Saturday, November 04, 2006

Bos Pun Bengong

Pada suatu petang di sebuah pejabat swasta, kira dah abis waktu pejabatlah. Dinna (nama sebenar Siti Rogayah), yang merupakan seorang eksekutif di syarikat tersebut sedang bersiap2 untuk pulang ke rumah. Tengah nak keluar dari pejabat dia, dia ternampak CEO dia (Bos besar kat syarikat Dinna) sedang tertonggeng-tonggeng / terbelek-belek kat depan mesin shredder (Apalah pulak nama mesin ni dalam bahasa malaysia) sambil memegang satu dokumen. Dalam tengah dok terbelek-belek tu, di CEO ternampakkan Dinna ni tadi lalu memanggil Dinna. Dinna yang seorang eksekutif yang berdidikasi dan taat pada bosnya pun pergilah menghampiri CEO ni.

Dinna: “Ada apa bos, boleh saya bantu?”

CEO: “Ya Dinna, boleh tolong sikit. Setiausaha saya dah balik dah, saya tak tahu pulak nak hidupkkan mesin ni sebab saya ada satu dokumen penting yang sangat sulit bagi syarikat kita yang tak boleh dilihat oleh sesiapa pun.”

Dinna pun pergilah memeriksa kat belakang shredder tu dan terlihatlah wire shredder ke suis yang kat dinding masih tak ‘ON’. Bila suis itu di’buka’, berbunyilah sikit kat mesin shredder tu, menandakan mesin tu dah ‘ON’.

Dinna: “Dah idup dah, mana dokumen tu?” tanya Dinna.

CEO: “Ni dia”.

Dinna pun mengambil dokumen tersebut dan memasukkannya ke dalam mesin shredder tu.

Melihatkan mesin itu berfungsi, senyumlah si CEO tu dan berkata, “Kalau kamu takde tadi Dinna, tak tahulah saya macamana nak buat. Dokumen ni penting sangat dan perlu dihantar ke client esok juga... BOLEH BUATKAN 2 SALINAN?”

Peluh jantan pun keluar dari dahi Dinna. He..he..he...

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons