Tuesday, April 29, 2008

Aku, Pembunuh???

Semalam aku telah membunuh. Membunuh seekor makhluk yg menceroboh ke kediaman aku. Peristiwa itu berlaku seusai aku sembahyang maghrib. Seperti biasa aku akan turun ke bawah utk menjamu selera aku. Nasi yg ku beli ku keluarkan dr plastik dan ku hidangkan di atas meja. Belum sempat aku menjamah makananku, aku ternampak dia, ya, dia... memasuki rumah ku dan berlegar-legaran di ruang tamuku. Tidak, aku tidak akan biarkan dia beraja di sini. Ini rumahku, tempatku, bukan miliknya. Aku mahu dia berambus dr rumahku.

Aku pun bingkas bangun, mencapai setin aerosol (eh.. bukan bunuh nyamuk ek.. stakat nyamuk ape nak kecoh). Lantas aku semburkan kepadanya. Dia pantas berlari menjauhi aku dan menyorok di sebalik kotak2 barang ku. Aku pun mengejarnya dan menyemburkan lagi aerosol itu kepadanya. Kemudian aku menghayunkan tin aerosol itu ke arahnya dgn sekuat hati ku, maka tergoleklah dia di situ. Berdecit-decit la Cik Ti di situ menahan kesakitan akibat pukulan ku.

Ya, aku telah membunuh Cik Ti, (bukan cik siti ye... tak terlibat langsung ngn siti nurhaliza ke, siti sarah ke, siti musliha mahupun siti sifir... ceti pun bukan) atau nama glamernya ialah Cik Tikus. Actually tak sampai hati gak nak bunuh, tp aku lagi tak rela kalau tikus tu bermaharajalela dlm rumah aku. Nak2 lagi ada susut yg dah kena berak ngn kencing ngn dia. So, kepada tikus2 sekalian, kalau rasa tak nak kena bunuh, jgn cuba2 mengaco di rumahku.

Besar gak saiz tikus yg mampus semalam, ada la sebesar tapak tgn aku. Ni kalo bg kat ca ya nun alip ni, siam ka, selamat jadi gulai atau kena goreng ni. Ermm.. yum yum.. ahahaha. Bosan je korang baca entry ni kan.. dah la ayat tah pape.. lintang pukang... hahaha.. nasib la.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons