Wednesday, December 29, 2010

Antara keperluan... dan kehendak....

Kelmarin saja gi merayap-rayap dengan akak aku. Singgah satu kedai handphone ni, saja le aku membelek-belek handphone yang ada. Dah jadi mcm tabiat lak aku, hujung bulan gi kedai handphone, belek2 handphone.. handphone yg mahal-mahal lak tu, murah2 aku tak nak... ahahaha.. tanya apa function le apa la, tapi tak beli pun.. saja suka belek je.. ekekeke.Tapi dalam dok belek-belek tu, berkenan le jugak dengan Nokia X6. Mantop gitu. Ada 3G, ada Wifi, kamera 5MP, built in memory 8GB/16GB (takde memory card)... design pun canggih a. Harga dia?? Harga dia RM839 je. JE!!.. Kalau ikut hati, memang nak sambar je, tp sebulan le tak isi minyak kete, gi opis jalan kaki, pastu puasa... ahahaha.cantik kan?? Memandangkan aku pun dah ada handphone, so benda...

Friday, December 17, 2010

Melawat tempat-tempat bersejarah di Perak.

Baru-baru ni aku dan family aku berkesempatan melawat ke beberapa tempat yang menarik dan bersejarah dekat Perak. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat menelusuri khazanah bersejarah bumi Perak.Antara tempat-tempat yang kitorang pergi ialah Kota Ngah Ibrahim di Larut Matang, Muzium Taiping, Pusat Pembiakan Penyu di Segari, Teluk Batik, Lumut, Muzium Sejarah Pasir Salak dan Kapal Korek Bijih di Tanjung Tualang. Agak kecewa juga bila tak sempat ke Menara Condong Teluk Intan dengan Kellies Castle sebab kesuntukan masa.Kat bawah ni serba sikit penerangan untuk dua tiga tempat je yang mana aku sempat snap gambar.Kota Ngah Ibrahim, Larut Matang, Perak.Dekat sebelah mana kedudukan kota ni sebenarnya aku tak berapa pasti, ekeke, almaklumlah.. orang...

Monday, September 27, 2010

Hai... blog.. alahai...

Dulu, kalau boleh, hari-hari nak update blog. Ada je benda nak cerita, ada je pengalaman nak dikongsi, ada je bukak nak diulas. Hari-hari gi opis, benda first aku bukak, blog aku juga dulu. Ye.. akulah peminat utama blog aku sendiri. Bak kata omputih, kipas mati keras blog aku sendiri.. ahahaha.Pulak tu, siap boleh pengaruh orang lain pulak buat blog tu. Bila berjaya menyebarkan virus membuat blog tu, pergh.. rasa best giler... Memang gila-gila update blog masa tu. Tak cukup dengan tu, hari-hari sentiasa cari apa je yang menarik buat make-up2, touch-up sikit2 blog aku ni bagi gempak. Layout tu toksah cakap la, sentiasa bertukar je. Kalau search online tak jumpa yang menarik, sanggup tu terkial-kial tukar coding sendiri semata-mata nak bagi gempak blog.Tapi sekarang??? Jangan kata nak tukar...

Thursday, August 05, 2010

Kesian dia terabai...

kesian dia terabai..kesian blogku terabai..kesian blog-blogku terabai..bukan tiada idea.. bukan tiada ilham..tapi kesian dia terabai..idea datang bertali arus..ilham muncul sederas arus..tapi kesian dia tetap terabai..entahlah.mungkin semangat yang pudar..mungkin minat yang hilang..lalu dia terabai...tapi tungg...

Sunday, June 27, 2010

Kancil.... Transform!!!

Korang mesti pernah tengok cerita Transformer kan?? Lakonan Megan Fox (Mikaela) dan Shia LaBeouf (Sam). Tak dinafikan citer ni memang besh. Tapi untuk posting kali ni, aku bukan nak bercerita pasal filem TRANSFORMER ni. Cuma nak ceduk satu babak dari filem ni, antara babak yang aku suka.Babak yg aku maksudkan ialah part lepas Bumblebee tendang Mikaela dan Sam keluar dari kereta sebab Mikaela cakap kenapa Bumblebee ni jadi kereta Chevrolet buruk je sedangkan dia hidupan canggih dari outerspace. Bumblebee tinggalkan diorang tepi jalan, kemudian lalu di sebelah kereta baru yg canggih dan bertukar sebijik rupa mcm kereta tu. Pergh... cantik...Skang ni, cuba bayangkan... kete kancil aku...... okay... bayangkan ek.... bayangkan.. dah bayangkan ke...

Friday, June 11, 2010

Selamat Tinggal MOMPL

8 June 2010, cukuplah setahun aku berkhidmat di MOMPL. Cukuplah setahun, hari ni hari terakhir aku berkhidmat disini. Alhamdulillah, rezeki Allah yang berikan, bermula 1 Jul 2010 aku akan berkhidmat di Call Center HSI utk IT department.Mengharapkan dapat kembali ke kampung halaman, tapi Allah dah tetapkan rezeki aku masih di kota Johor. Tak apalah, cuba nasib. Mana tahu ada sesuatu yg bagus menunggu aku kat sana.Resign notis dah dihantar pagi tadi. Jadi aku ada masa 2 minggu time sebelum memulakan kerja baru.. yeahh.. resting time.Buat kawan-kawan yang masih bertugas di MOMPL... semoga beroleh kejayaan... amin....

Wednesday, May 12, 2010

CINTA SUFI - Kesinambungan Trilogi Bagaikan Puteri..

Sebuah lagi hasil karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid, keluaran Alaf21. Cinta Sufi merupakan kesinambungan kepada Trilogi Bagaikan Puteri :1) Bagaikan Puteri2) Cinta Sang Ratu3) Hijab Sang PencintaNamun novel Cinta Sufi ditulis tanpa kehadiran dua watak utama selain watak Laksamana Sunan dari trilogi Bagaikan Puteri iaitu Haryati dan Dani. Menurut RAM, Cinta Sufi merupakan edisi baru bagi trilogi Bagaikan Puteri ini. Oleh itu hanya watak utama Laksaman Sunan sahaja yang diketengahkan pada kali ini.Sedikit sipnopsis untuk Cinta Sufi :Cinta Sufi yang berlatar belakang zaman penaklukan Portugis terhadap Melaka di tahun 1511 mengisahkan mengenai Laksaman Sunan yang kehilangan kekuatannya sekembalinya dari pengembaran ke masa depan. Laksaman...

Tuesday, April 20, 2010

Saham Akhirat : S.R.I Nurul Hidayah

Salam;Investment opportunity, InsyaAllah.Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah ini terletak di Kulim, Kedah; masih belum mendapat bantuan kerajaan kerana salah satu syaratnya; i.e mempunyai bangunan sendiri; masih belum terlaksana sepenuhnya.Buat masa ini, pelajar2 tahun 1-4 masih belajar di Rumah Kedai yg disewa.Saya memohon kerjasama Tn/Pn untuk memanjangkan iklan Dana Wakaf Bangunan SRINPEK ini kepada mana-mana syarikat, individu atau para dermawan yang Tn/Pn kenali.Pihak Sekolah menjangkakan untuk mengumpul minimum RM 50,000 bagi memulakan projek membina bangunan setingkat (4 bilik darjah) selewat-lewatnya akhir Jun 2010.Kos keseluruhan bangunan setingkat ini sekitar RM 150,000.00.Jadi, menjelang tahun 2011, Insya-Allah setidak-tidaknya kita boleh memindahkan semua pelajar tahap 2 (kelas...

Thursday, April 01, 2010

Kesian Amri....

Yong cakap Amri kena tolak dengan kawan kat tadika. Benjol jugak la kepala dibuatnya. Ingatkan sikit aje, sekali tengok gambar, Ya Allah, besar betul bengkaknya, dah macam rupa kepala Alien.Pergi klinik, Alhamdulillah, doktor cakap tak ada apa-apa. Tapi kena buat follow up. Semoga Amri cepat sembuh sayang dan semoga tak ada apa-apa yg serius.Yong pun dah pergi jumpa budak yang tolak Amri tu, pi gertak aje la, nak marah-marah pun budak-budak, tapi kalau tak marah langsung, nanti dia buat lagi pulak. Kalau tak kena kat anak sedara aku, kena kat anak orang lain pulak. Hai la budak-budak. Kurang le hensemnya bila dah macam ni, dah macam kepala alien je lonjong ke depan.. huhu.Ini akibat dok main tolak-tolak kat sekolah. Adik-adik, janganlah suka...

Friday, March 26, 2010

The New British Standard Slimmed Down Three-Pin Plug

The Royal College of Art's graduate show has opened, and this year, the show-stopper was actually -- a plug. Min-Kyu Choi impressed every passerby with his neat, apparently market-ready plug that folds down to the width of a thin mobile computer. "Many of today's mobile computers have become wafer thin but here in the UK , we still use the world's biggest three-pin plug," says Choi.Enter Choi's slimmed down British three-pin plug wonder. Choi's plug is just 10mm wide when folded. To unfold it, the two live pins swivel 90 degrees and the plastic surround folds back around the pins so the face of the plug looks the same as a standard UK plug. The idea produced a spin off, too. Choi created a multi-plug adaptor, which is a compact standard plug...

Monday, March 22, 2010

Jibam - Kisah Yang Unik

Penulis : UjangTerbitan : CESBDunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut, bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tidak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun, dia tetap tabah!Baru-baru ni dekat Kosmo ada keluar ulasan pasal novel Jibam ni membuatkan aku teringat balik jalan cerita Jibam ni. Suatu kisah yang menyayat hati. Kalau korang baca novel ni dan tak terasa pape, aku tak tahu la korang masih...

Friday, March 19, 2010

Aduh duh duh duh....

Sekadar gambar hiasan...Setelah dah berbulan sejak aku sedar aku memerlukan spek mata yang baru, sbb power dah tambah, sejak dah berbulan kerap sakit kepala sebelah kiri, gara-gara power yg sebelah kiri yang naik banyak, akhirnya, hari Sabtu yg lepas, 13 Mar 2010 (setelah aku dpt gaji.. huhu) aku pergilah buat spek baru. Spek yg aku dok pakai tu pun buat masa tahun 2007 aritu -- Spek Baruuuu. Tahun lepas lagi dah patut tukar kanta tp tak tertukar-tukar dek kerana ehem.. ehem.. poket kosong le, apa lagi.Satu yg buat aku menyampah ke kedai spek, orang kat kedai tu mesti sibuk nak promote bingkai spek, promote lak yang tak berjenis, yang bukan minat aku, tah pape. Biarlah aku pilih dengan tenang mana yang aku minat, ini tak, sibuk je nak promote...

Thursday, March 04, 2010

TRIONOVEL REVIEW – Leeya, Bikash dan Aleeya…

Ha..jangan ingat yang Alaf21 je leh kuarkan trionovel, aku pun boleh buat trionovel review… ekekeke. Novel-novel yang aku pilih bukanlah novel baru je semua, macam Ceritera Rindu ni actually dah baca bulan lepas, dan novel ni dah lama di pasaran, tapi baru ni aku berkesempatan nak buat review. Dalam banyak-banyak novel yang aku baca sepanjang tempoh ni, aku rasa 3 ni le yang paling menarik utk dibuat review. Yang lain, even dari penulis yang dah ada nama, tp ceritanya masih kureng pada aku. Jadi baiklah aku jgn review pape, sebab bukan senang org nak wat novel… sakit kepala memikirkan ayat yang sesuai utk dibuat cerita..Untuk sipnopsis rasmi ketiga-tiga novel ni, sila dapatkan dari laman web Alaf 21. CERITERA RINDU – Leeya MeeraNovel ni mengisahkan...

Wednesday, March 03, 2010

Alahai buah hati aku...

Sedihnya hati aku bila laptop kesayangan aku tu, memang laptop tu je yg aku ada pun.. uhuk uhuk.. yang aku usung ke sana sini tu, rosak, tak dapat digunakan. Sangka aku cuma OS je yang crash. Kalau OS crash senang je, install je OS baru, tapi aku diberitahu yang motherboard lah yang sebenarnya menjadi problem. Aduh, mana aku nak cekau duit ganti motherboard. Harga kurang sikit je dari beli baru. Nak beli baru lagilah aku tak ada duit. Mujur juga hard disk ok dan data di dalam semuanya ok. Kalau tak nangis juga aku, macam-macam ada dlm tu.Jadi, terencatlah sikit aktiviti aku berblog. Nak buat macam mana, dah nasib. Sabar ajelah. Terpaksalah kumpul duit pelan2 buat repair laptop. Dalam masa yang sama, spek aku pun sebenarnya dah sampai tarikh...

Thursday, February 25, 2010

Eh.. budak ke ni???

Last week, bos aku bagi cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Tak mohon pun, tapi dah dibagi, cuti aje lah ek.. umpama kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Terima kasih lah Mr. James ek sebab bagi saya bercuti sakan.Dah cuti lama, aku pun apa lagi, balik kampung la. Melampiaskan rindu yang tidak bertepi yang bergelora umpama ombak menghempas pantai terhadap keluarga di kampung. uh.. bahasa.. cam getik lak bunyinya..ekeke.Hari senayan, aku ke rumah Yong di Kulim. Melepaskan rindu kat anak-anak buah aku yang empat orang tu. Geram je tengok Laila, lincah betul. Pipi dia tembam macam dok kulum gulu-gula aje. Rasa nak cubit.Manakala anak buah aku yang sulung tu, yang baru darjah empat tu, sempat menghadiahkan satu soalan cepu...

Sebuah surau di hujung desa...

Melangkah masuk ke dalam surau, tengok-tengok, ramainyalah umat bergelimpangan melayari bahtera mimpi kat dalam surau. Ceruk sana ada org tidur, ceruk sini ada org tidur, ceruk situ ada org tidur, sampai kat ceruk sinun pun ada org tidur. Ish, ish, habis tu? Aku nak sembahyang kat mana? Ada ruang untuk berdiri je ni.Aku pun terus pi dekat salah sorang yg sedang nyenyak melayari mimpi, kebetulan dia berbaring mengiring menghadap kiblat, aku pun angkat tangan dan niat; sahaja aku sembahyang jenazah.....Habis sembahyang, aku baca Yasin pulak. Mendayu-dayu, berlagu-lagu umpama qariah terkenal. Habis bacaan Yasin, aku tengok balik kat org depan.. wah makin nyenyak tidurnya. Aku pun terus bacakan talkin, 'Ma Robbuka?'Tak dan habis soal minah tu...

Sunday, February 07, 2010

Berkhatan Beramai-ramai....

Sebenarnya ni cerita dah basi... tahun lepas punya cerita, tapi baru hari ni dimuat turunkan ke blog. Pada 19 Disember 2009, seramai 6 orang anak buah aku dari yg berumur 8 tahun hingga yg berumur 4 tahun dan 4 orang anak jiran sekampung telah selamat dikhatankan. Bersempena dengan majlis khatan ni yg bertempat di rumah Abah, Semanggol, adalah kenduri sikit diadakan, sebagai tanda kesyukuran.. Jadi, malas nak cerita banyak... kita tengok gambar sudah...Peserta-peserta upacara khatan dipancutkan dengan air beramai-ramai oleh Pak Lang bertujuan untuk menyejukkan badan... habih lokoih satu badan... Menggigil-gigil lepas kena pancut... inilah... barisan kitaaaa... yg sediaaa... untuk dikhatan... kat dalam rumah lak, kaum ibu dok siapkan lauk kenduri......

Saturday, February 06, 2010

Seorang Teman Pernah Berkata....

Sepuluh tahun yang lalu, seorang teman pernah berkata, "apa gunanya telefon kalau tidak digunakan..." -- ini bukan iklan Telekom, aku dah tak kerja dengan Telekom dah. Kata-kata ni sebenarnya bukanlah diucapkan secara direct, tapi ditulis pada kad ucapan selamat hari raya.Dulu, lepas SPM, aku tak rajin nak hubungi kawan-kawan sekolah. Aku banyak menyepikan diri di rumah je, buat part time jual jambu. Untung jual jambu tu boleh lah tampung sikit-sikit perbelanjaan dekat universiti. Ada tak ada pun, cumalah menghantar kad ucapan selamat hari raya. Aku pun tak tahu kenapa aku menyepikan diri, mungkin sebab aku tak tahu apa yang hendak disembangkan.Bila aku dah melangkah ke universiti pun aku masih jarang-jarang hubungi kawan masa sekolah. Ada...

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons