Wednesday, May 14, 2008

PART 3 - Dia Menjelma??


Di malam yg sunyi itu, Mizan sedang bergolek2 menonton TV dgn enaknya. Sambil mengunyah kerepek, Mizan menonton rancangan Sindarela kegemarannya. Jam sudah menunjukkan ke pukul 10 malam. Di dalam keheningan malam itu, sayup2 telinga Mizan menangkap suatu bunyi.....

♪Di malam yang sepi kau hadir menjelma
Memukau pandangan
Mungkinkah ini nyata
Di malam yang sepi keu hadir menjelma
Ku tersenyum lalu tergoda ♪


embekkkkkkkkkkkkk.... embekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

"Oh.. tidakk... tidak... bunyi itu lagi.. kenapa kau mesti mengganggu aku.. Pergiii.... Perrgiii..."

Serentak dgn itu lampu di rumah Mizan pun terpadam.

SAKSIKAN SAMBUNGANNYA NANTI

Catatan pengarang : haha.. mujur cikgu Rhea ingatkan utk sambung kisah ni.


Tuesday, May 13, 2008

AU ONE CMG Dinner

ari tu aku ada ckp aku gi dinner.. opis bayar.. kalau aku sendiri byr mau aku tak pergi.. satu hidangan je dah RM40. Sume2 aku makan mau dlm RM100 ngn air ngn dessert (betui ke aku eja utk pencuci mulut?) lagi. Nak cerita byk dah malas.

Share gambar je la..


Monday, May 12, 2008

Selamat Hari Ibu…..

Catatan pada 11 May 2008, Ahad.



Seumur hidupku, aku tak pernah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada umi. Mungkin sambutan ini tiada dlm tradisi keluarga kami. Tidak tahulah di masa2 akan datang. Aku tak tahu pun bilakah tarikhnya Hari Ibu ini. Yg aku tahu pada bulan ini org2 kecoh2 meluahkan sayang mereka kepada ibu masing2. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari aku menyayangi ibu aku. Malah semalam, selesai menonton drama ‘Demi Masa’, ketika terpapar iklan Selamat Hari Ibu, umi bertanya, “oh, ini yg diorang dok heboh2kan hari mama tu kan.” … selamba je aku cakap.. “ hah.. ye lah tu. Tp brape hb tak tahu le. Alah.. nak hargai ibu bkn pada hari ibu, setiap masa kena hargai ibu, Hari2 hari ibu… orang sayanggggggggggggggg umiiiiiii…” sambil memeluk umi.

Tidak mengucapkan selamat hari ibu tidaklah pula bermaksud kita tidak menyayanginya. Bahkan kalau setiap tahun mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu, mama/umi/ibu/ mak/mummy’ dan memberikan hadiah, tp perangai kita menjeruk hati ibu tidak berguna juga. Bercakap pasal perangai, ye… aku sedar aku jua bukanlah anak yg baik. Aku sendiri ada masanya melawan cakap umi, berbalah cakap, merampus marah. Adakalanya perbuatan aku merisaukan umi, kata2ku mengguris hati umi, malah membuatkan umi menitiskan airmata. Tp demi Allah, kasih dan sayang ku terhadap umi tiada nilainya. Tak dpt aku bygkan hidup ini tanpa insan yg ku panggil Umi.

Semalam seharian tv menjamu mata penonton dgn cerita2 keibuan. Cerita ‘Baghban’ bermain di layer tv pada petangnya. Kisah mengenai anak2 yg diberi sepenuh kasih sayang oleh kedua org tuanya, segala kemahuan cuba diturutkan, namun apabila ibu bapa mereka memerlukan mereka, keduanya diperlakukan seperti tidak berharga sahaja oleh anak2 mereka.

Pada malamnya dijamu pula dgn drama ‘Demi Masa’, kisah seorang anak yg tidak tahu menyayangi dan menghormati ibunya yg tlh byk berkorban utk dirinya. Anak yg malu dgn keadaan ibunya yg tidak mempunyai sebelah mata. Malu utk mengaku itu ibunya. Tanpa dia sedari, dialah sebenarnya yg tidak mempunyai sebelah mata. Namun hati seorang ibu yg tidak mahu anaknya menempuh kesulitan telah merelakan sebelah matanya diambil utk memberi kesempurnaan fizikal kepada anaknya. Ya, kisah yg selalu aku baca dlm email, kini tlh di gubah ke layar tv. Cukup menyentuh hati.

Walau mcm mana pun rupa ibu kita, itu tetap ibu kita, jgnlah malu utk mengaku bahawa itu ibuku. Jgnlah aku tergolong di dlm golongan sebegitu nanti. Harapnya, walau mcm mana pun keadaan Umi, aku akan bgn dgn mendabik dada, tanpa segan dan silu, tanpa malu mengaku, itu umi aku.

Mungkin pada zaman ini telah menjadi halwa telinga kita dgn cerita2 mengenai org buang anak, gugurkan anak, dera anak, lacurkan anak. Ibu apakah mereka ini? Tidak.. padaku mereka bukan ibu. Ya, mereka telah melahirkan manusia yg lain. Namun mereka bukan ibu. Seorang ibu tidak akan, tidak sekali2 akan membuang anaknya.
Kenapa tiada Hari Anak? Hari dimana ibu bapa pula melahirkan rasa saying kepada anak2 mereka? Hehehe.. tak perlulah. Seorang ibu, seorang ayah, sehingga ke akhir hayatnya akan menyayangi anak2 mereka. Tak perlu pengucapan, perbuatan mereka menggambarkan kasih saying mereka. Malah, percayalah, walaupun mereka telah tiada, kasih sayang mereka akan tetap subur.

Sedangkan ibu kucing pun pandai menyayangi anaknya. Teringat aku pada si Selasih, kucing peliharaanku. Ditakdirkan pada suatu hari dia melahirkan anak, tp anaknya mati sebaik dilahirkan. Sayu saja aku melihat pandangan matanya terhadap anak yg sudah terkulai itu. Aku pun ambillah anaknya di bungkus dan di tanam. Perbuatan aku itu terlihat pula kepada si Selasih. Sudahnya, sepanjang hari si Selasih menyondol dan menggigit kaki ku, serta berderam marah kepada ku. Sepanjang hari dia mengekori aku. Sehingga aku dah tak tahan digigitnya, aku pun masuk menyorok dan mengunci diri di dalam bilik. Umi dgn adikku tertawa gelihati melihat perbuatan Selasih yg seakan2 marah kepadaku kerana menanam anaknya. Aku sangka dgn mengurung diriku, akan beransurlah si Selasih dr aku. Tp tidak, dia terus melanggar-langgarkan badannya ke pintu bilikku. Apabila dia penat mungkin, ketukkannya berhenti. Aku yg ingin keluar dr bilik bertanya kepada Umi sudah pergikah dia dr bilikku. Namun sebaik saja dia mendengar suaraku, dia melanggarkan lagi bdnnya ke pintu bilikku sambil berderam marah. Sehinggalah Umi mengambilnya, mendukung dan menciumnya sambil memujuk mengatakan yg anak dia tlh mati. Kemudian Umi suruh aku pula memujuknya. Barulah dia tidak marahkan aku lagi. Walau perbuatannya itu agak lucu dan membuatkan kami tertawa, tp terasa juga di hati kami. Itulah kasih ibu.

“Tgk, kucing pun tahu sayangkan anak. Marah dia kat hang sbb ingat hang buang anak dia. Emak manalah yg tak sayangkan anak”

Erm, bercakap panjang bagaikan aku anak yg baik, yg pandai menghargai seorang ibu. Tidak, aku bukan anak yg baik. Malah berbanding adik beradik yg lain, akulah yg paling kerap sakitkan hati umi. Aku akan cuba jadi anak yg baik, walaupun mungkin cubaan aku akan terus menjadi cubaan.

Cuma satu doaku Ya Allah, walaupun aku bukanlah anak yg terbaik buat Umi, jgnlah engkau jadikan aku anak yg jahat. Jgnlah engkau jadikan aku anak derhaka. Walau sejahat manapun aku, senakal mana pun aku, jgnlah sehingga kejahatan aku, dan kenakalan aku memalukan Umi dan Abah. Dan jgnlah sampai aku berbuat jahat kepada kedua2nya. Aminnnnnnnnnnnnn

Ye, aku kalau sudah berceloteh, cukup panjang lebar. Jadi, biarlah catatan ini berakhir di sini buat hari ini.

Di kesempatan ini aku ucapan,

SELAMAT HARI IBU

Buat UMI, YONG, NYAH dan KAK ANI. Juga utk semua ibu2 yg menyayangi anak mereka sepenuh hati mereka.


Sakit Gigi Tampal Koyok

Catatan pada Sabtu, 10 May 2008.

“Sakit gigi tampal koyok, sakit perut tampal koyok, sakit kepala tampal koyok.…..” inilah atr slh satu dialog yg aku dgr dr filem P.Ramlee yg mana memaparkan adegan seorang apek menjual ubat sambil mengetuk gong dan adegan itu disudahkan dgn apek tersebut mencabut gigi seorang budak dgn menggunakan playar.

Apa kena mengenanya dialog tersbut dgn aku? Hahaha.. tiada apa, cuma di kala menahan azab kesakitan gigi yg berdenyut-denyut ini aku teringatkan dialog tu. Alhamdulillah, kesakitan ini dah berkurangan sedikit semasa catatan ini dibuat.

Erm, apsal ayat aku mcm skema je ni. Tak best la. Kalau dlm entry lepas aku dah citer yg pipi aku dah pun membengkak dan doctor suruh dtg semula pada hari khamis utk cabut. Jadi hari khamis tu lepas kerja, aku trus pergi klinik gigi. Baring aje atas kerusi cabut gigi tu, doctor suntik ubat bius kat gusi aku. Masa dia suntik ubat bius pun dah terasa ngilunye bila jarum suntik menusuk ke dlm gusi aku sehingga terasa ke kepala kengiluannya. Urgh, pedih tul. Lepas dah kena bius, lidah aku mula terasa kebas, pastu gusi pun rasa kebas. Doktor pula biarkan je dulu ubat bius tu berkesan sebelum meneruskan upacara mencabut gigi… huhu… Dlm tempoh tu, pipi aku pun terasa makin mengebas sehingga rasa mcm pipi aku dah jadi belon. Lama juga le doctor tu biarkan aku baring mcm tu je atas kusi tu sementara menunggu ubat bius berkesan sepenuhnya, sampaikan aku dah rasa mengantuk menunggu, nak2 pula berada betul2 di bwh kipas…. Best je.

Tak lama slepas itu, upacara mencabut gigi pun bermula. Peralatan yg berderetan di atas troli sudah ckp mengecutkan perut… kekekekeke… Mula2 dr gunakan pencungkil satu tu utk goyahkan gigi aku. Nurse pula pegang kepala aku, mungkin takut aku meronta-ronta… huhu… aku bkn budak2 lagi. Goyang punya goyang, gigi aku tak tercabut juga. Doktor ambila pula satu alat pencabut, bentuk mcm playar je lbh kurang. Adoi… gigi aku kena kepit dan doctor goyangkan lagi utk mencabutnya. Masa ni, sakitnya toksah ckp. Sampai pedih2 gusi aku dibuatnya, terasa mcm urat aku kena tarik2, terkelip2 biji mata aku.. walau pun dah dibius. Sakit dan seksa sungguh mencabut geraham bongsu yg satu ini pada kali ni berbanding dgn kali lepas. Menangis?.. wei.. tolongla, tak main a nangis2. Ingat aku budak kecik ke apa?..

Kali ni pun gigi aku tak tercabut gak lagi. Doktor amik pulak pencabut yg mula tu, masukkan hujungnya ke celah lubang gigi aku, dan goyangkan lagi gigi aku utk mudahkan proses mencabut gigi. Terhoyeh-hoyeh je kepala aku dirasakan. Adoila…sakitnya… gigi tak tercabut jugak. Doktor amik pulak balik playar td, kepit lg gigi, dan goyang lagi…. Goyang punya goyang… alhamdulillah.. tercabut jugak akhirnya.. hadui ai.. degil sungguh dia nak kuar. Dah tercabut tu, doctor suruh aku kumur, pastu cepat2 kapas di tekapkan pada gusi aku yg dah berlubang berdiameter sbsr jari kelingking tu… huhu.

Darah punya byk keluar dr luka cabut gigi tu. Rupanya gigi aku tu punya la besar. Doktor pun ckp besar, susah dia nak cabut. Kebas tgn jugak dibuatnya. Dia le kata. Aku yg menanggung sakit ni lagi le terasa. Huhuhu… Darah terasa menyerbu ke kepala. Urat kepala, gusi dah rasa berdenyut. Aku cuba menahan kesakitan. Menunggu misi memberi ubat buatkan aku rasa masa berlalu betul2 lama. Kali ini, RM60 pula terbang dr domnpetku…. Alahai… Aku gagahkan diri aku drive sampai ke rumah.

Sampai2 kat rumah je, aku terus terbaring depan tv. Lembik dan tak mampu nak buat apa2 dah. Aku tgk henpon ada miscal dr yong. Aku call yong balik. Panggilan yg sekejap tu pun sudah cukup menambah denyutan di kepala. Entah pukul berapa aku terlena aku tak tahu. Aku sedar2 dah pukul 11 lebih. Perut pula terasa sebu masuk angin. Baru aku ingat, last aku makin sesuatu yg mengenyangkan Cuma pukul 10 lebih pagi tu. Aku pun bgn ke dapur, tp perut yg dah sebu buat aku tak lalu makan. Tp aku pun tak makan ubat lagi, aku rendam magi utk alas perut. Sebelum tu sempat muntah jugak le dulu sbb perut dah masuk angin. Lepas makan magi sikit, pastu makan ubat, aku tido balik.

Aku sedar semula pukul 5 pagi, waktu biasa yg aku bgn utk ke kerja. Tp kepala terasa berdenyut so aku amik keputusan utk MC. Surat MC pun dah siap doctor sediakan. Peduli apa aku walau pun semalamnya Ros dah htr memo spy semua org dtg kerja jumaat tu sbb ada 2 org dah pergi bercuti. Dan peduli apa aku kalau pd Isnin sebelumnya yg mana aku MC jugak hari tu sbb skt gigi ni, nyonya dah htr email ‘RED ALERT’ kononnya jumlah MC para CMG di tahap kritikal. Kepala lutut. Masing2 punya mc masih di tahap tidak melebihi thp MC separuh thn yg mmg termaktub dlm akta pekerja iaitu 14 hari setahun, 7 hari stengah thn. Dan sekarang dah pun bulan 5. Yg paling tinggi Cuma Mizan, itupun sbb dia kena throat infection. Hello, pleaselah, kalau org tak sakit tak amik MC. Sakit pun, korang gak penyebabnye, buat org stress je. Jadi, aku malas nak pedulikan red alert ke, blue alert ke, mampus pi kat laki mak tiri pak mentua hanglah. Kang aku pengsan kat opis bukan hang yg melengkeng tu mampu usung aku pi spital pun. Dgn gusi dan kepala aku yg dok berdenyut ni, perut lak dok sebu. Mana aku mampu nak thn dengungan yg terhasil dr headset tu. So baikla aku MC. .. uiks.. termelalut sampai lepas geram lak…hahahahaha…

Huh… tp mmg seksa cabut gigi kali ni. Padahal masa aku kecik2 dulu, gigi goyang je, cabut sendiri je. Tak payah pergi doctor pun. Takde masalah pun. Lepas tu bwk gigi lempar naik atas bumbung sekolah. Kononnya spy jd pandai. Tah petua sapala yg kami ikut kecik2 dulu…hahahaha… Tp kali ni yg aku nak cabut ni gigi geraham bongsu, uratnya bersambung dgn byk urat lain termasuk mata dan otak. So better le pergi pakar. Hari ini, gusi aku masih berdenyut, tp sakitnya dah berkurangan. Gusi aku juga masih berlubang tp dah mengecut sedikit. Ptg semalam aku gagahkan diri drive balik ke kg. Rindu rasanya bila dah lebih sebulan aku tak balik ke semanggol. Rindu pada umi, abah, stoking, mek dan juga nak tgk anak kecil mak itam. Hahaha.. maknya itam legam.. tetapi anaknya kuar kucing siam… bukan sbb bapanya kucing siam. Tp sbb ikut baka keturunan neneknya yg kucing siam.

Thursday, May 08, 2008

Blocked Lagi??

Terbaru yg di blog, tu... shoutbox aku yg kedua itu yg tlh di blog

. Atas alasan, chat. Hek eleh, chat apa aja yg boleh dekat situ? Aku tak tahu la apa yg company ni paranoia sgt sampai habis semua benda ni di blockednya. Nama syarikat cukup gah, tp line internet pun berkira.

Itu block, ini block. Sume2 block. Yg paling aku risau dia akan block blogger. Alahai, kena block kalu, mcm manolah aku nak update blog aku . Hai.. nak pasang internet kat rumah, duit pun tak cukup lagi. Lagipun kalau pasang internet pun, kalau dah seharian mengadap pc kat ofis, balik rumah nak rehat je. Tak lalu dah ngadap pc..huhu.

Dr blocked sana, block sini, lebih baik tutup internet terus. Buka intranet je kat staf (eh betul ke ni, yg ape.. inter ofis punye network je). Kan senang... huhu.. merayau merata tenet pun kerja jalan. Kalau tak merayau tenet aku tak jamin lagi kerja jalan. Sbb? sbb tensen woo wat kerja ni.. so kena cari sumthing utk release tensen. Tensen pasal ape... byk aspek.. kerja, sales, care management, cust (but cust is not the main reason). Aku kerja ape? operator telefon je . Kalau dah takle release tension nanti.. camne? huhu... jadi la macam ni >> .. telan kopi byk2 pun sure takleh tlg thn ngantuk bgn awal pagi, bosan tgk datin nb ...huhu..

Monday, May 05, 2008

TAG : Workspace


Sebenarnya dah agak lama dah Cikgu Rhea tag aku tp baru sekarang ni aku berkesempatan buat. Sorry la Rhea ek. Ini pun sapenye wireless network tah nb aku detect... belasah je.. hahaha. Tag kali suruh citer pasal workspace.. adei… mujur juga tak suh citer pasal outer space.

Ok, mcm ni rupenye workspace aku. Dlm satu cubicle ada 4 meja dan meja aku bersebelahan ngn meja bos… tp time aku nak berpoya2 di dunia tenet main selamba belasah je… ekekeke..



Ok.. lima perkara / benda / kawasan di sekitar cubicle or workspace aku ni

1. Phone


Oh.. ini penting ni.. mmg perlu ada.. wajib.. yela.. keje kat call center tp takde phone.. camne gamaknya tu ek.. tu tgk siap ade headset lg. Mmg tak guna ganggang dah. Headset tu akan melekat kat kepala dr pagi sampai ke petang.. unless aku break ngn gi toilet. Kekadang sampai bengang telinga sebelah kiri ni punya dok bercakap telepon.

2. PC


Ini pun perlu ni… kalo tak camne nak wat kerja. Dan beruang Koala di atas PC ialah peneman setia… ekekekeke. Kalau korang perasaan, kat monitor tu bahagian tab tu.. melambak2 browser aku bukak. Mmg la, sbb ada 3-4 sistem selain dr excel sheet ngn outlook yg aku kena bukak. Tu yg berderet je kat bawah tu.

3. Drawer


Drawer ni letaknya di bawah meja. Inilah tempat aku simpan beg aku, kertas2 rujukan, buku nota ngn stok makanan aku kat sini. Bila aku jauh dr meja mmg aku lock drawer ni. Kalau tak kang… alamatnya adalah benda yg hilang.

4. Note to stick

Bahan2 yg aku akan selalu rujuk aku stickkan ke sebelah sini. Jadi nak rujuk senang. Tak perlu dah tercari2….terselak2 dlm file. Kalau korang tgk yg tergantung gambar rusa tu, cokelat tu… dah setahun dah umur cekelat tu. Aku dpt masa krismas thn 2006. Ekekekeke…. Aku biar je dok gantung kat cubicle aku. Korang kalo teringin nak rasa ape rase bgtau le. Aku kirimkan ke korang.

5. Tempat Luahan Perasaan


Ya.. sebelah kiri meja aku ni, mmg aku khaskan tempat tuk aku release tension. Sebelum ni aku letak gambar2 bunga yg aku snap sendiri. Tp sejak 2 minggu kebelakangan ni, aku tukar, dah jadi tempat aku lekat hasil contengan aku. Kalau korang mai opis aku, berlambak2 kertas berconteng melekat kat situ…huhu. Asal tensen je, satu contengan…. Huhu..

Mai tgk close up antara contengan aku…. Kalau korang nak tgk gambar beso… klik ke gambo besar, klik ke gambar tu.


Ok… selesai dah citer pasal workspace aku. Betui tak ni Cikgu Rhea??

Skang ni aku nak tag sapa pulak ek… ha.. aku nak tag dak JEJERZ… balas dendam sebab dia tag aku sebelum ni. Kui kui kui.. so cik jejerz… sila lah buat tag ye.. jgn malu dan jgn segan…

Aku Pada Hari Ini

Erm, kalau korang nak tahu, entry ini tidaklah aku buat di opis atau dr mana2 cc, maupun dr rumah yong. Cuba teka? Yea.. entry ini di buat di stesen minyak esso... hahaha.. dr Notebook aku sendiri. Wah.. lega rasanya bila masalah notebook ni dah selesai.

Actually ari ni aku mc. Pagi2 tadi bangun, perut memulas gila, ngn gigi pun berdenyut2. Rerupanya sebelah pipi dah bengkak sket. Tula, nak gi cabut tak tercabut2. Skang dah sakit.. baru kelam kabut. Perut tu toksah citer le, dr pengalaman aku yg selalu kena sakit perut, tau sgt dah, ni mesti masalah penghadaman. huhu.. Ye la, bila aku dah sakit gigi, secara otomatik aku tak kunyah makanan betui2.. main telan je. Abis tu perut meragam la. Dan juga maybe bahana semalam berendam dlm air best je... berendam sakit... so, gusi sejuk, perut pun sejuk.. ekekeke.. ni teori sendiri.

So pagi tadi, aku gi poliklinik famili, ingat nak amik ubat cirit ngn MC, tp doktor takde. Pukul 3 ptg baru ada. Nak gi klinik lain malas lak, sbb rata2 semua klinik caj mahal. Skali pergi mahu RM30-50 terbang. Kalau poliklinik famili ni baru dlm RM20 atau plg mahal RM25 skali pergi. Takde la mahal sgt. Sbb gigi aku dah berdenyut sgt, aku trus pergi klinik gigi. Ingat nak cabut buang je gigi yg sakit tu, tp dr takmo cabut lg, sbb pg td aku mkn painkiller, tak thn sgt dah sakit. Dr bg aku ubat dulu... ari khamis nanti baru dtg lg cabut. Dr ckp pipi aku dah bengkak, dia amik cermin suh aku tgk pipi sendiri. Haah la, mmg ada bengkak sket... aku ingatkan pipi aku yg semulajadi tembun... ekekekeke..So skang ni aku bergantung ngn painkiller. Tp ari nak cabut nanti takle makan painkiller. Dgr bunyi berdengung sket gigi aku dah sakit..huhu. camne aku nak pakai headset esok?. Ngn ubat sume aku baru kena RM16, pastu dr bg MC trus. Klinik gigi ni pun tak mahal sgt. Klinik yg aku pergin dulu. Baru amik ubat ngn jumpa dr dah kena puluh. Lepas tu dia tampal gigi aku.. kena sampai RM200..huhu.. dia kata 4 btg gigi kena tampal. Rasa tertipu je, sebab gigi2 tju semua elok2 lagi tp dia ckp ade sket lubang. Dah dia gerudi mmg le jadi lubang. Geram tul.

Memandangkan aku dah dpt mc, aku gi farmasi beli ubat cirit ngn ubat utk penghadaman je. Senang citer. Baru dlm RM10. Alang2 dah pergi Bdr sunway, dgn muka berkerut menahan sakit gigi, aku gi byr duit keta, pastu trus bawak notebook aku gi jumpa dr pc. huhu... terbang jugak la RM50, dia format balik notebook, install window XP. Tp oklah... at least internet aku dah le guna. Dr call HP support, cam bodoh je dia punya advise. Buat abis duit akuy tipon je. ceh...

Oklah, saja nak menerai wireless connection notebook aku je. Tu yg mari lepak kat Esso ni. Ekeke.

Saturday, May 03, 2008

Kemaruk Webcam

budak2 yg kemaruk main webcam ka.. atih dia yg kemaruk menerai webcam.. hahahahahaha



Friday, May 02, 2008

Cerita Di Waktu Gelap

Malam Semalam (Khamis, 1/5/2008) :

Aku bersms ngn member baik aku kat u. Antara smsnya.....

Winz : Yela2. Papela..Erm.. Aku rindu ko sesgt..
Aku : Keke. Mintak maafla. Aku takde nafsu pada kaum sejenis. kekekeke. hahaha
Winz : Kambengs..

hahaha.. ahak... ahak...

Well, aku pun rindu dia gak sebenarnya. Dah lama kitorang tak jumpa. Last jumpa Feb thn lepas. Dan tu jugak first time aku jumpa akak Wild. Bila aku suh dia mai sini jumpa aku. Dah dia kata sibuk lak... ceh.. kambing..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi Tadi (Nak pergi opis):

Dah kunci pagar, masuk2 kete je dgr lagu "bukak la butnag ku... bukak la butang ku" .. nyanyian PakCik Din (PCD). Ceh.. takde lagu lain ke nak letak, pepagi dah letak lagu kategori 18sx. Pagi2 ni la malaikat nak mai bagi rezeki, nak dapat syafaat, berkat, rahmat.... ni dok dgr lagu macam ni pepagi.. lari lak kot malaikat rezeki nanti. Aku trus masukkan kaset... dgr bacaan Al-Quran pepagi ni lagi bagus.

Sibuk nak boikot, filem Fitna, boikot barangan belanda.. lagu2 kategori mcm ni tak mau boikot lak. Pastu gaduh ramai org rosak akhlak sekarang ni. Filem melayu sendiri pun apa kurangnya. Byk yg rosak akhlak. Tu yg diarahkan oleh pengarah yg mengaku beragama Islam tu. Jahil vs Dah Tahu Tp Buat Jugak.... yg mana lebih berat dosanya?

Hai... entahlah...

Thursday, May 01, 2008

PART 2 - Dia Menjelma??


Fina : Mizan, apsal mata hang kuyu sembab je ni? Hang ada problem ka?
Mizan : Takla, tak cukup tido je semalam
Fina : Aik.. takkan tgk bola jugak?
Mizan : Fina, kalau aku citer kat hang, janji jgn gelakkan aku yek.. (sambil menyunyah kek coklat)


Tiba2.. bahu Mizan ditepuk oleh seseorang...

Datin NB : eh.. mizan... you mana boleh makan ini suma.. you tak patut makan ini... you...... (kata2nya telah terhenti akibat mulutnya telah disumbat dgn kek coklat oleh mizan)

Mizan : Fina, aku... aku kena ganggu dgn antu kambing la...

Fina : APA??? antu kambing? kwang kwang kwang....

kita saksikan sambungannya.. minggu depan.

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons