Thursday, January 31, 2008

Al-Fatihah : Dato Ishak Baharom

Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Ishak Baharom yg telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Takziah buat keluarga allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Insyallah, kerana sepanjang hayatnya allahyarham juga merupakan seorang yang tinggi ilmu agamanya.

Petikan berita :

Dato' Ishak Baharom meninggal dunia
Harakahdaily
Wed Jan 30, 08 12:07:16 pm MYT


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang. Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok. Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh

---------------

Rasanya lebih ramai yg ambil kisah pemergian seorang penggubah lagu semalam dr kehilangan seorang org alim. Itulah hakikat yg menyedihkan... cuba tanya rata2 anak muda, mesti mereka bercerita pasal kehilangan penggubah lagu dan kalo ditanya siapa Dato Ishak Baharom, pasti mereka tak tahu.... erm... Takziah juga kepada keluarga Loloq.

Itulah manusia zaman sekarang.... tak tahu nak kata.. kesal ada...sedih ada... tp nak kata lebih2 aku sendiri pun tak cukup lagi ilmunya. Cuma kesal bile dekat internet aku tgk ada anak muda yg lebih kisahkan kematian penggubah lagu dr kematian org alim.. ye.. mungkin kehilangan yg agak besar bg industri muzik... tp at least ambik tahu le skali pasal kematian org alim. Kerana dalam Islam disuruh kasihkan kepada org alim.. dan mereka inilah pewaris nabi... pewaris nabi ek.. mungkin nabi lak... nanti ade lak yg kata aku wat fatwa nabi palsu...

lg bertambah sedih.. bila ada yg kata hukum hudud takle dilaksanakan... sbb kite ade non muslim... zaman nabi dulu pun ade non muslim gak... siapa yg lebih mengetahui mengenai ciptaanNYA melainkan penciptanya sendiri..... kenapa kita rasa sesuatu yg Allah ciptakan tak boleh dipakai sedangkan kite sendiri adalah ciptaanya?.... actually aku sendiri tka bersedia terima hudud... tp sampai bila... mane tahu dgn Hudud aku sendiri boleh jadi lebih baik...

lebih kesal lagi.. bila ade yg menegur aku jgn berbincang pasal agama secara terbuka (kisah org murtad) kerana tak mo menyinggung perasaan org2 non muslim... sbb dia kata nanti boleh mencetuskan huru hara.... seolah2 salah besar bile seorang muslim membicarakan, menegakkan syiar agama sendiri.. kesal betul... kenapa bila seorang muslim membicarakan & menegakkan agama Islam mereka dikatakan boleh mencetuskan huru hara, pengganas dan menyebabkan pecah belah sedangkan bila seorang yg lain membicarakan mengenai agamanya dia dikatakan pengikut setia agamanya?.. astaghfirullah al azim... dunia akhir zaman... Ya Allah semua aku masih tetap pada imanku dan terus berada di dalam agamaMU.

huh.. termelalut jauh lak.... udah2 le tu...

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons