Tuesday, November 03, 2009

Selamat Hari Lahir YONG!!



Happy Birthday My Dearest Sis.

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati serta dirahmati Allah selalu. Semoga dilindungi Allah dari segala kejahatan dan malapetaka. Semoga bahagia selalu di samping keluarga tersayang... amin..


:puppyeyes:

Monday, November 02, 2009

HAPPY 28th BIRTHDAY TO ME!!

Dia memang nakal, kadang-kadang dia degil sangat, tak mahu dengar kata, melawan cakap, tapi ada masanya dia sangat-sangat baik. Itulah sedara lelaki sulung aku, Muhammad Azamuddin. Dan hari ni, dia buat aku tersenyum lebar, bila aku buka laptop aku, atas keyboard, ada sekeping kad ucapan selamat hari jadi buatan tangan. Kad tu mungkin tak secantik kad buatan kilang, kad tu mungkin tak colourful, walau ada kesalahan ejaan tapi kad tu amat istimewa buat aku. Terima kasih sayang.. Atih pun sayang sangat dekat Azam.



:puteh_2:

Terima kasih buat Nyah yang belikan kek birthday, tapi sayangnya Saiful dah bocorkan rahsia.. ahak ahak.

Saiful : Atih jangan bukak peti ais, atih tak boleh tgk kek atih, nanti baru atih boleh tgk..

Hahahahaha… poloskan fikiran kanak-kanak. So, bila Nyah padamkan lampu, aku dah expect apa yg akan datang.. hahaha.

:devilishgrin:



Dah 28 tahun dah rupanya aku. Alahai, dah tua. Hik hik hik. Means Cuma tinggal 2 tahun je lagi utk aku enjoy hidup 20an. Lepas tu aku dah cecah 30an.

Terima kasih untuk Umi, Abah, Zainal, Yong, Aliah n Winz yang wish birthday even dari kejauhan. Terima kasih juga buat semua sahabat yang tak lupa untuk mengucapkan selamat dan mendoakan aku di hari ni.

Friday, October 23, 2009

Sambutan CCK..


Ini cerita kita...
Cerita tentang kau dan aku..
Cerita tentang hati dan perasaan..
Inilah 'Cerita Cinta Kita'..


:puteh_23:

Masa mula-mula aku tulis ni, aku tak rasa pun yang cerita ni akan dpt sambutan. Setiap posting yang tersiar tak pernah ada komen. Tapi aku teruskan juga menulis. Memang cerita asal dari cerita bersambung di Forum Jomlayan, aku olah semula cerita ni sebab aku suka dengan idea cerita. Aku rasa macam dah banyak juga yang aku olah untuk menyedapkan cerita (sedap pada aku la) berbanding cerita asal yang lintang pukang. Nak buat macam mana, bila dah banyak kepala, orang ni tulis macam ni, orang ni pulak tulis macam ni, memang le pening jadinya.. haha. So, basically, idea cerita yang aku ambil, tapi jalan cerita dah digarap sesuka hati aku. Aku pun tak tahu le nak sebut siapa yang punya original cerita.. haha.

Memang ingatkan takde sambutan dah cerita ni, tapi statistik tunjuk yang blog tu dah ada seramai 952 orang pengunjung sejak diterbitkan. Juga ada komen-komen yang bertanya sambungan cerita ni, bila aku nak siarkan, cepat siarkan sambungan. Alhamdulillah, walau sikit ada jugak sambutan. Cuma aku pulak sekarang yang kekacauan idea sedikit, hahaha. Nak menyusun idea aku ke bentuk bahasa tu yang kacau. Walau macam mana pun, aku akan teruskan jugak cerita ni sampai habis. Pesan Umi, jangan buat kerja sekerat jalan. Ada peminat ke, tak ada ke, ada sambutan ke tak, aku akan tetap habiskan cerita ni dalam versi aku sendiri, dan untuk tidak menghampakan orang2 yang membaca cerita ni. Aja aja fighting.

Yang selalu aku dpt komen dari kawan2 aku, "sukalah dgn watak papa Zaim tu, siot je menggatal".. hahaha. Tunggu, akan ada lagi adegan gatal oleh papa si Zaim.

Ok.. adios dulu, mintak2 ari Sabtu ni idea aku mencurah-curah untuk sambung bab 4, 'Cerita Cinta Kita'. Bagi yang belum baca, teringin nak baca boleh layari 'Coretan Ilham'. Sila baca dari cover novel. Selepas baca, jgn lupa tinggalkan komen ye, supaya aku boleh improve apa yang patut.

:okay:

Buat pembaca-pembaca 'Cerita Cinta Kita', terima kasih atas sokongan anda semua.



:sorry:

Sunday, October 18, 2009

Sushi??

gambar ihsan internet


Lately ni aku ada kegemaran baru. Makan SUSHI!!!. Padahal dulu aku cukup tak berkenan nak makan sushi walau kawan-kaan selalu ajak. Satu je dlm mindset aku, sushi itu mentah. Yela, Jepun kan suka yang mentah, fresh kata diorang. Kalau rancangan masakan jepun pun selalu tunjuk mentah punya bahan. Pengalaman abah sendiri makan sushi telur ikan, mentah juga, jawabnya luah balik. Hehehe.

Tapi satu hari tu, lalu kat Tesco yang bahagian makanan tu, nampak ada sushi. Aku pegi le usha. Rupa-rupanya sushi bukan setakat ada yang mentah je, tapi ada gak yg dah dimasak, macam unagi sushi, tuna mayo sushi, california roll, inari sushi. Atas rasa ingin tahu apa yang sedapnya sushi ni, aku ambil kanikama sushi (ketam.. eh, betul ke?).

Sekali rasa, eh, sedap gak. Lepas tu beli lagi. Sampai skang, setiap kali gi Tesco, mesti aku beli sushi. Hehe. Tapi aku tak makan le yang mentah-mentah tu. Setiap kali beli aku cuma amik california roll (telur,ketam,timun, telur ikan kecik yg mampu aku telan & mayonaise), tamago(telur), unagi(belut), inari(tofu), kanikama(ketam), salmon mayo, futomaki(lbh krg mcm california roll tp takde mayonaise) - cam yeye je betul aku sebut sume nama ni.. hahaha.. entah2 salah eja. Bukan aku sorang aje pulak tu, anak sedara aku yg berdua tu, azam ngn saiful pun pasti mintak sushi setiap kali gi Tesco.

Carrefour punya sushi pun boleh tahan sedapnya. Aku suka Unagi Sushi dia. Tapi setakat ni, sekadar sushi Tesco tu je la aku makan, simple sushi. Tak pernah lagi ke restoran sushi, takut tak tertelan. Sebab sure yg ori jepun nya resipi diorang pakai. Macam yang Tesco ngn Carrefour ni aku risik2 kat tenet, sekadar simple sushi je diorang buat.

Aku siap google resipi buat sushi lagi tu. Yang simple sushi.. hahaha. Yela, mana tahu nanti-nanti kot berkesempatan nak buat. Tengok macam senang je. Hehe.

Harap2 kalau aku dapat kerja kat Penang balik nanti, Carrefour kat Seberang Jaya tu ada la sushi. Lepas tu aku kena belajar jalan gi Tesco yang dekat situ.. haha sebab aku tak tahu jalan. Ni semata-mata sebab nak makan sushi.. ngeh ngeh ngeh. Kalau tak, hai.. kempunanlah aku. Huhu.

Aiseh, entry kali ni citer pasal sushi lak. Bosan je orang baca.. hahaha. Tapi suka ati aku le kan nak citer apa pun. :p. So, ada sapa2 nak belanja aku makan SUSHI?? kekeke.


:puteh_23:



gambar ihsan internet



MARI MENGENALI SUSHI..


Kanikama Sushi - Ketam


Inari Sushi - Tofu



California Roll



Salmon Mayo Sushi


Tamago a.ka. Omelet Sushi - Telur


Unagi Sushi - Belut


*** Gambar semuanya ihsan internet ***


:puteh_13:

Monday, October 12, 2009

Senandung Malam

First time aku dengar lagu ni aku dah suka. Irama dia yang mendayu-dayu rasa syahdu je. Rasa terbua-buai je dengar lagu ni. Buat masa ni aku boleh dengar lagu ni ulang-ulang kali tanpa jemu. So, jom enjoy dengar lagu ni.



Senandung Malam

Ohh Duhai Malam
Dengarkanlah rintihanku
Oh Dingin malam sayu sayu kedengaran
Sayu....

aku.........
mendendangkan lagu untukmu
Oh Senandung malam hari
aku terfikirkan lagi
harum....
Senandung malam aku
terkenangkan kamu di sisi

oh angin malam
bawakan pulang
khabar berita yang tenang
oh angin malam
bawakan pulang
rinduku padamu sayang

Dah la tu kan dah ku kata dah ku kirim berita
ku kan bagus ku rindumu keroncong perut yang kosong
isi sebelum bertembung berhubung sebelum melopong
ikut ronggeng cun cak bernada lenggang lengguk oh sayang adinda

Senada irama seluruh lautan segenap pelusuk
menusuk hingga ke hatinya pasti serasi
senandung lenggoknya keroncong
sampaikan salamku ya angin malam di hari yang dingin
hasrat di hati yang ingin terbang tinggi tangan berpimpin

Bayang malam tanpamu
senandung angin berlagu
begitulah jua aku
yang lemas kelam tanpamu
dan nafasmu bagai azimat tun nakhoda
ketika badai gelora
rempuh ribut kan ku kayuh berkat namamu berlabuh

oh a a adinda bawa wa wa lah sabar
pejam jam jam celik tiba rindu
ja ja jangan tiba rindu
ra ra rasa ini tidak dak dak berganti
kekanda kan menanti

dirasuk bayang puaka yang kau sayang
terang bulan..
dah muncul rindu bayang yang dicari
yang dipuja selalu bermain di khayalanmu
kan ku jelma setiap waktu

oh angin malam
bawakan pulang
khabar berita yang tenang
oh angin malam
bawakan pulang
rinduku padamu sayang
oh angin malammmm

Wednesday, October 07, 2009

Menimba Ikan Keli di Aidilfitri..

Pada hari raya ke-4 yang lalu, hari Rabu bersamaan, 25 september 2009, famili aku buat aktiviti menimba ikan keli di kolam jagaan adik aku. Ni kira hajat adik aku le, nak wat ikan bakar makan ramai2 satu famili sekali dgn adik beradik abah aku. Jadi, pagi2 rabu tu Pak Ak (salah seorang jiran kat kampung) datang bawak pam air dia untuk pam air keluar dari kolam ikan dan disalurkan ke parit berdekatan. Bila air dah habis dipam barulah aktiviti menimba ikan dapat dilakukan. Geram je aku tengok diorang menimba, rasa mcm nak terjun join skali, tp apakan daya aku terpaksa masak rendang dinding bila chef utama, Yong, mengalami masalah kesihatan.. ekekeke.

Yeah... kolam sudah kering.. apalagi.. jom gagau ikan keli.. pengalaman first abg tapa, chor n zainal menimba ikan.

Pak Ak yang dah professional menangkap ikan keli, tak macam abang tapa, chor ngn zainal yg terkial-kial.. ngeh ngeh ngeh.

Zainal meminjamkan betisnya (model betis) untuk membandingkan saiz ikan keli. Ni baru besar betis.. yang besar peha pun ada.


inilah sebahagian hasil tangkapan.. besar-besar tu.. berat sekor2 ialah antara 1kg hingga 2kg.. jumlah semuanya ialah 27 ekor..

ikan keli yg dah dimandikan.. baru nampak handsome sikit..

ikan keli sedia utk disiang.. berat sekor2 cecah 2kg.. punya besar sampai 2 ekor je dah penuh satu raga... beso-beso ikannya.. macam tuan yg belanya jugak.. kui kui kui..

ikan puyu pun ada jugak.. :p.. ni separuh dari hasil tangkapan ni.. separuh lg dah siang..

tuan ikan keli bergambar bersama keli-keli yg bakal dipanggang..

umi pun nak jugak bergambar.. kekeke.. bukan senang nak bergambar dgn ikan keli besar2 mcm ni.. hehehehe..


Nak bersiang semua ikan2 ni amik masa dari lepas Zohor, selepas selesai menimba le, membawak sehingga ke malam dlm 9 ke 10 lebih.. bernyamuk le aku di luar dgn Umi dan Wulan mengerjakan ikan. Esoknya barulah ikan2 keli ni selamat dipanggang. Walaupun cuma kami satu famili (adik-beradik aku je plus umi n abah) yg makan besar aritu, tapi alhamdulillah.. seronok bila berkumpul ramai2 ni.. hehehe.. Zainal siap sedekah ikan kat jiran2 lagi. Tapi aku pulak yang demam ari ni. Muntahlah apalah, langsung tak lalu nak makan. Huhuhu. Aku jamah sikit je, pastu langsung tak lalu nak makan dah. Isk, rugi rugi. Zainallllll.. lenkali kita panggang lagi ek.


:puteh_23:

Happy Besday Abang Tapa!!!!


Selamat menyambut ulangtahun ke 33. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan limpah kurnia-NYA. Semoga tercapai apa-apa yang dihajatkan. Aminnn..



:puteh_2:

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..



"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog aku ni yang beragama Islam. Harap maafkan segala kesalahan yang zahir mahupun yang batin, terkasar bahasa atau tersilap tutur kata. Semoga Syawal kali ini menceriakan hidup anda semua."
:puteh_2:

Bila sebut batin ni, ada juga yang loqlaq, sebut minta maaf zahir sahaja, batin takde sbb ko tak beri. Apa tu?? Hangpa ni bila sebut batin je dok pikir yg satu tu jela. Ada ka?? Apa hangpa pikiaq ni? Akai takle pakai. Bila minta maaf ZAHIR & BATIN ni, minta maaf Zahir tu maksudnya kesalahan yang nyata kita buat, yg nampak kita berbuat kesalahan dengan org tu, manakala minta maaf Batin ni pula maksudnya minta maaf akan kesalahan-kesalahan yg kita buat pada org tu tanpa kita sedari, yang tanpa kita tahu, tak sengaja kita sebenarnya dah buat kesalahan pada dia. Tapi bukan pulak gi minta maaf ngn tok batin, lenla kalau hangpa ada buat salah ngn tok Batin memang la patut minta maaf ngn tok batin tu.. heheh. Ada paham??

Sorilah, bukan nak berceramah, memberitahu aja.. minta maaf na.. nak raya2 ni.. hehehe. :puteh_23:

Tahun ni aku tak sempat nak print dan hantar kad raya, jadi aku letakkan kad aku ni disini aja. Dan sebagai bonus sbb tak dpt hantar kad raya, aku sertakan sekali sampul duit raya, boleh print dan gam untuk diberi pada budak2. Copy dulu gambar pastu pes kat word ke, pandai2 la ejas bg sesuai dia punya saiz.


:sorry:

Wednesday, September 09, 2009

Ada Yang Lebih Susah...



Kisah yang aku postkan ini aku dapat dari email. Ada sesuatu yang dapat kita perolehi dari cerita ini membuatkan aku rasa nak berkongsi kisah ni di sini. Bacalah, menarik.

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Tuesday, September 01, 2009

Blog-blog ku terabai akibat berkebun??



Kebelakangan ini aku makin kurang meng'update' blog aku. Kasihan mereka terabai, umpama rumah yang telah lama ditinggalkan, oenuh dengan sawang-sawang, daun kering memenuhi laman dan debu menyaluti rumah.

Blog Seribu Makna tak terupdate, walau gambar2 dah ku ambil. Cuma belum diletak signature aje. Blog Irama Jiwa lagilah lama, kerana sudah lama tiada irama di jiwa ini. Blog Gatal Tangan juga tidak terupdate, walau byk juga design aku dah buat. Walau yang simple tp itu masih sentuhan tanganku. Blog Coretan Ilham pun nampaknya macam tergantung sekerat jalan. Bahkan blog utama aku yg selalu aku kunjung ni pun dah lama tidak terupdate kecuali dengan ucapan-ucapan saja. Padahal dulu kalau sehari tak jenguk blog aku, rasa macam nak demam saja. Bak kata pujangga, mandi tak kenyang, tidur tak basah, makan tak lena. Begitu sekali hebatnya penangan bermain blog.

Tetapi sekarang, mengapakah aku tega membiarkan blog-blog ku ini terabai begitu sahaja. (Ecewah.. sesekali bermadah merapu). Bukannya aku sudah kekeringan idea untuk mengupdate, bukannya tiada perkara yg hendak diupdate, contohnya pasal jari aku pun belum aku update lagi di sini, sedangkan kawan2 semua dah bertanya. (Macam tak best lak guna bahasa skema ni.. guna bahasa cincai balik la), tapi entahlah. Macam tak tertaip saja kat sini.

Dan ini semua gara-gara asyik ber'Facebook'. Segala macam kebun yg ada di facebook tu aku main, sampai setiap masa bila dpt peluang bertenet Facebook lah juga yg aku bukak. Semuanya kerana kebun2 aku di Farmtown, Farmville dan Barnbuddy.. huhu. Betullah agaknya FB ni Yahudi punya.. hahaha.. jarum yg dia masukkan simple je, game yg berjalan setiap masa.. semua org terlalai bermain disitu.

Oleh itu, MORAL OF THE STORY.. janganlah terlalu terleka dengan sesuatu perkara.. sesungguhnya jarum Iblis itu mudah ditusuk apabila kita lalai dan leka..

Oklah.. nak sambung berkebun.. hahaha.

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons