Monday, February 09, 2009

Hindustan Jom

Hari ni bosan2 kat opis, aku pun bukak you tube layan hindustan. Lagu apa aku layan? Lagu Dil Ka Rishta dr filem Yuvraaj dan lagu Desi Girl dr filem Dostana.


~ YUVRAAJ ~

Pelakon : Salman Khan, Katrina Kaif, Anil Kapoor, Zayed Khan & Boman Irani (pelakon utama je aku kenal)

Cerita ni mengisahkan mengenai Deven (Salman), anak jutawan kat London, yg kena halau dr umah sewaktu remaja. Jadi Deven pun lepas kena halau dia dok merempat le. Deven berkenalan dgn Anu (Katrina) dan nak kahwin ngn Anu tp bapak Anu, Dr Banton (Boman) tak suka kat Deven. Dr Banton rancang nak kahwinkan Anu dgn anak kawan dia. Pada masa yg sama Deven dpt tahu bapak dia dah meninggal so Deven buat perjanjian dgn Dr. Banton yg dia akan jd jutawan dlm masa 40 hari, kalau dia tak jadi jutawan baru Dr. Banton boleh kahwinkan Anu dgn org lain. Tanpa Deven sedar bapak dia sebenarnya dah wariskan semua harta kat abg dia yg terencat, Gyanesh (Anil). So dr sini le bermula komplot atr Deven ngn adik dia, Danny (Zayed) utk rampas harta tu dr abg diorang. Dan komplot ni semua actually makin merapatkan jurang dan kasih sayang di atr diorang adik beradik.
Komen aku :

Cerita ni boleh tahan le, nak kata besh sgt pun tak, nak kata tak menarik pun tak. Dan sbb utama aku beli citer ni pun sbb Salman berlakon.. :siol:.. Buat at the end of the story agak touching. Citer ni actually pasal kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Antara semua benda, famili is the most important thing, and you can throw away everything even the one you love just because of your famili. seperti biasa mesti ada penjahat yg cuba rosakkan hubungan diorang adik beradik.


Dil Ka Rishta (kalau tak silap aku). Klip lagu dr Yuvraaj. Atr byk2 babak, inilah babak yg paling touching dlm filem ini sehingga mampu mengalirkan air mata aku.. wakakaka... :p. Even aku tak brape gemar dgr lagu asli india dlm ni, tp aku suka musik okestra yg dimainkan.


~ DOSTANA ~


Pelakon : Abhishek Bachan, John Abraham, Priyanka Chopra, Khiron Kher & Bobby Deol.

Dostana pulak mengisahkan pasal 2 org lelaki, Sam (Abhishek) dan Kunal (John) yg mencari rumah sewa. Bila diorang dah jumpa rumah yg berkenan di hati, ada satu pulak masalah. Pemilik rumah sewa hanya mahukan penyewa perempuan sbb anak sedara perempuan, Neha (Priyanka) dia tinggal di rumah tu. Oleh kerana terdesak perlukan tempat tinggal, Sam & Kunal gunakan plan G, iaitu 'PLAN GAY'.

Kunal dan Sam menyamar as pasangan gay spy dpt tinggal kat rumah tu dan diorang menyangkakan yg Neha tu mesti tak lawa mcm dia.. haha. Yes, diorang dpt sewa rumah tu dan diorang kemudiannya dpt tahu Neha is a hot babe. Dari sini lah bermula kisah2 lucu persahabatan 2 'gay'.. haha dan seorang pompuan. Tambah huru-hara bila mak Sam dpt tahu yg Sam dan Kunal pasangan gay (walaupun sbnrnya bukan), wakaka.. mmg lawak. Dan akhirnya, kedua-dua Kunal dan Sam jatuh cinta pada Neha, malangnya kemunculan bos Neha, Abhi (Bobby) sedikit sebyk menggugat diorang. Maka diorang pun menjalankan bermacam2 perancangan utk menggagalkan hubungan Neha & Abhi termasuk mempergunakan anak Abhi, Veer.

Komen aku :

Citer ni quite ok. Stakat nak enjoy2 release tension mmg boleh. Sbb citer ni lawak bersahaja yg boleh buat korang gelak. Part yg aku mmg gelak, bila mak Sam akhirnya restui hubungan Sam & Kunal (wakakaka) dan sms diorang sujud restu kat mak Sam, mak dia cakap, "semoga berbahagia dan semoga cepat dapat anak" (lebih kurang).. lepas tu mak dia ckp "oh.. lupakan".. wakakakakakaka...

So overall, mmg aku gelak tgk citer ni. Cuma biasalah, citer hindi moden... byk pompuan seksi.. huhuu.. better jgn bg budak2 tgk. Kalau akak ipar tgk lak, sure dia terpikat tgk John Abraham.. wakakaka.


Desi Girl. Atr lagu yg paling menarik dlm filem ni. Walaupun lagu hindi skang lbh byk lirik omputih, penggambaran pun kat luar negara, tp tetap apa pun, India yg lebih baik bg mereka, dan dlm lagu ni perempuan yg paling menarik pun ialah perempuan India.

3 komen:

smurf said...

ooo , peminat setia hindustan ek .. dulu ms muda2 minatlah , skrg dah kureng !

husz_nie said...

takdele peminat setia.. ni pun dah lama tak tgk.. belek2 mcm menarik baru sambar tgk.. just citer2 yg rasa menarik je.. not every hindustan...

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

waa~
n0i pun ngah m00d hindustan ni kak. haha
mana ekin ni....
minta lagu hindustan kat dia, dia x bagi2 lagi.......... urmmm~

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons