Orang lain bela kambing, dia pun nak bela kambing. Orang lain buat kandang elok-elok kurung kambing, bila dilepaskan pun ditambat ke pokok atau tiang, supaya kambing tak ganggu tanaman org lain, tapi dia lepaskan saja kambing dia merata, masuk ke tanah-tanah orang, meragut tanaman-tanaman orang, pokok bunga orang.
Masalah ini mungkin tidak berlaku di bandar, tiada orang yg hendak bela kambing di bandar. Tapi di kampung ia sudah menjadi satu masalah bagi orang sekeliling bila mana kambing tu dibiarkan bebas begitu sahaja merosakkan tanaman orang lain. Siapa yg tak marah bila pokok yang dibaja, disiram setiap hari, malah sesetengah pokok bunga itu cecah harga puluhan, habis dimamah dikunyah kambing. Mulut kambing pula berbisa terhadap pokok, pokok2 yg dimakan kambing biasanya terus layu dan mati, tak tumbuh semula.
Bila orang sekeliling bising-bising, paling tinggi jawapan yg dikeluarkan oleh tuan punya kambing ialah, “halau la kambing tu”, “pagarla pokok-pokok tu”. Kita pula yg disuruhnya buat pagar, disuruh menghalau kambingnya. Apa dia ingat kambing dia tu paham bahasa orang?? Kalau dia yg tuan punya kambing tak paham bahasa manusia, tak berakal dalam membela kambing, dia harap kambing2nya paham bahasa manusia. Dihalau berapa kali pun, kambing itu tetap datang semula, meragut dan meragut asal boleh kenyangkan perutnya. Takkan kita hendak tunggu pula pkok2 tanaman kita 24 jam semata-mata tidak mahu di makan kambing?? Dan kerana kambing2 si bangsat gembala kambing ni hendak di buat pagar sepanjang-panjang rumah? Bukan semua orang berduit nak buat pagar rumah, buat pagar rendah, kambing tetap boleh lompat masuk, buat pagar tak kukuh, di langgarnya pula rebah.
Bila dimarah-marah orang sekeliling, dgn selamba badaknya dijawab oleh ibu kepada si gembala kambing (yg mana badak sendiri pun tak seselamba itu walaupun saiz badak dgn ibu tuan punya kambing tu lebih kurang aje), “kita nak bela kambing ni kena buat pekak telinga”. Bukan telinga saja yg dia pekakkan dr mendengar rungutan2 dan amarah org sekekeliling, mata juga dia butakan dr melihat kerosakkan yg dilakukan oleh kambing-kambingnya. Jangan nanti dpt balasan tuhan, dibutakan dan dipekakkan sungguh. Kalau dibutakan dan dipekakkan di dunia boleh tahan lagi, kalau balasan itu dptnya di akhirat nanti?? Dibutakan mata, dipekakkan telinga di akhirat, azablah kamu menanggungnya.
Apa hukumnya biarkan kambing makan tanaman orang lain? Berdosa, haram keatasnya daging kambing itu, kerana tiada redha dan tiada dihalalkan tuan punya tanaman apabila tanamannya dimakan oleh si kambing. Bila tiada dihalalkan, kambing2 itu makan sesuatu yg haram, dan menjadi darah daging kambing tu. Bila dah haram, duit hasil jualan kambing itu juga haram. Bila duit hasil jualan itu haram, dibeli pula makanan, diberikan anak2 makan duit haram, menjadi pulak darah daging anak2, tidak anak2 itu pula jadi ANAK HARAM?? Jangan kata tanaman, walhal kalau kambing kita dilepaskan ke tanah orang, memakan rumput, diulangi RUMPUT pun, tidak dihalalkan oleh tuan punya tanah, maka haramlah rumput itu jadinya.
Apalah salahnya dibuat kandang yg lebih luas dan elok utk meletakkan kambing ternakan itu? Apa salahnya minta izin tuan tanah utk ambil rumput, dan diberikan kepada kambing? Apa salahnya kalau hendak dilepaskan ke tanah pun tp di tambat elok2 di pokok, minta izin dulu tuan tanah, pasti tuan tanah pun tak marah sbb ada yg bantu membuang rumput di tanahnya. Bila ditambat pula, carilah pokok yg jauh dr tanaman, yg tegap utk ditambat kambing, bukan anak pokok yg baru nak naik, yg mana dgn sekali tarik habis patah pokok tersebut. Ini tidak, ikut suka hati laki mak tiri pak mentua nenek moyang sau pun seng aje dia lepaskan kambing dia merata.
Hendak dimarah pada kambing, apalah yg kambing itu tahu?? Jadi yg lebih kambing dari kambing ialah TUAN PUNYA KAMBING itu sendiri. Ada akal tidak mahu dipakai, ada otak dicampak. Kita buat apa pun mahukan keredhaan Allah Taala, tp dgn membela kambing dia dah mengundang dosa utk diri sendiri serta maki hamun dan sumpah seranah orang ramai.
Jadi, jangan salahkan orang sekiranya satu hari nanti kambing2 itu tergolek begelimpangan terkujur di tengah jalan. Manusia yg masih boleh sabar, yg masih ada belas bolehlah bertahan, tapi bg yg sudah hilang kesabaran, mungkin kambing yg menjadi mangsanya nanti. Tapi nasihat aku bg org2 yg hilang sabar itu, dari dibelasah kambing itu, baik ditangkap dan disembelih, kemudian lambakkan aje di depan rumah tuan punya kambing. Biar dia tahu orang marah, dan kita pula tak menganiaya kambing itu.
Pada yg hendak bela kambing, biarlah kambing sahaja yg menjadi kambing, janganlah anda turut menjadi kambing.

0 komen:
Post a Comment