Saturday, August 30, 2008

MERDEKA!!!!!???


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Selamat hari ulangtahun KeMERDEKAan yg ke-51 buat seluruh warga Malaysia. Semoga tanahairku ini akan terus merdeka.

Ya Allah, syukur kepadamu Ya Allah kerana mengurniakan kemerdekaan ini kepada kami, kerana mengurniakan bumi bertuah ini kepada kami. Semoga tanah merdeka ini akan sentiasa berada di bawah rahmat dan berkat darimu. Semoga bumi merdeka ini akan terus makmur, aman dan maju ya Allah. Semoga bumi merdeka ini akan terus merdeka buat selamanya, merdeka dari penjajahan, merdeka dari kejahatan, merdeka dari kezaliman dan merdeka dari kekufuran. Semoga syiar Islam, semoga nur-Mu akan terus menyinar di tanah merdeka ini. Semoga Malaysia ini akan terus damai di bawah pimpinan pemimpin yg berwibawa, adil dan saksama, yg taat pada perintahmu serta diredhai oleh-Mu, Ya Allah.Amin Ya rabb..

Dan di hari merdeka ini, berkatilah dan sejahterakanlah roh hamba2-MU yg telah byk berkorban dan berjuang untuk memerdekakan tanah air ini. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan mereka amat besar bg kami. Amin.

Azam dan Saiful mengibarkan jalur gemilang... (gambar thn lepas)

patriotik tak aku?? hahaha.. bkn blog je penuh jalur gemilang.. kereta pun sama.

Tahun ni aku rasa kurang semangat merdeka. Apa tidaknya, dah nak hujung ogos, baru 3-4 buah kereta sahaja yg aku nampak kibarkan bendera pada kereta mereka. Malah, ditepi2 jalan juga kurang dihiasi bendera. Yg byk hanyalah bendera parti2 politik. Al-maklumlah, baru lepas raya. Kalau tahun2 sebelum ini, bendera menghiasi setiap kereta di jalanan. Ada yg kata, tidak kibar bendera tak semestinya tidak patriotik.. ya.. mudah-mudahan begitulah.

Malam merdeka ini, mcm malam2 merdeka yg sudah2. Aku tak kemana pun utk sambut merdeka. Cukuplah sujud syukur di rumah, kerana lahir di bumi merdeka.


Sekali lagi..

MERDEKA !!!!!!!
:astig:

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons