Sesungguhnya, laman sesawang ini telahpun bersawang. Kasihan dia, ditinggal tuannya tanpa dijenguk lagi. Tapi tak mengapa, kini tuannya kembali, membawa bersama penyapu, mop, baldi, berus dan yang seangkatan dengannya untuk membersihkan sawang itu.
Posted in: Catatan
ni bukan Indra, yang ni cict dia.. Datuk Seri Panglima Garang, tapi rupa ngn kaler Indra lebih kurang macam ginilah..
Posted in: Catatan

Posted in: Catatan
"Salam sahabat, marah itu adalah berpunca dari ego yakni sombong kerana merasakan tinggi kedudukannya. Marah itu juga berpunca dari kegilaan, emosi yang tidak stabil akibat dari kehidupan seharian yang dirasakan tidak menarik. Cuba sahabat bawa bertenang, buangkan rasa ketuanan yang bersarang dalam diri tu. Ingatlah sahabat, sesungguhnya marah itu ada sifat syaitan. Islam tidak menggalakkan umatnya untuk marah. Cuba sahabat bayangkan diri sahabat yang tengah marah, serupa sahaja dengan haiwan yang tidak berakal. Bersabarlah wahai sahabat..." dan bla bla lagi..
"Wahai sahabat, terima kasihlah kerana telah menyedarkan saya tentang nafsu amarah saya.. betapa saya telah hanyut dibuai nafsu amarah, syukur kamu telah diutuskan untuk meredakan kemarahan saya.."
"ko kata aku setan? marah macam binatang? Gila?? ini sudah lebih beb.. nah amik ko sebijik..."
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.Ada lima kategori marah iaitu
1)Cepat marah atau marah tidak bertempat,
2)Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),
3)Marah sederhana,
4)Tidak tahu marah
5)Marah keterlaluan.
Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu
-Rasa bangga diri,
-Takjub kepada peribadi sendiri,
-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas,
-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.
Lima lagi puncanya ialah
-Gemar berbantah dalam sesuatu perkara,
-Khianat,
-Tamak kepada harta juga pangkat,
-Gagal mengendalikan nafsu
-Emosi serta hasad dengki selain iri hati.
Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.
“Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Berpesanlah kepadaku”. Nabi bersabda: “Jangan marah!”. Kemudian orang tadi mengulangi lagi, lalu Baginda menjawab: “Jangan marah!”.
(Hadith riwayat Al-Bukhari)
“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah”.
(Hadith riwayat Al-Bukhari)
Pernah Saidina Ali yang sedang berperang dah bersedia nak memenggal kepala musuhnya. Tiba-tiba musuh tu meludah ke muka Saidina Ali. Terus Saidina Ali tak jadi hendak memenggal kepala musuh dia sebaliknya Saidina Ali menurunkan pedangnya. Sebab berasa pelik, musuh tu pun bertanya pada Saidina Ali kenapa tiba-tiba je berhenti.
Jawab Saidina Ali, "Aku takut aku akan membunuhmu bukan kerana Allah SWT sebaliknya kerana marahkan kamu meludah mukaku."
Dalam hati berkobar-kobar nak sambung mengarang CCKpada sapa2 yang tak tahu, CCK ni novel yg aku tgh karang, tapi hampeh dah masuk tahun tak siap2..uhuk..uhukdan nak siapkan entry baru untuk blog aku ni. Idea tengah ada ni, dalam kepala hotak aku ni dok ligat mengarang ayat baik punya. Jadi, sementara idea dok panas-panas ni elok le aku mengarang. Aku pun pi la dok depan lappya aku. Elok on je lappy, bukannya dok mengarang, boleh lak dok sakan memasak kek. Kek setingkat? Dua tingkat? 3 tingkat pun ada… customer lak ramai dok beratur. Makin sakan la dok masak kek. Kalau masak kek sungguh buat jual takpe gak.. ni tak.. dok terklik-klik kat game Cake Mania tu. Baguih dok ada. Pastu sedaq-sedaq, na haih.. dah petang dah.. apa idea yang dok ada dalam kepala tadi dah abih terbang suma dah… hmm.. tak mengarang juga.. hancur…
Ha.. tu ralip le tu namanya. Ralip main game sampai lupa tujuan asal.. erm..mungkin aku patut uninstall sume game yang ada kat laptop ni. Tapi kang bosan lak.. kekekeke..
SEREMBAN: Pengguna jalan raya yang memungut dan mengambil duit syiling bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau, di sini, pada Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, duit syiling yang diambil itu boleh diserahkan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.

Ringkasan Cerita HMMAngkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.
Kisah nilah yang sekarang dah dijadikan filem oleh KRU studio dan bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Filem arahan Yusri KRU ni menelan belanja sebanyak RM8juta sekaligus menjadikan filem ni sebagai filem tempatan kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang. Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam versi omputehnya The Malay Chronicle : Bloodlines. Teruja juga aku nak tengok. Yelah, asyik tengok epik sejarah orang lain je, sesekali memang nak epik sejarah kaum sendiri jadi sebutan lak. Cuma harap-harapnya citer ni tak le macam Magika, tunjuk trailer je macam besh, tp citer agak kureng. Maafla pada peminat-peminat cerita Magika, pandangan korang mungkin lain tapi pada aku cerita Magika memang tak menarik. Biasalah, lain padang lain belalang, lain orang lain pandang.SIPNOPSISCerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Posted in: Filem/Drama
Posted in: Kisah/Gambar/Sharing (from email)

Posted in: Entry Takde Motif