Wednesday, April 29, 2009

T-shirt oh T-Shirt

T-shirt intel ni, ada byk kat rumah. Sorang satu dpt, Yong yang bagi. Tapi semua serupa aje. Jadi bila basuh, tak tahu ni t-shirt sapa, ni pulak t-shirt sapa??. Kadang2 dah lipat tgk2 dlm almari ada dua t-shirt serupa, ah sudah, ni t-shirt sapa pulak.Cari pen marker sebatang, jom mulakan projek membezakan t-shirt. Tanganku dah gatal nak menconteng.Ni t-shirt Zainal, James Bond konon, aku suh tulis jebon tak nak.Ni t-shirt Zainal, James Bond konon, aku suh tulis jebon tak nak.Lastly, taraaa… nilah t-shirt aku.. Jadi korang semua, kalau ada problem yg sama, ape lagi, cari pen marker sebatang, serlahkanlah kejelitaan anda… ops.. silap… serlahkanlah kekreativitian anda. Ok, lepas ni, semua boleh pakai t-shirt yg sama… kita wat bor...

Monday, April 27, 2009

Kura-Kura itu, aku yg punya…

Tak lama lepas aku sakit hari tu, kucing bg terbalik bekas kura-kura aku, pecahla bucu bekas kura-kura2 tu, kura-kuranya dah lari keluar, habis hilang. Pagi2 lepas subuh, aku dgr Zainal berteriak, dia nak keluar pergi kelas, “Kak Idar, kura-kura hang hilang dah”. Yang tinggal bekas kosong dgn pelantar konon batu tp lastik tu yg dah patah.Jenuh lah aku pusing keliling rumah mencari kura-kura aku. Hampa rasa bila kura-kura yg aku bela dari sebesar syiling 50 sen skarang dah sebesar tapak tgn hilang. Pusing punya pusing, tiba2 aku nampak ada benda dok menguit kat paip tepi rumah. Rupa2nya si Kuri, dia tersangkut kat celah paip tu. Alhamdulillah, rezeki aku lagi, dia tak terjun masuk parit lagi. Dah jumpa Kuri, melilau pula mencari Kura, tp tak...

Yang lebih kambing dari kambing..

Orang lain bela kambing, dia pun nak bela kambing. Orang lain buat kandang elok-elok kurung kambing, bila dilepaskan pun ditambat ke pokok atau tiang, supaya kambing tak ganggu tanaman org lain, tapi dia lepaskan saja kambing dia merata, masuk ke tanah-tanah orang, meragut tanaman-tanaman orang, pokok bunga orang.Masalah ini mungkin tidak berlaku di bandar, tiada orang yg hendak bela kambing di bandar. Tapi di kampung ia sudah menjadi satu masalah bagi orang sekeliling bila mana kambing tu dibiarkan bebas begitu sahaja merosakkan tanaman orang lain. Siapa yg tak marah bila pokok yang dibaja, disiram setiap hari, malah sesetengah pokok bunga itu cecah harga puluhan, habis dimamah dikunyah kambing. Mulut kambing pula berbisa terhadap pokok, pokok2...

Wednesday, April 22, 2009

Simple & Plain

Setelah lama plan nak tukar layout, baru kali ni aku dpt tukar. Kali ni aku pilih yg simple & plain je, supaya blog aku nampak kemas tp tak kelihatan sarat. Selalunya aku cari layout yg fancy2, mcm layout aku yg sebelum ni berbunga-bunga. Kiranya ni le kali pertama aku pakai yg jenis simple habis dan skema.Tiba2 terasa mcm diri dah tua, dah tak sesuai lagi nak fancy2 mcm budak2. Hahaha. Itu sebab pilih yg simple2 aje. Asalkan aku rasa puas hati sudah la. Spjg dua tahun menceburi bidang blog, dah bermacam2 layout aku pakai.Layout yang satu ni pun tgklah boleh bertahan sehingga bila. Aku ni jenis cepat bosan. Kalau rasa tak best nanti aku tukar le lain. Takpun pakai balik layout lama. Biasalah manusia, cepat bosan. Menulis blog je yg aku...

