aku perhatikan, senario macam dialog aku diatas tu banyak berlaku sekarang ni. Disebabkan takde kerja lain, susah nak dpt kerja, jadi cikgu. Isi borang KPLI, jadi cikgu. Janji gaji masyukkkkkkk. Oklah, sapa yg nak buat kerja freekan?? Takde gaji nak makan apa pula nanti. Zaman sekarang zaman duit. Tapi yg dikesalkan, bila dah jadi cikgu, masih takde minat takde kesungguhan nak mengajar, yg jadi mangsa anak murid. Dah tu, cikgu mengajar syok sendiri, asal aku dah ajar sudahla, anak murid lak terpinga-pinga tak paham. Aku sendiri dah pernah berjumpa dgn cikgu yg mcm gini.

Tapi aku tak kata semua cikgu macam ni. Alhamdulillah, ada yg sbb mula takde kerja, bila dia dah mula mengajar timbul minat tu, timbul sayang pada pekerjaan, dia pun ikhlas terhadap pekerjaan dia. Berusaha sungguh untuk pastikan anak murid dia berjaya dgn cemerlang.

Abah aku kata, ikhlas terhadap pekerjaan ni, maksudnya, dia tahu macam mana nak buat sesuatu kerja tu, dan dia bersungguh melakukan pekerjaan itu. Itu namanya ikhlas terhadap pekerjaan. Buat kerja hendaklah ikhlas. Oleh itu, kalau jadi cikgu semata-mata nak duit, tiada ikhlas, selalunya sesuatu pekerjaan tu takkan berhasil dgn baik. Aku tak harap senario mcm ni berlaku. Pada aku, kalau hendak jadi cikgu, biarlah sebab betul2 ikhlas, nak membimbing anak bangsa. Kalau sekadar nak cari makan pun, jgnlah diabaikan tugas seorang guru, iaitu mendidik, mengajar dan memahamkan anak murid.

Walau apa pun, kerja menjadi cikgu, bukanlah satu kerja yg mudah. Hendak2 pula dizaman sekarang. Banyak cabaran dan perlu banyak kesabaran. Kalau dulu, sejahat-jahat anak murid pun masih tak tergamak belasah cikgu, bakar kereta cikgu, bakar sekolah, paling tinggi, gumpal2 kertas.. ha.. ni kepala cikgu kau, ni kepala cikgu aku.. ha pijak..pijak. Sekarang jgn buat main, “Cikgu, wa tunggu lu kat kepala simpang.. wa bawak geng blasah lu.. lu tunggu la”. Sebut pasal cikgu pukul anak murid, kecoh abis kat tv2 ngn suratkhabar, sampai pergi court le cikgu tu. Bila kena anak murid belasah cikgu?? Stakat laporan kecik kat paper je, tu pun kalau ada. Tak adil.. tak adil.

Seorang guru perlulah ikhlas terhadap pekerjaannya, bukan setakat guru tp apa pun pekerjaan yg kita lakukan perlulah kita ikhlas terhadapnya. Seorang anak murid pula, hormatlah kepada guru anda, kerana gurulah yg mendidik kita menjadi insan yg lebih baik. Ikut sukalah anda nak anggap guru tu umpama lilin ke, umpama matahari ke, umpama ultraman ke, spiderman ke, power rangers ke.. yg penting hormatilah guru, sebagaimana dlm Islam sendiri pun menyuruh kita menghormati dan patuh kepada guru kita. Jangan dok wat kurang ajar a... kang ilmu tak berkat padan muka korang.

Sebut pasal guru, tahukah korang, guru pertama setiap insan adalah Ibu kita sendiri? Yang mendidik dan mengajar kita sejak kita di dalam rahim lagi?

Buat para guru diluar sana, kalau ada ayat aku yg buat korang kecik hati, harap maafkan aku, mcm aku kata, aku tak pandai bermain kata2. Kadang lain yg aku nak sampaikan, tp lain pula yg aku ceritakan.

Wallahuaklambisawab...

4 komen:

ღ~n0n0i~ღ said...

Yerp, betul kak betul!
Jadi cikgu bukan sekadar cari makan, gaji masyukkk. Tapi dah jadi tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa. Tanggungjawab tu besar. Anak murid macam anak kita sendiri (aik? ada anak lak tetiba cikgu-cikgu muda, haha). Tugas mendidik bukan tugas yang mudah. Banyak cabaran.

Kalau Noi dapat DPLI ni.. Semoga Noi boleh jadi pendidik yang baik. Aminnn. (Sejuk hati ibu kalau baca ni, keke)

aidilx said...

aku dah mintak DPLI..dah berkobar2 nak jadi cikgu..tapi x dpt..camno?

aku jadi cikgu utk anak2 aku je..

husz_nie said...

satu je pesan aku..
jadilah pendidik yg ikhlas mendidik

AisYaDaMiA said...

Salam ni akak nak gitau la ni ada panduan lulus temuduga kerajaan husz cuba la baca... mana tau kot2 lekat kerja kerajaan lak... Kat blok k ina ada
klik ja kat link tu

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons