actually aku nak update citer ni dr jumaat ari tu, tp tak berkesempatan. So ari ni baru aku berpeluang update pasal ni.
Inilah kisah Di Suatu Hari, Di Hari Jumaat....
JUMAAT, 13 June 2008..
Hari ni aku ada interview pada pukul 4.30ptg. Kalau biasanya aku cuma pakai kasual je ke ofis (jeans, t-shirt, selipar), hari ni pulak agak berlainan sket. Aku pakai blouse, slack ngn heels. Iyelah, org ada interview kan, takkan nak pakai selebet2 cam slalu tu. Tudung pun aku tak selempang macam biasa, sebaliknya aku pinkan elok2. Serba biru aku pada hari tu, slack biru, blouse biru, tudung biru, heels je hitam... kekeke.. bila pandang ke cermin, aku sendiri pandang balik rupa aku 2-3 kali.
Nak tengok? erm.. aku tunjuk sket je tau...
Aku sampai je kat opis, Deepa pandang aku atas bawah, atas bawah. Aku tak butang baju ke? Bila dah dekat ngn deepa, baru dia senyum kat aku.
Deepa : I ingat sapa tadi...
Sah dia tak cam tadi. Ye la, brape kali je aku pernah pakai formal, office wear sejak kerja dekat Dell. Boleh dibilang dgn jari sebelah tgn. Seingat aku, hari pertama aku masuk Dell, masa Care anjur wear office cloth, pastu masa sambutan merdeka, dgn hari ni.. erm.. baru 4 kali ek.. kekekekekke. Selebihnya jeans dgn shirt.
Ok, pendekkan citer. Takkan aku nak citer apa aku wat spjg ari kat opis kot.
Ptg tu abis je keje kul 4 (aku tukar shift ngn Tim. Patut aku abis keje kul 5), aku terus cabut. Ronda lebih kurang depan QB mall, aku jumpa gak restoran kapitan tu. Panjat naik atas. sampai depan opis tu, baca bismillah dulu... huhuhu.. ketaq ni.. ketaq.
Tak lama lepas aku isi borang, aku masuk dlm bilik interview. Sapa tukang interviewnya? Branch Manager opis tu sendiri yg interview aku. soal jawab lebih kurang. Alhamdulillah, doa aku makbul. Interview berjalan lancar, lidah aku pun lancar, tak gugup, tak gemuruh. Jadi.... apa result interview??
Well, lepas interview semua bergantung kepada aku. Samada nak terima aku tidak. Itulah yg ditanya oleh manager tu pada aku.
"It is up to you wether you want to accept it or not. You can think first if you want. I don't want you to accept this offer just because you will be jobless after this"
ahhh... ye.. keputusan kat tgn aku. Tapi aku tak reti nak buat keputusan. Apatah lagi aku ni mmg lemah bila bab buat keputusan. Berserabut jugak kepala otak aku. Ye, tak sangka sebenarnya aku boleh dpt job tu dgn hanya kata YA aku nak kerja kat situ. Tapi, gaji yg ditawarkan lebih rendah dr gaji aku sekarang. Even ada elaun, masih apa yg aku dpt bersih kat Dell skang lebih lumayan. Dan bukan hanya gaji yg aku fikirkan. Kerja shift malam aku rasa aku boleh tolerate lagi. Cuti tak menentu hari... skang pun either sabtu atau ahad aku kerja. Dan dr apa yg diberitahu kat situ ada peluang permanent, cuma perlu tunggu percubaan 3 bulan. Erm.. tp bukan itu ke yg Dell janji kat aku dulu? Dan skang dah 2 thn... aku masih contract staf.
Lepas habis interview, aku terus ke QB mall utk buang masa. Nak balik pun dah pukul 5 lebih. Sebab tak mahu sangkut jam terpaksala aku merayau kat situ. Dan di QB mall pada ptg itu, kelihatanlah seorang gadis berpakaian serba biru, mengatur langkah dgn begitu ayu sekali. Catwalk?? Ha.. catwalkla, tak tahu, aku tgh kontrol supaya tak jatuh terkelendat menyembam cium lantai soping mall tu... tu yg ayu je atur langkah tu..huhuhu.. aku mana biasa pakai heels, beli ni pun ngn Nyah, masa nak raya thn lepas. Kalau tak Nyah yg bising suh aku carik kasut bertapak, mahu aku tak beli heels ni.. huhuhu. Lama2 ronda situ, aku dah start rasa sakit tumit, sakit pinggang memakai heels. Heran aku, mcm manala kaum perempuan (mcm aku bkn pompuan lak sebut camni.. huhuhu) leh pakai heels, merayau pusing satu soping komplek ni. Aku baru sat dah rasa kebas kaki. Bkn tinggi pun heels aku, seinci je rasanya... ke seinci setengah.. erm...
Aku betul2 buntu. Fikiran aku berbolak balik. Malam tu aku habiskan masa sembang kat internet dgn Akak Liza. Semata2 utk kosongkan fikiran aku. Aku senaraikan baik buruk keja dgn Dell dan juga tempat kerja baru pada kak liza, walaupun sbnrnya lbh kpd utk makluman aku sendiri. Mujurlah kak liza tak bosan jd tempat mengadu aku malam tu. Mekasih akak. Yong dgn Nyah pun tak lupa tanya pasal ni, mekasih. Kalau diorang dekat sure lebih pjg aku borak dgn diorang. Nak chat, Nyah takde tenet, Yong pulak kang Aliah ngn Haikal lak yg berchat.. huhuhu. Sampai pukul 12 lebih jugak la kak liza temankan aku.
Dah sembang ngn kak liza, rasa lega sket. Tp aku masih tak dpt buat keputusan. Masuk JL, sambung bersembang ngn Akak Dop lak. Sampailah membawa ke pukul 3 lebih nak masuk ke pukul 4, aku dah rasa makin ringan sket kepala otak ni. Aku ambil wuduk, solat sunat dan terus buat istikarah. Lama jugalah aku sujud di sujud terakhir, berdoa mohon Allah beri petunjuk kepada aku.
Elok aku hendak lelapkan mata, terdengar satu bisikan, sekaligus aku terbayangkan sesuatu, dan mcm2 benda lagi yg aku tak terpikir sebelum tu masuk dlm pala otak aku. Tp aku masih was was lagi. Esoknya, aku balik kg, sembang dgn umi dan abah. Dan akhirnya, aku nekad dgn keputusan aku.
Apa keputusan aku? Erm... aku masih bekerja dgn Dell, at least sampai end of this July or until next year if they renew my contract. Tak menyesal ke lepaskan peluang keluar dr Dell?? Tak.. sbb aku dah buat keputusan. Aku percaya, rezeki Allah yg bagi, ada rezeki aku tak kemana. Insyallah....
P/s : apsal aku suka karang citer pjg2?.. huhu.. tak reti le nak pendekkan citer. Ni pun rasa mcm patut pjg citer lg ni...
8 komen:
ekekeke....rasa glemer lak.akhirnya dapat gak wat kputusan. apepun semoga ianya terbaik wat tempe...
ekekekekke... mekasih...
aku pon suke karang panjang2.. kadang2 nak pendekkan pon jadi panjang... cannot help it.. ekekke
all the best dalam apa jua keputusan yang ko buat.. ai sapot u taww!!`
ekekeke.. itula...
mekasih....
alohh..kejo dell ke dia nih..bukit minyak ehh\?????
ko ingat dell kecik?
tak nyosal keeeee??? musti dia sayang nk tinggalkan nyonya bukit tu
hahahahahah
tak kose le nak sayang nyonya bukit tu... tak mandi pagi
Post a Comment