Perkembangan Jari Aku - #1

Lanjutan dari pengalaman dicium sang kapak...** AMARAN **Ibu-ibu mengandungdan orang lemah semangat DILARANG TENGOKAku selalu snap gambar jari aku, sbb nak tgk perkembangan jari aku. Tapi gambar tak berapa clear sbb aku ambil guna camera phone aje. Kiranya aku bertuah jugak sbb cuma satu taring ular tu aje yg terbenam di telunjuk aku sdgkan Ular Kapak biasanya ada 4 taring berdasarkan ckp MA di klinik kesihatan Karangan. Means 3 lagi taring miss, tak kena pada jari. Jari hantu aku pula cuma ada kesan calar maybe sbb taring ular tu tak sempat terbenam kat situ, aku dah tepis ular tu dulu. Kalau tidak, dgn jari2 hantu tu skali slamat. 22 Feb, selepas kena patuk.A : lubang bekas patukB : gelembung air bisa 23 Feb, selepas 2 kali kena toreh....

Monday, April 20, 2009

Aprilfool

Gambar pancung kepala ehsan graphic guru, Diablo.1 April datang setiap tahun sama ada kita suka atau tidak. Setiap kali tibanya 1 April pasti ada puak2 yg akan merayakan sambutan Aprilfool seperti mana pasangan-pasangan kekasih asyik merayakan Valentine Day pada 14 Februari.Sebagaimana Valentine Day, Aprilfool juga merupakan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam Malaysia dan seterusnya menjadi ikutan rakyat setempat. Aprilfool dikatakan hari untuk mengenakan orang. Pada hari ini, mereka yang menyambut Aprilfool akan melakukan pelbagai cara untuk mengenakan orang lain sama ada rakan mereka, ahli keluarga mahupun musuh. Jadi pada hari ini pasti ada orang yg mengenakan orang lain dan juga yang terkena.Pada hari inilah kita boleh lihat ada orang...

Friday, April 17, 2009

Pengaman dicium Sang Kapak - Part 6

10 Mac 2009, Selasa – Berjumpa Dr Norizah.Pagi tu aku pergi lagi ke klinik berjumpa dgn Dr. Norizah. Mcm Dr. Azmi, Dr. Norizah juga lebih berdiplomasi kalau nak dibandingkan dgn doktor hospital, lebih meyakinkan dan memberi harapan bukannya membunuh harapan. Katanya, kita berusaha, insyallah sembuh.Dr. Norizah buat small operation buang isi2 yg dah mati, yg kaler hitam2 dlm gambar sebelum ni, supaya isi baru boleh tumbuh. Sekeliling jari aku dibius, proses bius ni juga dah cukup memedihkan. Lepas bius boleh nampak kesan2 cucuk di sekeliling pangkal jari aku. Dr. Norizah siap pesan, kalau berani tgk boleh tengok, kalau tak berani paling muka ke lain. Spjg proses doktor buang isi2 mati tu, tak sekali pun aku palingkan muka. Apa yg aku lihat agak...

Thursday, April 16, 2009

Pengaman dicium Sang Kapak - Part 5

26 Feb – 8 Mac 2009Sepanjang tarikh ni aku tak pergi jumpa mana2 doktor. Aku apply cuti lima hari. Aku cuma duduk di rumah try ubat-ubatan cara tradisional, Gamat (yg air yg jeli semua aku bantai), air Zam Zam, madu, pati ikan haruan, dari yg pahit ke yg manis semua aku telan. Luka pula aku cuci sendiri hari2, atau Umi yg cucikan. Kak Midah (sepupu aku kerja nurse) bg sebotol air pencuci luka, Umi pula beli semua perkakas cuci luka, kapas, kain kasa, pengepit, pembalut dr farmasi.Aku jadi takut nak jumpa doktor, takut sbb sejak duduk di hospital tak habis2 yg keluar dr mulut doktor ialah nak potong jari aku. “Kita tgk dua hari macam mana, nanti kita potong”. Sampaikan quote ni dah jadi among famous quote atr aku ngn adik aku. Sakit apa2 je...

Wednesday, April 15, 2009

Pengaman dicium Sang Kapak - Part 4

Inile lebih kurang rupe ular kapaknya yg mematuk aku. Bahse omputihnya Malaya Pit Viper.26 February 2009, RabuSeawal pagi aku dah dikejutkan, untuk suntikan antibiotik (aku pun tidur2 ayam je, tak boleh lena). Setiap 6 jam sekali diorang akan berikan suntikan antibiotik. Setakat ini itu ajelah medication yg diberi. Takde lain. Suntikan antibiotik ni lebih memedihkan dari air berubat (ada air biasa ada air dgn tabung ubat.. dua2 aku dah rasa) yg dimasukkan melalui drip. Suntikan antibiotik ni pun dimasukkan melalui lubang drip juga tp pedihnya, pergh.. berkali ganda pedihnya dari luka yg dibubuh garam. Menggetar2 tgn aku menahan pedih.Yang aku paling geram ngn mulut cabuk sorang nurse tua ni. Ada ke dia boleh ckp mcm ni kat aku, “yang pi sua...

Tuesday, April 14, 2009

Pengalaman dicium Sang Kapak - part 3

25 February 2009, RabuPagi2 lagi aku dan Umi dah bertolak dr rumah Yong. Kami balik ke rumah dulu, selepas makan tengahari barulah ke Hospital Taiping. Cadang aku nak buat temujanji dgn doktor pakar sahaja, tanya mengenai rawatan yg akan diberikan dan kalau boleh aku nak berulang hari2 utk treatment. Tapi kata diorang aku kena jugak masuk wad.Dari tengahari bawak ke lewat petang, aku duk kat unit kecemasan, barulah aku dimasukkan ke wad. Pergh, lembab gila buat kerja. Lepas tu, sampai wad ortopedik, takde katil kosong, semua penuh. Last2, aku diletakkan di ‘Isolation Room’. Di bilik pengasingan diorang letakkan aku, macam orang kena sakit berjangkit yg kronik pulak. Duduk sorang2 di bilik yg luas tu, lepas tu orang masuk2 aje ke wad dah boleh nampak aku, menambahkan tensen aku.Ptg tu seorang...

Friday, April 10, 2009

Pengalaman dicium Sang Kapak - part 2.

23 Februari 2009, ISNIN.Sebelum ni aku bukannya tak pernah tidur di hospital, tp bukanlah sbg pesakit, tp sebagai org yg menunggu org sakit..huhu. Tak terlintas dekat kepala otak aku ni yg satu hari aku akan tidur di hospital sbg pesakit. Hari kedua di wad, aku rasa bosan. Ada ke Yong bg aku majalah Anjung Seri utk aku baca. Huhu.. beli la Ujang ke, G3 ke, Gila-gila ke, APO ke, baru le best utk dibaca.Yang paling menyeksakan nak ke tandas, kena usung tiang pulak utk gantung botol, dah la sbelah tgn dah diikat dgn besi mmg takle nak gerak bebas, tgn tu pun nak kena gantung gak. Ada skali drip tu terberetuh kat pelapik tandas, pergh… menonyeng-nonyeng aku menahan pedih. Nak mandi pun payah, mujurlah Umi dtg tengah hari tu tlg lapkan badan.Dlm lbh kurang pukul 11 pagi, doktor perempuan (aku bg...

Monday, April 06, 2009

Pengalaman dicium Sang Kapak - part 1

Pengalaman ini harapnya biarlah sekali seumur hidup. Tidak ingin aku mengalaminya lagi dan tidak harap mana2 ahli keluarga aku mahupun sahabat taulan mengalaminya. Walau mcm mana pun aku redha dgn ketentuan Allah. Apapun yg berlaku pasti ada hikmah (bukan hikmah anak pakcik Kamaruddin) di sebaliknya. So, inilah cerita aku, Nk ringkas lagi dah takle.. tak rajin baca toksah baca.. kekeke. 22 Februari 2009, AHAD.Eh… gigi aku gugur?? Habis satu persatu gigi aku gugur? Kenapa?? Kenapa?? Tak mahu la gugur. Tak nak la pakai gigi palsu. Eh.. aku mimpi je ni.. mesti ni.. kalau tak takkan gigi aku gugur senang2 je? Pergh, dlm bermimpin tu sempat lg sedar diri tu bermimpi.Satu tendangan dari Haikal, aku pun terjaga. Huh.. buas tul budak Haikal ni tidur....

Pages 381234 »

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons