Saturday, April 23, 2011

SEBUT PASAL DURIAN...

Sekarang ni merata tepi jalan orang dok jual durian. Teringin gak nak makan, tapi dalam keadaan aku dok batuk dan selsema tak habis2 ni, maka aku tangguhkan le dulu niat suci lagi murni seumpama minyak masak aku tu. Kang kot tak pasal2 tak baik2 batuk aku. Pelik juga ek, asal musim buah je mesti dalam masa yang sama musim demam, batuk dan selsema melanda. Adakah itu kebetulan ataupun suratan? eceh.. macam lagu lak.Gambar lama... durian bergayutan di dusun Yong.Tapi kalau kat belah-belah johor ni, yang jual tepi jalan tu biasanya durian siam (peram sampai masak) ataupun durian apa tu.. D24. Kurang le sikit kesedapannya. Durian ni yang paling sedap durian kampung. Nak sedap lagi, hak yang baru-baru luruh (jatuh le) dari atas pokok tu. Ha.. yang...

Saturday, April 09, 2011

Rakamkan setiap detik.....

Selesai sudah proses menukarkan gambar2 yang di snap awal bulan aritu dari format RAW ke format JPEG. Masukkan ke powerpoint dan jadikan slide show pun sudah. So skang tinggal nak emailkan ke semua adik beradik aku je.Biasalah, kalau dah dok jauh2, email le senang nak berkongsi gambar.Bila tengok balik gambar2 yang diambil, boleh senyum sorang2 aku. Sorang2 punya gaya bila bergambar, terutamanya anak2 sedara aku. Hehehehe. Inilah untungnya zaman sekarang ada kamera. Leh gak amik2 gambar buat kenangan. Rasa-rasa rindu kang, leh belek2 balik gambar lama. Boleh tersengeh, tersenyum, tergelak sorang-sorang korang kalau belek2 balik gambar2 lama ni.. (lama dalam konteks ni maksudnya yelah, gambar2 yg dah lepas le, bukan gambar lama @ zaman dolu2.)Kalau...

Friday, February 11, 2011

Jangan Marah?

Bila tanya dengan pakcik google 'Apa itu MARAH?' maka akan dapat banyak jawapan yang mana antaranya, pasti korang akan dapat jawapan bahawa marah itu adalah gangguan emosila, marah itu berpunca dari ego la, marah itu penyakit jiwa la dan bermacam-macam lagi yang merujuk kepada ganguan emosi.Kemudiannya pada satu hari korang berhadapan dengan sahabat yg tengah dilanda amarah, maka dengan secara berhemahnya dan penuh bersopan santun korang pun menggunakan semua ilmu yang korang warisi dari Pakcik google, dan juga yang korang dengar dari ceramah-ceramah agama dengan tujuan yang cukup baik untuk menyabarkan sahabat yang tengah marah tadi, maka berkatalah korang;"Salam sahabat, marah itu adalah berpunca dari ego yakni sombong kerana merasakan tinggi...

Thursday, February 10, 2011

Apa dok ralip ngat tu??

Ralip? Ralip tu apa? Ralip tu cakap orang belah utara. Lebih kurang macam leka la maksud dia.. Asyik dok tengok tv sampai tak ingat nak makan, nak semayang, tu ralip la tu. Seronok sangat dok main ligan-ligan ataih bataih sampai tak ingat dah tadi mak suruh pi kedai beli bawang, ha.. tu ralip la tu. Asyik dok baca buku sampai tak sedaq orang dok kalut panggil dia sampai macam dah nak terkeluaq anak tekaq, tu pun ralip la tu.Uih.. tu dia aih.. awat dia kuaq cakap utara lak. Ha, dah paham ka apa dia ralip? Kalau dak paham gak lagi, pi bukak kamus dewan bahasa dan pustaka edisi utara. Pi ke bahagian R daan cari perkataan ralip. Mesti jumpa punyalah maksud perkataan ralip ni. er.. ada ka kamus DBP edisi utara?.Adapun, ralip ni selalu sangat la jadi kat aku. Sebab apa? Sebab aku senang leka. Wakakakakaka....

Friday, January 21, 2011

Pulangkan segera syiling diambil..

Ini adalah tajuk berita dalam harian metro. Petikan berita seperti dibawah.SEREMBAN: Pengguna jalan raya yang memungut dan mengambil duit syiling bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau, di sini, pada Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, duit syiling yang diambil itu boleh diserahkan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.Kalau korang ingat, semalam Metro dan beberapa akhbar lain ada siarkan berita pasal pengguna jalan raya yang berpesta mengutip duit syiling tengah-tengah jalan raya tanpa hiraukan keselamatan diri. Duit tu bukannya datang dari langit pun, tapi berterabur...

Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ni sebenarnya epik mengenai sejarah Kesultanan Melayu Kedah. Aku sendiri belum pernah baca buku HMM ni, tapi tahulah sikit-sikit hikayat ni mengisahkan pasal apa. Masa aku kecik-kecik dah dengar pasal hikayat ni tapi sehinggalah sekarang tak berpeluang membacanya. Rasa macam pernah nampak buku ni dalam koleksi buku abah, (rasanyalah kalau tak silap ingatan.. ke aku tengok kat rumah Tok Wan), tapi masa tu memang tak de minat nak baca sebab bahasa dia memang klasik. Masa tu aku kecil lagi, jadi aku abaikan jelah buku tu.Pada korang-korang yang langsung tak tahu pasal HMM ni, aku dengan murah hatinya tempekkan ringkasan HMM ni untuk korang. Aku petik dari laman web : Sastera Rakyat Negeri Kedah.Ringkasan Cerita...

Saturday, January 08, 2011

HANDBOOK 2011

Health: 1. Drink plenty of water.2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants..4. Live with the 3 E's - Energy, Enthusiasm and Empathy.5. Make time to pray.6. Play more games.7. Read more books than you did in 2010.8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.9. Sleep for 7 hours.10. Take a 10-30 minutes walk daily. And while you walk, smile.Personality: 11. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.13. Don't over do. Keep your limits.14. ...

Thursday, January 06, 2011

Kalendar 2011

Tahun ni aku rasa macam payah je nak dapat kalendar. Selalunya, bila dah hujung tahun, pergi je kedai beli barang, kompom dapat kalendar. Tapi tahun ni, siap aku mintak lagi... jawab akak kedai tu.. "sorilah, stok kalendar dah habis.. yang ada tinggal yang ni je".. kalendar dinding ada gambar model amoi tak cukup kain nak buat baju yang tak lawo pun dok pegang botol minyak.Musykil aku... kalendar ni nak iklankan minyak enjin ke? atau nak iklankan amoi tu? Apa kaitannya amoi tu dengan minyak enjin tu? Adakah minyak enjin tu kepunyaan amoi tu atau amoi tu setaraf dengan minyak enjin tu?? Maka jawapannya, lu pikirle sendiri.. buang masa je pikir pun...Oklah, berbalik kepada bab kalendar tadi.. sebab aku langsung tak dpt kalendar free untuk tahun...

Saturday, January 01, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Pejam celik, pejam celik, kita dah pun melangkah ke tahun 2011. Meletup-letup bunyi mercun dan bunyi api di kawasan rumah aku malam tadi. Hasil sambutan pendudukmenyambut tahun baru.Macam selalunya bila tahun baru, tepat pukul 12 dikala orang lain terlonjak-lonjak terjerit-jerit berembun di luar bersorak-sorak menyambut tahun baru, tahun baru aku cuma atas tilam.. ahaha.. dah hari ni aku kerja, baik aku tidur dari dera mata aku.Lagipun bagi aku, dari terlonjak-lonjak kat luar tu, baik le buat sembahyang syukur atau baca quran, sebagai tanda syukur, Alhamdulillah Allah S.W.T telah memanjangkan umur kita untuk menyambut tahun baru.Tahun ni macam juga tahun2 yang sebelumnya, aku tak ada azam. Sebab bagi aku, berazam bagai nak rak tp tak tunaikan...

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons