Monday, April 20, 2009

Aprilfool

Gambar pancung kepala ehsan graphic guru, Diablo.

1 April datang setiap tahun sama ada kita suka atau tidak. Setiap kali tibanya 1 April pasti ada puak2 yg akan merayakan sambutan Aprilfool seperti mana pasangan-pasangan kekasih asyik merayakan Valentine Day pada 14 Februari.

Sebagaimana Valentine Day, Aprilfool juga merupakan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam Malaysia dan seterusnya menjadi ikutan rakyat setempat. Aprilfool dikatakan hari untuk mengenakan orang. Pada hari ini, mereka yang menyambut Aprilfool akan melakukan pelbagai cara untuk mengenakan orang lain sama ada rakan mereka, ahli keluarga mahupun musuh. Jadi pada hari ini pasti ada orang yg mengenakan orang lain dan juga yang terkena.

Pada hari inilah kita boleh lihat ada orang yg belakangnya tertampal dgn kertas bertulis, “Saya Bodoh, sila tendang saya” atau “Dara gersang mencari teman”, dan bermacam-macam lagi ayat yg boleh membuatkan yg terkena berasa malu. Pada hari ini juga kita boleh lihat orang tidur di padang bola kerana dikenakan rakan-rakan seasrama semata-mata kerana Aprilfool. Pasti anda semua juga pernah melihat pelbagai gelagat orang merayakan Aprilfool.

Yang mengenakan, pasti tertawa senang kerana telah berjaya mempermainkan orang lain. Manakala yang terkena pula boleh memberikan pelbagai reaksi, sama ada suka, marah, geram dan macam-macam lagi kerana telah dipermainkan. Jadi adakah budaya Aprilfool ini suatu budaya yang bagus atau tidak wajar sama sekali? Dan benarkah org yg mengenakan itu berjaya atau dialah sebenarnya yg telah terkena? Sekiranya Aprilfool dikatakan hari untuk bergurau senda, bukankah hari2 kita boleh bergurau senda bersama teman dan keluarga?

Sekiranya anda mencari mengenai sejarah Aprilfool, ia dikaitkan dengan perbuatan pembunuhan secara beramai2 ke atas umat Islam di Sepanyol (betulkan saya sekiranya saya salah). Yang mana umat Islam di sana telah di tipu supaya mereka keluar dr kediaman masing2 dan kemudian dibunuh oleh tentera kafir. Jadi, bagi org Islam yg menyambut aprilfool, anda sebenarnya meraikan hari kematian saudara seagama anda. Sejauh mana kebenaran sejarah ini, wallahuaklam.

Mereka yang terkena Aprilfool secara gurauan ringan, mungkin maih mampu tersenyum dan bergelak ketawa bersama si pengena, bagaimana pula dgn mereka yg terkena gurauan Aprilfool secara kasar yang memalukan? Yang terkena pasti berasa marah, geram, malu sekaligus timbul perasaan ingin membalas dendam yang akhirnya mencetuskan pergaduhan.

Bagi aku pula, perbuatan kena mengenakan orang lain bukanlah satu perbuatan yg baik. Malah di dalam Islam sendiri kita disuruh supaya berbaik-baik antara satu sama lain. Maka tidak perlulah kita terikut-ikut dgn gurauan Aprilfool ini, sekiranya hendak bergurau, berguraulah tanpa menyakitkan hati yang lain. Tidak perlulah kita menjadi bodoh atau memperbodohkan yang lain semata-mata kerana ingin merayakan Aprilfool.

6 komen:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Oh entry ni masuk kategori entry takde motif ye?

husz_nie said...

yup... tp maksud 'entry takde motif' tu.. ikut pemahaman akak.. bkn pemahaman noi.. ekekeke

kiara said...

uisshhh..dasyat nyer pic pancung kpala tu...

husz_nie said...

kalau pancung betul2 lg dasat.. ekeke

msuhaimi2007 said...

Macam pernah tengok... baru aku teringat... kat blog ko la... haha...

husz_nie said...

apa yg ko pernah tgk

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons