Friday, August 15, 2008

Melayu Melatah?


Latah.. apa itu latah? Sapa yg tak tahu pasal latah? Sapa yg tak pernah tgk org melatah?

Latah bukanlah sejenis penyakit mental, walaupun pelatah selalunya hilang kawalan terhadap apa yg mereka lakukan. Latah boleh dikatakan sebagai tindakbalas secara spontan samada dr segi perbuatan mahupun pertuturan akibat terkejut. Apa yang menariknya, fenomena latah ini hanya berlaku di Asia amnya dan pada rumpun melayu khususnya. Walau pun di Malaysia ada juga kita jumpai tingkahlaku latah pada kaum lain namun kebanyakkannya adalah lebih kepada kaum Melayu.

Nak tahu lebih lanjut mengenai latah? Apelagi, google lah. Ekekeke.

Dulu masa aku kecik2, aku suka cucuk opah aku bg melatah. Tp lepas opah melatah, opah nampak penat sangat.. sian opah. Jahatkan aku kan. Masa aku sekolah menengah lak, Fizah suka melatah. Dia pulak jadi mangsa aku.. huhuhu.. mmg jahat. Dua2 dah takde sekarang. Al-Fatihah untuk Arwah Opah dan Arwah Fizah.

Kenapa tiba2 aku bercakap pasal melatah pulak ni? Hehe.. sebab skang merata aku tgk org melatah.. tukang cucuk pulak ramai. Kat TV (berita), dalam paper, kat forum, dalam blog.. ekekeke. Ramai org tgh melatah skang ni.

p/s : aku melayu jati...

1 komen:

farhana said...

huh!! naseb baek sy x mlatah!!~

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons