Wednesday, April 09, 2008

Pasembor - macam2 ada

Apa kaitan entry ini dgn pasembor? Kerana ia bercampur2 mcm pasembor. Macam-macam cerita ada. Tapi tak sedap mcm pasembor. Membosankan adalah. Kenapa pasembor? Kenapa tidak rojak? Kenapa tidak pechai? Kedua2 ini bercampur gaul juga. Sebab aku bercadang nak makan pasembor kejap lagik.. kekekeke..

Cerita 1 - air pasang pagi

Sapa dah dgr Amri menyanyi? best woo.. sedap.. kalah sore mawi, kalah sore pejal tahir, kalah sore m nasiaq. Atr lagu peberet Amri....

"Air pahang maham... suhut pukul 5.. nyoha bahun pagi siham pokok bunga... pokok bunga mehur... tanham tephi koham.. ithik betehur ayam mendeham"

Gelak aku sorang2 dengar rakaman nyanyian dia.... hahahaha

Cerita 2 - kami nak rompak atih

Sabtu lepas aku gi lepak rumah Yong. Yong takde kat umah... die pegi obesee... si Amri pulak hari2 nak pakai baju baru, baju lawa... sambil teriak2 nak balik indon.. nak balik indon. Jadi ari sabtu tu aku bawak diorang keluar jalan2 pegi Carrefour. Berteriak sakan le masing2, nak ikut.. nak ikut.. nak ikut.. tp teriakan yg paling aku ingat.. ialah dari Aliah..

"Nak ikut.... nak ROMPAK atih".... hampeh.net tul.. hahaha.. rompakla.. selagi atih mampu utk dirompak....

Cerita 3 - haiwan berdarah sejuk

Kadang2 aku sangsi.. betulkah mamalia itu berdarah panas? Aku mamalia.. tp aku rasa aku berdarah sejuk. Aku betul2 tak thn kesejukkan. Duduk di bilik opis yg beraircon dan hanya bersuhu 20 darjah celcius ini pun aku sudah mengigil kesejukan. Sweater tebal lagi aku pakai. Stokin tebal pun aku pakai. Seluar pula sentiasa jeans Tp menggigil lagi. Mmg tak boleh pergi ke negara bermusim sejuk, mahu beku aku di sana.

Cerita 4 - emergency leave

ya smalam aku amik emergency leave.. kenapa? ada byk urusan dan ada family matter. Betul.. apa family matternya, itu hanyalah utk dikongsi bersama ahli keluarga. Selain itu aku lupa kunci gate rumah. Pintu rumah aku kunci.. gate rumah aku lupa kunci. Sampai opis bila nak simpan kunci rumah baru perasaan mangga terlekat pada kunci. Tepuk dahi aku sambil berdoa pada Allah, moga2 takde pape yg terjadi. Kuar2 je opis kul 12, terus bergegas balik umah. Kunci pintu pagar. Pastu pi CC, print borang mintak kerja. Pastu pi cari guru besar utk pengesahan sijil tp tak de org pun. Start kete trus ke kulim, for the 'Family Matter'. Akhirnya aku ke Sek Men Lunas minta pengesahan ngn penyelia petang sana.

Lepas tu bersiap2 pulak ke airport Bayan Lepas jemput Yong & Chor yg pulang dr UK (ulu kelang?). Sempat lah lagi di rompak oleh Aliah, Haikal & Amri. Seronoknya budak2 tu lihat umi & abah diorang balik.

Cerita 5 - musim bosan belum berlalu

ari ni? masih sama mcm biasa. aku masih kebosanan. bilalah agaknya musim bosan aku akan berlalu. bilalah aku nak dpt kerja lain. huhuhu . aku dah menyampah ngn keletah NB.



0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons