Tuesday, August 18, 2009

Selamat Ulang Tahun Ke 5 - Bilal!!


Selamat menyambut ulangtahun ke-5. Semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu. Semoga sentiasa dilindungi dari segala mala petaka. Semoga dipanjangkan umur untuk beramal kebaikan. Semoga menjadi anak yang soleh, yang berbakti kepada kedua-orang tua, keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga menjadi orang alim, orang yang berguna. Semoga buas tu makin kurang, dalam ramai2 anak atih, bilal ni yang selalu cedera. Semoga segala kebahagian dan kebaikan untuk bilal. Aminnnn

Atih sayang bilal...

Sunday, August 16, 2009

SETEM???


Filem 'SETEM' arahan Khabir Bhatia, lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Haidar, Aziz Sattar dan Bront Palare dah pun mengegarkan pawagam.

Ahad lepas Mimi ajak aku tengok wayang so zoom.. aku angkutsekali dengan dua orang anak sedara aku, si Azam ngn Saiful. Pergi tu main redah je, tak plan pun nak tengok citer apa. So sampai tengok, tengok cerita yg bersesuaian waktu tayangannya, kitorang amik keputusan tengok citer SETEM.

Siapa sangka pasal SETEM boleh dijadikan cerita? Kisah yang bermula dengan sekeping setem berakhir dengan persahabatan, apa itu kehidupan secara bersih dan juga kemurahan hati manusia. Kira cerita lengkap perisalah, kelakar, ada motif, ada pengajaran, menarik dan ada sesuatu yang hendak disampaikan. Sesuai untuk bersantai dan merilekskan minda, tapi tetap ada penyampaian di sebaliknya.

Dari mula cerita sampai la ke part last, aku gelak aje. Gelak sepuas hati pulak tu. Budak kecik yang dua orang tu pun sakan je gelak. Kira berbaloi la gi tengok citer ni kat wayang. Memang rasa release je tensen dgn gelak ketawa. Thumbs up untuk filem setem. Recommended for watching.

Dari sekeping setem, puncanya hanya sekeping setem, berlakulah kejadian tembak menembak, kejar mengejar, terjalinnya perhubungan. Semuanya kerana sekeping setem bernilai 4 juta yang menjadi rebutan Geng Yatim, Geng Tose, Geng Piranha dan Geng Bakso, maka timbullah semua huru hara ni. hehehe.

Ini sipnopsis yang aku amik dari blog Jomsss Layansss.

Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut. Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.

Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.
Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua?


Apa lagi?? pergilah tengok SETEM.

International Orchid & Bonsai Festival 2009 - JB


Hari Sabtu minggu lepas, 8 Ogos, Aku dan Nyah sekeluarga pergi ke Festival Orkid yang diadakan di Danga Bay, JB. Biasalah, kami kan penggemar orkid, surelah pergi punya. Di perkarangan Danga Bay tu banyaklah gerai2 menjual orkid. Macam-macam jenis orkid ada, dari pelbagai warna, dari yg sebesar-besar orkid sampailah ke yang sekecil-kecil orkid. Nak yg dandrobium? cattleya? spider? butterfly? suma ada. Harga pun berpatutan, sampai rambang mata la Nyah nak membeli orkid untuk menambahkan koleksi sedia ada. Aku lak, mujur aku duduk dgn Nyah sekarang, kalau aku duk sorang2 ada rumah macam masa duk Penang, sahih aku pun dah memborong sakan. Hai, apalah cerita orkid2 aku skang yg Yong tolong bela tu.. huhuhu.

Aku pasti penggemar orkid semua memang tak lepaskan peluang ni. Aku tengok sorang2 pakat borong sakan. Sampai penuh tangan kiri kanan. Pergh, orang yg minat orkid memang boleh giler tengok sume2 jenis orkid2 tu dan bolah menyebabkan kepokaian duit.. hahaha. Tak kurang jugak yang bawak kamera canggih2 giler semata-mata nak amik gambar orkid2 yang cantik tu. Aku sendiri pun sibuk snap sana sini, tapi guna kamera koman aku tu je la. Aku sendiri geram je tengok, nak beli tak dok rumah sendiri. huhuhu. Takpelah, dpt snap gambar pun jadi la.. hehehe.

Tengok, ni baru sikit... baru satu gerai ada lebih 10 gerai lagi dengan macam-macam jenis orkid. Mau tak rambang mata.

Kalau tak minat orkid, bunga-bunga lain pun ada jugak.

Ini antara rare species orchid. Pergh.. sure lama giler dia bela sampai besar macam tu dan mengeluarkan bunga yang banyak. Kagum seh.


Selain dari gerai-gerai jual orkid, dalam dewan kat Danga Bay tu ada pameran orkid dan bonsai. Orkid2 yang dipamerkan ialah orkid2 yang dipertandingkan. Pergh, memang cantik2. Pastu ada pertandingan landskap menghias orkid pulak, macam2 hiasan menggunakan orkid ada. Leka jugak le duduk dalam dewan tu tengok hiasan-hiasan orkid tu. Anak-anak sedara aku ngn atih dia sekali, hahaha, tak lepaskan peluang bergambar sakan dalam tu.


Antara orkid2 yang dipamerkan dan dijual dekat situ.

Aku amik satu je gambar bonsai.. tak minat bonsai.. hehehe.

Antara pameran hiasan bertemakan orkid.. er betul ke ni.. hahaha.

bergambar jangan tak bergambar...

Actually ada banyak lagi gambar bunga2 orkid yang aku ambik, tapi aku malas nak upload sume sini. Nanti bila aku lapang, aku upload gambar close-up bunga2 orkid tu kat blog lagi satu, Seribu Makna.

Lepas belek orkid, gi makan kat Old Famosa Kopitiam. Servis cepat, makanan okey not bad.. so aku bagi compliment kat restoran ni. Pastu masa aku basuh tangan, aku kagum tgk pekerja dia boleh bentang sejadah kat satu sudut restoran tu, aku rasa tempat tu mmg dijaga untuk elok, dan terus tunaikan solat maghrib. Alhamdulillah, ini bukti kalau nak tu, semayang kat mana-mana pun boleh. Lepas makan merayau-rayau kat gerai2 jual barang, aku beli menatang solar yang gedik2 tu.. ekekeke.. yang aku beli tu bentuk stich tergedik-gedik.. hehehe. Tak sabar nak balik Perak nak letak menatang gedik-gedik tu kat kereta aku. Lepas tu apa lagi, balik la.. tak reti2 nak balik?

Saturday, August 08, 2009

Kartun yang menyentuh hati..




Tadi channel Disney tayang balik kartun Brother Bear. Aku suka tengok kartun ni, bila2 tengok pun aku tetap rasakan kartun ni touching. Kisah seorang lelaki yang suka buat kerja terburu-buru.. dia tak sedar dialah yg membawa kepada kematian abang dia dan seekor beruang yg tak bersalah. Hingga akhirnya dia ditukarkan menjadi seekor beruang dan berjumpa dgn anak beruang yang mati tu, Koda. Pengembaraan dia dengan Koda sedikit sebanyak menyedarkan dia utk bersikap lebih bertanggungjawab dan erti kasih sayang. Akhirnya dia sanggup korbankan hidup dia sbg manusia dan stay as bear semata-mata sebab kasih dia pada Koda.

Aku tak tahu pada org lain, tp pada aku citer ni betul2 menyentuh perasaan. Mainly boleh dikatakan kisah dia pasal kasih sayang, kekeluargaan. Brother Bear 2 pun menarik gak pada aku.. still rasa touching. Kenai masih bertindak sbg big brother pada Koda, dia tak sanggup tinggalkan Koda keseorangan walaupun tu bermaksud dia terpaksa lepaskan perempuan yg dia cintai. Tapi, dia dpt juga kebahagiaan dia bila perempuan tu terlalu sayangkan dia dan juga Koda bila perempuan tu pun sanggup lepaskan hidup sbg manusia dan bertukar jadi beruang. Nice story.



Satu lagi kartun yg aku rasakan menyentuh hati, kartun Ice Age yang first. Seekor mammoth yg kuat merungut, seekor cerpelai yg selalu ditinggalkan, dan seekor saber tooth yg sebenarnya pemangsa tp akhirnya menjadi kawan baik. Misi asal sabertooth nak makan baby tu, akhirnya bertukar menjadi misi menyelamatkan baby tu bersama-sama dgn mammoth ngn cerpelai. Sekali lagi kasih sayang jd main point cerita.. pergh.. best.

tetiba cerit apasal kartun lak.. hahaha.. tapi besh kartun ni. Zaman skang org dah makin kurang nilai kasih sayang dan kemanusiaan, maybe patut diperbanyakkan lagi cerita2 mcm ni dr asik citer cinta.

Saturday, August 01, 2009

Selamat Ulangtahun Ke-4 .. AMRI



"Semoga menjadi orang alim, orang yang beriman, macam moyang ngn tokwan. Semoga menjadi cendekiawan, berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada Umi dan Abah. Semoga dijauhkan dari kejahatan, hasad dengki, hasutan dan gangguan baik dari manusia, jin, syaitan, iblis, mahupun sesama makhluk. Semoga sentiasa berada dalam rahmat, berkat dan lindungan Allah S.W.T.. aminnn"

Atih sayang amri... muahss.

Saturday, July 18, 2009

Baca Sejenak...

In Phoenix , Arizona , a 26-year-old mother stared down at her 6 year old son, who was dying of terminal leukemia. Although her heart was filled with sadness, she also had a strong feeling of determination. Like any parent, she wanted her son to grow up and fulfill all his dreams. Now that was no longer possible. The leukemia would see to that. But she still wanted her son's dream to come true.


She took her son's hand and asked, "Billy, did you ever think about what you wanted to be once you grew up ? Did you ever dream and wish what you would do with your life ?"

"Mommy, I always wanted to be a fireman when I grew up."

Mom smiled back and said, "Let's see if we can make your wish come true."

Later that day she went to her local fire Department in Phoenix, Arizona, where she met Fireman Bob, who had a heart as big as Phoenix. She explained her son's final wish and asked if it might be possible to give her 6 year-old son a ride around the block on a fire engine.

Fireman Bob said, "Look, we can do better than that. If you'll have your son ready at seven o'clock Wednesday morning, we'll make him an honorary Fireman for the whole day. He can come down to the fire station, eat with us, go out on all the fire calls, the whole nine yards! And if you'll give us his sizes, we'll get a real fire uniform for him, with a real fire hat, not a toy, one-with the emblem of the Phoenix Fire Department on it, a yellow slicker like we wear and rubber boots". "They're all manufactured right here in Phoenix, so we can get them fast."

Three days later Fireman Bob picked up Billy, dressed him in his uniform and escorted him from his hospital bed to the waiting hook and ladder truck. Billy got to sit on the back of the truck and help steer it back to the fire station. He was in heaven. There were three fire calls in Phoenix that day and Billy got to go out on all three calls.


He rode in the different fire engines, the Paramedic's' van, and even the fire chief's car. He was also videotaped for the local news program. Having his dream come true, with all the love and attention that was lavished upon him, so deeply touched Billy, that he lived three months longer than any doctor thought possible.

One night all of his vital signs began to drop dramatically and the head nurse, who believed in the hospice concept - that no one should die alone, began to call the family members to the hospital. Then she remembered the day Billy had spent as a Fireman, so she called the Fire Chief and asked if it would be possible to send a fireman in uniform to the hospital to be with Billy as he made his transition.

The chief replied, "We can do better than that. We'll be there in five minutes. Will you please do me a favor? When you hear the sirens screaming and see the lights flashing, will you announce over the PA system that there is not a fire?". "It's the department coming to see one of its finest members one more time. And will you open the window to his room ?"

About five minutes later a hook and ladder truck arrived at the hospital and extended its ladder up to Billy's third floor open window -------- 16 fire-fighters climbed up the ladder into Billy's room!! With his mother's permission, they hugged him and held him and told him how much they LOVED him.

With his dying breath, Billy looked up at the fire chief and said, "Chief, am I really a fireman now?"

"Billy, you are, and The Head Chief, God, is holding your hand," the chief said.

With those words, Billy smiled and said, "I know, He's been holding my hand all day, and the angels have been singing." He closed his eyes one last time.

Moral of the story : that is something you need to ponder..

Monday, July 13, 2009

Downloadsphoto.Com



Entry kali ni semata-mata nak promot website Chor (abang ipar sulung aku). Website ni merupakan website untuk perniagaan internet abang ipar aku. Konsep perniagan abang ipar aku ni ialah 'Online Photography Magazine'. Setelah abang ipar dgn kakak aku buat research online, diluar negara memang dah wujud banyak perniagaan gambar sebegini. Jadi, diorang pun ambil keputusan untuk buat bisnes ni.

Kira ni konsep membeli gambar secara online. Buat masa sekarang ni baru pre-launch. Sesiapa yang melawat laman web ni boleh download gambar free of charge.

Actually aku nak cerita lebih-lebih pun tak reti, apa kata korang sendiri try masuk laman web ni. Jangan risau untuk register sbb korang takkan terima apa-apa spam email dari admin. Website ni fully developed oleh abang ipar aku. Dijamin bebas dari spam.

Ini antara-antara gambar yang korang boleh download secara percuma. Yang aku letak disini aku dah kecilkan sbb tak mahu blog aku berat, korang boleh download free gambar besar di website abang ipar aku >> Downloadsphoto.com. Lepas tu ikut suka hati korang la nak jadikan wallpaper ke apa ke.

Untuk gambar ni, anak-anak saudara aku sendiri jadi modelnya, si Haikal & si Amri.





Friday, July 10, 2009

Promote CCK...

Ini cerita kita...
Cerita tentang kau dan aku..
Cerita tentang hati dan perasaan..
Inilah 'Cerita Cinta Kita'..




Saja aku nak promote CCK.. ubahsuai dari cerita bersambung kat Jomlayan.Com. Berminat nak baca cerita seterusnya?? Ikuti kisah CCK di Coretan Ilham.

Sunday, July 05, 2009

Sungguh Aku Cinta - Anis Ayuni



Pengarang : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Mukasurat : 512 Halaman

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...



Actually aku baca buku ni bulan 5 hari tu lagi. Sekali dgn buku Hanya Dia Tahu. Cerita ni agak menarik juga. Kisah mengenai janda, mcm mana org fikir pasal janda, penerimaan org ramai terhadap janda, macam mana seorang lelaki sanggup lakukan apa sahaja pasal cinta, kisah cemburu. Intipati biasa dlm novel cinta tp cara pengolahan yg menjadikan ianya menarik. Kalau buku anis yg sebelum ni aku rasakan kurang ump dan tak begitu menarik... buku kali ni pula boleh tahan. Recommended for reading.

Thursday, July 02, 2009

Macam mana?? Macam mana?? Macam mana??


Aku ingat aku akan menganggur lama selepas berhenti dari Dell. Alhamdulillah, rezeki aku nak dapat kerja di Johor. Jadi bermula 8 Jun yang lalu aku bukan lagi seorang penganggur. Masin mulut Zainal yang aku akan bekerja di Johor. Sejak aku mula bekerja balik ni, macam2 soalan 'macam mana' yg aku terima. Macam mana kerja baru?? Macam mana dok Johor?? Macam mana dgn jari?? Keh keh keh.. so aku nak jawab semua soalan macam mana ni kat sini.


KERJA..

Dapat kerja ni kira memang rezeki aku la. Abang Farid yg inform ada kekosongan dekat ofis dia untuk jadi pembantu. Asalnya dah ada org utk jawatan ni, tp last minute org tu tak mahu kerja. Hari Isnin, 8 Jun tu aku terus ke opis, jumpa dgn James (Construction Manager), James just bgtahu brape gaji, apa yg aku perlu buat dan aku terus masuk kerja. Simple, takde interview2. Tapi taraf perjawatan ialah sementara sehingga habis projek maybe until December this year. Takde EPF takde SOCSO sbb James byr guna pocket money. Gaji pulak kurang sket je dari gaji aku kerja katg DELL, so not bad la kan. Opis aku letaknya di Pasir Gudang di MMHE (Malaysia Marine Heavy Engineering - betul ke ni.. hentam aje la)




Pening jugak kepala mula2 nak filekan semua dokumen2 ni. Hari2 meja aku penuh dgn timbunan kertas2 dan file. Apalagi inilah first time aku terlibat dgn final document. Dah 3 kerja dgn 3 kompeni aku kerja, semua ketiga2 kerja langsung lari jauh dari apa yg aku belajar dekat u dulu.. pergh... jenuh le aku nak kejar. So pada aku skang, tak semestinya kita bekerja kena ada pengkhususan, tapi kita kena jadi org serba boleh so that we can do and learn something new everyday.. ngeh ngeh. Kalau aku kata kerja baru aku ni aku jadi budak pejabat.. silalah percaya.. aku tak tipu.. kekeke...aku tak kisah.. janji gaji masuk. Pastu aku pergi dan balik kerja pulak dgn Abang Farid, dah namanya satu opis (terpaksalah aku simpan tanduk aku dalam2... hak hak hak), duit minyak mmg dah jimat le.

Cuma yang bosannya, dekat TM ngn DELL aku ada pc sendiri dan internet connection, dekat sini takde pc ngn internet connection.. maka kebosananlah aku yg rajin mengulor masuk macam2 website ni... huhuhu.


JARI...

Macam mana jari?? Dah ok ke belum?? Well, jari aku cuma tinggal sedikit je lagi nak baik. Diameter luka skang tinggal lebih kurang sebesar putik kapas. Tapi yg sedikit ni la yg mencabar kesabaran aku. Luka ni mcm main2 pula dgn aku. Sekejap mcm dah cantum, sekejap terbuka balik. Isk isk, cubaan. Takpelah, aku cuci gak hari2, 2 kali sehari. Aku cuci sendiri je tak pergi klinik dah. Pastu sekarang aku amalkan makan vitamin C dan Neurobion (vitamin B1, B2, B12) untuk saraf. Ahli farmasi sarankan kat aku utk makan ni, mana tahu saraf jari aku boleh pulih balik.


ini latest picture jari aku.. bila dah betul2 sembuh ni aku update lg gambar2 perkembangan jari aku..




STAYING IN JOHOR..



Macam mana dok Johor?? Stay mana?? Sewa rumah ke?? Aku stay dgn Nyah di Masai. Abang Farid (husband Nyah) yg pelawa tinggal sini. Dah jimat sewa rumah dan duit makan... jimat byk tu.. kekeke. Kereta aku tak bawak, aku tinggalkan kat Perak. So macam patah kaki gak la aku. Kalau dulu boring2 aku drive je pergi mana2 aku suka. Tgk wayang ke, window shopping ke apa ke. Kat sini takle nak wat mcm tu. Dgn takde kenderaan sepasal (nak pakai keta nyah pun segan gak, dah le menumpang rumah dia), dengan aku tak reti jalan2 kat Johor ni... haiii.

Memang aku dah pernah stay johor, masa sekolah rendah ngn masa masuk U. Tapi still ada rasa canggung bila stay sini lagi utk bekerja. Rasa macam mana ek?? erm.. payah nak citer. Pastu masa mula2 aku sampai, aku ada rasa berat nak bernafas, maybe sbb udara Johor a bit tepu, tambahan lagi aku kerja dekat shipping yard. Udara kat kampung rasa ringan dan bersih sikit. Pencemaran udara rasanya kat Johor ni.. udara kurang bersih.. wahaha.. sume org Johor pakat marah aku kang, aku cuma banyakkan minum air masak dan skang alhamdulillah... dah takde masalah ni. Maybe sbb paru2 aku dah biasakan diri dgn udara sini.

Berapa lama lagi aku akn stay di Johor?? wallahuaklam. Kalau lepas abis projek takde kerja lain, aku balik Semanggol la... apa lagi.. aku dah rindu dgn kereta aku, Laksamana Sunan, Dato Panglima, Ratu, Kerbau dan kura2 aku... tp kura2 aku Umi dah lepaskan kat kolam ikan keli... huhu.. takpelah. Kat Umi ngn Abah of courselah.. jgn citer..


Oklah.. sampai sini dulu. Aku harap explaination aku org leh faham.. almaklumlah.. org tak reti mengarang ayat.. kekeke.



Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons