Wednesday, May 27, 2009

Kurang puas hati

Ketakpuasan hati aku pasal artikel mengenai Tokwan tu, akhirnya disiarkan oleh Sinar Harian, 26 Mei 2009.



TAPI... masih aku masih tak puas hati dgn artikel yang terpapar, kerana ianya terlalu pendek dan tidak menyebut yang HARAKAH le paper yg tidak bertanggungjawab jawab yang telah menyiarkan artikel salah terhadap Tokwan aku tetapi tidak mahu memperbetulkan balik kesalahan mereka. Umpama orang dah berak di tengah jalan tapi tak reti2 nak bersihkannya. Kalau akhbar lain buat salah dihentam secukup rasa, bila Harakah pula yang buat salah, editor dan staf2nya memekakkan mata dan membutakan telinga aje.

Dan aku tak mahu tajuk tu, aku mahu tajuk asal aku, HARAKAH tidak hiraukan kesahihan fakta. Cuma, aku masih berterima kasih pada Sinar, even kurang puas hati, sebab point2 yg salah dah disiarkan dan diperbetulkan. Tapi pada 2 point, keturunan tu dah jatuh mcm Tokwan lak yg berhijrah dr Afghanistan, padahal nenek moyang tokwan dan point Ustaz Abu Bakar tu skali baca mcm ayat tu tidak mengatakan yg Tokwan BUKAN ANAK MURID Ustaz Abu Bakar.

Malang aku dah berhenti kerja, kalau tidak mahu jugak aku sanggup bayar satu page semata2 nak siarkan apa yang aku tulis panjang lebar tu untuk bidas fakta2 yang salah tu dan bidas Harakah serta Mohd Fadli Ghani tu.

Jadi di sini ajelah aku suarakan rasa hati aku. Kalau Mohd Fadli Ghani baca blog aku, paham2 le, buat kerja lain kali selidik dulu. Buat Harakah, sama je la ngn akhbar lain, takle percaya.

1 komen:

inaz said...

fuiyooo... tempe dh pemessss

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons