Friday, February 15, 2008

TUHAN MANUSIA - Faisal Tehrani



"andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"



Membaca kata2 itu.. dah membuatkan aku terpaut utk mebeli dan seterusnya membaca novel Faisal Tehrani ini. Ah.. aku tak pandai bermain kata2.. namun apa yg dapat aku katakan mengenai novel ini, aku suka membacanya. Dan aku galakkan utk org lain membacanya pula. Tidak pula ku nafikan kata2 Faisal itu. Kerana apabila sesuatu tiang seri itu tidak kuat, lama kelamaan ia akan roboh, maka binasalah rumah dan hancurlah peradaban yg dibina.

TUHAN MANUSIA, mengisahkan mengenai seorang remaja, Ali Taqi, yg cuba memahami, kenapa, mengapa abangnya murtad. Bukan setakat itu juga, Ali Taqi juga cuba utk mempelajari falsafah dan mempersiapkan dirinya demi menghadapi pelbagai ancaman musuh Islam dalam menyesatkan umat Islam. Ternyata, ada hikmah disebalik apa yg terjadi dlm konflik keluarganya. Sekiranya abangnya tidak murtad, mungkinkah Ali Taqi juga akan menjadi seperti remaja yg tidak ambil peduli mengenai ini semua. Even, watak Ali Taqi tu, too good to be true dlm dunia ini, tp tak mustahil wujud personaliti seperti Ali Taqi ini. Berharap agar ramai remaja Islam sekarang seperti Ali Taqi.

Novel membincangkan gejala murtad yg semakin byk terjadi dewasa ini. Kerapuhan akidah manusia, dan juga pengaruh pluralisme dan hedonisme yg mampu meruntuhkan tiang seri manusia.

Karya saudara Faisal ini ternyata tidak membosankan. Biasanya aku cepat bosan membaca novel2 sebegini, mungkin kerana tidak dpt menerima teks yg begitu tepu dan padat. Tapi karya Faisal Tehrani ini, walau membincangkan isu yg agak berat jugak, namun Faisal bijak mengupas persoalan menjadikan penulisannya ringkas, padat dan mudah difahami namun bernas dan penuh dgn isi.

Antara babak yg aku suka, ialah soal jawab antara Ali Taqi dgn Ustaz Mujtaba, Forum yg dianjurkan oleh Universiti dan juga forum yg dianjurkan oleh Ali Taqi serta kawan2. Juga babak debat di antara Zehra dan Ali Taqi. Apa yg aku nampak disini, Zehra cuba memberitahu Ali Taqi bahawa murtad itu yg mana hanya sekadar keluar agama itu tidak apa kerana semua agama itu sama, malah Zehra cuba berikan contoh2 melalui ayat2 Quran, tp Zehra tu tak tahu agaknya.. semua ayat yg dia bacakan menunjukkan murtad itu salah dan tiada agama yg lebih benar melainkan agama Islam.

Apakah itu pluralisme juga dikupas dgn baik skali. Kini aku faham, apa itu pluralisme, iaitu menyamakan semua ajaran agama. Tapi mana mungkin sedangkan setiap agama itu mempunyai teori yg berbeza dan Islam itu adalah agama yg benar yg tak mungkin dan tidak boleh disamakan dgn agama2 yg lain. Jarum2 pluralisme mmg amat bahaya. Boleh kata jugak pluralisme ni mcm, ambil ape yg aku nak aja.. yg aku tak nak.. tolak tepi.

Mengenai Hedonisme pulak, mmg tak dinafikan ini antara ancaman besar terhadap remaja Islam sekarang. Tgk tv saja dah memadai lah. Hiburan sana sini, tiada had tiap2 hari. Mana tidak remaja tak terlalai dgn artis itu, artis ini, segala macam jadah hiburan ada di TV. Yg remajanya dilalaikan dgn Akademi Fantasia lah, Malaysian Idol la, Gangstarz la tah macam2 jenis pertandingan nyanyian lagi. Filem pulak.. kalo tak rosak akhlak, rosak akidah. Tak boleh pakai sesen pun. Pengarah filem macam syok sendiri je hasilkan filem tanpa pikir betapa negatifnya pilem mereka. Rancangan rosak akhlak utk kanak2 pun ada jugak. Lihat saja ASTROK (saja je aku tambah K). Tom-tombak la, rancangan bersama Aznil tu... semua tunjuk budak2 menggeletis. Import pulak cerita dr Indon, ADI & AYAH... aku tgk pangai anaknya.. tak elok je. Tak boleh dijadikan contoh langsung. Tak payah tuding jauh2... aku sendiri kadangkala terpengaruh dgn hedonisme ini.

Erm.. rasenye.. sudah2 le berceloteh.. ape pun karya Faisal ni mmg menarik. Tak rugi dibaca. INsyallah, bila ada kesempatan aku akan cuba baca karya2 dia yg lain lak.

Bila baca novel ni, aku mula terasa sedikitnya ilmu aku. Lepas ni aku nak timba ilmu lagi. Mungkin bila abah pergi mengajar aku kena ikut.. huhu.. atau buka2 kitab2 abah baca.. tapi.. paham ke aku.. Argh.. sementara abah masih kuat dan sihat... timbalah ilmu sebanyak mungkin. Ilmu agama itu menjamin dunia dan akhirat.


1 komen:

blackpurple @ jowopinter said...

Dalam banyak-banyak novel FT, paling suka novel ini dan satu lagi, novel 'Bila Tuhan Berbicara'.

Novel FT yang 'Bedar Sukma Bisu' yang menang anugerah itupun orang kata bagus, tapi aku tak baca lagi...

:)

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons