Saturday, April 05, 2008

TAG : 8 Fakta Rambang Mengenai Aku


Aku telah di tag lagi. Kalau dahulu aku di tag oleh sang JEJERZ, kini aku di tag oleh sang Lemon pulak. Tak buat karang, kecik lak ati dak LEMONADE tu. Sian lak kat dia. Erm, tajuk tag kali ini ialah '8 Random Fact About ME'. Tapi di sebabkan aku tak reti bahasa omputih ni. Jadi aku buat dlm bahasa melayu le ye. Boleh le ye lemon ye.

Maka inilah 8 fakta rambang mengenai aku :


1. Aku ialah seorang perempuan. Tulen tau... bukan tiruan, walau aku tak selembut dan seayu sebagaimana wajarnya seorang perempuan... haha.

2. Aku ialah anak ke-5 dari 6 org adik-beradik dan merupakan anak perempuan bongsu dlm famili aku. Takde le manja sgt, tp kalau sekarang ni umi ajak tido sekali ok je.

3. Aku tak pandai memasak dan tidak berapa gemar memasak, tp sekali aku masak, sedap tau, jgn di buat main2. Hahahahahahahahaha.. pasannya dia.

4. Aku ialah seorang yg biasa2 aje. Takde apa2 yg menarik mengenai aku. Aku hanya seorang insan yg membosankan, tidak begitu peramah, tidak begitu baik hati, panas baran dan selebet. Tapi sapa2 yg dah kawan ngn aku mesti suka aku.... wahahahaha... skali lagi pasan.

5. Aku suka baca komik. Segala mcm jenis komik jepun, Dragonball, Dragon Quest, Kekkaishi, Doraemon, Yaiba, Devil2, Det. Conan, Penyiasat Remaja, Inuyasha, 666 Satan dan macam2 lagila. Baca doraemon macam budak2? Lantakla. Aku suka. Dah hampir penuh pun koleksi doraemon aku. Sanggup ikat perut semata2 nak beli komik. Namun sekarang kedai utk mendapatkan komik adalah jauh dr rumah aku maka aku selalu kekecewaan bila komik yg aku baca tidak berjaya aku dapatkan.... huhu. Aku juga cukup pantang kalau org pinjam komik aku tp tak reti jaga. Kalau ade koyak, siap, jgn harap org tu akn dpt pinjam komik aku lagi lain kali. Kirim salam la. Dan aku juga suka baca novel, macam2 novel aku ada. Bilik aku ada mini library aku sendiri. Novel aku juga cukup kedekut utk aku pinjamkan kepada org lain.

6. Aku meminati cerita2 fairy tale dan cerita yg seumpamanya tu yg ada mitos, magik2 dan adventurous (betui ke aku eja ni) macam cerita Cave of Golden Roses (Tarabas... hensemnya dikau), Lord of The Ring (uh.. tak dpt ku lupakan si Legolas), Harry Potter (sayang takde pakwe ensem yg leh wat terpikat.. ade budak2 je..huhu), Narnia dan pelbagai lagik yg seangkatan.

7. Aku meminati SALMAN KHAN & FAHRIN AHMAD. Aku tak pedulik korang nak kata apa. Aku nak minat gak. Ala... minat je kan... bukan ada pape.. kekekeke (ayat kaber supaya kalo linda onn baca blog aku die tak jeles... hahahahaha). Kalau korang kutuk Salman tu memacam pun, aku tak heran. Aku tetap minat dia...hahaha.

8. Aku seorang yg gemuk. Bukan tidak berusaha utk mengurangkan berat badan, tp susahla. Makanan-makanan itu begitu melambai-lambai dgn rintihannya yg begitu menyayatkan hati meminta aku memakan dia. Jadi aku tak sampai hati utk tidak makan dia. hahaha

Ha.. cukup pun lapan. Sebenarnya begitu susah untuk aku membuat tag nan satu ini. Aku rasa soklan TAG ini lebih2 lagi susahnya dr soklan JLBM yg aku buat. hahaha.. sebab tiada apa yg fakta mengenai aku melainkan auta belaka. Tp keranamu lemon, sanggup aku memerah kepala aku dgn mesin perah tebu utk memberikan lapan fakta ini. Maka dgn ini, saya mengaku, bahawa fakta ini adalah benar2 belaka dan tiada auta.

Dan sekarang, org2 yg aku ingin tag pulak adalah seperti berikut.

- Venez
-
Whitedolfin
-
Rhea
-
Katarsis
-
Mashimie82
-
Kiara

Mcm ramai le pulak yg aku tag. hahahaha. Barang siapa yg tidak membuat tag ini, maka dia akan berbau kambing. Hahahahaaha (sila gelak dgn nada yg cukup-cukup jahat).

1 komen:

Anonymous said...

erk!! kena buat macam ni ke? ok..ok..rhea try buat la..

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons