Wednesday, June 04, 2008

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

pandai2la korang nak letak tajuk apa.

Dah 2 hari, asal balik je JAM (traffic jam a.. bkn stoberi, penepel or bluberi jam). Arghh.. lemasnya bila sangkut dlm JAM. Biasanya kalau pukul 5, kecuali pada hari Jumaat, takkan sangkut jam, walau slow pun, tp tak de la sampai jam.

Bila badan dah penat, otak dah letih, telinga dah tepu melayan kerenah customer, management dan juga sales yg mcm kalihamput (pinjam ayat fina), tersangkut dalam jam begini buat aku betul2 mengantuk.

Semalam aku sangkut dlm jam lagi. Pukul 5pm kuar ofis, 5 lebih aku masih belum naik atas jambatan lagi. Biasanya time ni aku dah pun sampai ke seberang. Alahai. Dgn pemandu yg kurang ajar nak memotong Q, sume ni buat aku bertambah angin.

Mata aku makin lama makin kuyu. Aku pasang radio kuat2. Tapi masih takleh lawan aku punya mengantuk. Aku cubit pulak peha aku. Nyanyi kuat2 ikut rentak lagu. Ahhh.. dah mcm org gila pulak rasanya.

Sampai ke satu tahap, aku dah bengang, tak tahan rasanya. Dah la mengantuk, nak mengawal stereng pulak lagi supaya takde kete boleh himpit aku. Tak boleh jadi ni, aku nak balik umah nak tido. Aku pun jerit...

"KANCILBOT....TRANSFORMMMMMMM!!!!"

tet tet tet tot.... Kancil aku pun bertukar menjadi KANCILBOT.

"Kancilbot, bawa aku keluar dr jam ni. Cepat seberang jambatan ni aku nak sampai umah cepat."

Dgn pantas je kancilbot aku meniti jambatan tu di celah2 kereta yg lain. Dgn kecekapannya, kancilbot tak gunakan jalan atas jambatan tu, takut terpijak kete lain(penyek kang sapa nak bayar ganti rugi), tapi dia meniti atas palang jambatang tu (Alah, yg mvm divider jalan kat kiri kanan jambatan tu).

Melihat kancilbot aku, ada yg terus panik, terjerit2 pemandu lain berlari kuar dr kereta diorang. Apekehenye Yop?. Lintang pukang melarikan diri. Ele, mcm le kancilbot aku nak pijak diorang.

Lantak korang la, janji aku sampai kat umah.

"Pak.. ada SMS masuk pak.. sila dibaca.. pak.. ada SMS masuk tolong dibaca.. mara-mara..."

skali sms masuk da... cis.. hotlink punya iklan.. eh...

pandang kiri, pandang kanan, aku ni mengingau di siang hari rupanya. mane de kancil aku leh bertukar...dah macam TRANSFORMER lak.. huhuhu.

TAPIkan.... aku toleh kiri balik, toleh kanan balik.... er... bila masa kete aku dah naik atas jambatan, tadi rasanya bukan aku dok sangkut kat jalan nak naik jambatan ke? Aku kan tak lepas naik jambatan lagi.. macam mana aku dah sampai atas jambatan ni? Tgk jam.. dah kul 6pm.. er... tadi bkn baru 5 lebih???

er... muskil aku...aku ke??

3 komen:

fendi1183 said...

terpengaruh cite tranformers nih...kacau2//beli je helikopter pergi keja..

ena said...

tu laaa..akak ipar nak kasi pinjam helikopter takk nak..kalu tak kan sonangg

husz_nie said...

to fendi...
helikopter tak besh... kalo boleh nak beli bumblebee.. kekekek

to ena
huhu... masa ni kan ke kakak ipar lum beli helikopter lagik..

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons