Monday, April 27, 2009

Kura-Kura itu, aku yg punya…


Tak lama lepas aku sakit hari tu, kucing bg terbalik bekas kura-kura aku, pecahla bucu bekas kura-kura2 tu, kura-kuranya dah lari keluar, habis hilang. Pagi2 lepas subuh, aku dgr Zainal berteriak, dia nak keluar pergi kelas, “Kak Idar, kura-kura hang hilang dah”. Yang tinggal bekas kosong dgn pelantar konon batu tp lastik tu yg dah patah.

Jenuh lah aku pusing keliling rumah mencari kura-kura aku. Hampa rasa bila kura-kura yg aku bela dari sebesar syiling 50 sen skarang dah sebesar tapak tgn hilang. Pusing punya pusing, tiba2 aku nampak ada benda dok menguit kat paip tepi rumah. Rupa2nya si Kuri, dia tersangkut kat celah paip tu. Alhamdulillah, rezeki aku lagi, dia tak terjun masuk parit lagi. Dah jumpa Kuri, melilau pula mencari Kura, tp tak jumpa2. Dlm hati sedih gak, tp redha lah.. at least dah jumpa balik sekor.

Petang tu pulak, Zainal dok cuci span akuarium dia, dia nampak ni batu apa kat sini, tp bergerak, belek2 rupanya si Kura, dgn lekuk kat kulit dia mmg sah si Kura. Alhamdulillah, kedua-duanya masih milik aku. Zainal gamkan balik bekas tu ngn silikon, boleh le takung air balik.

Hari Khamis (23 April 2009) yg lepas pulak, Umi yg baru habis kerja kebun, tiba2 je teriak panggil aku. “Mana pi kura2 hang? Penutup terbukak.. kura2 hilang”. Ah sudah, pg td bagi makan dok ada lagi. Bekas dok elok ada atas pangkin. Pusing lagi la aku keliling rumah, cari punya cari tp tak jumpa. Dlm hati aku tak syak lain, aku syak org amik. Hampes betul, RM6 aku beli sekor, ngn bekas lagi ngn bela dah lama dah, dua2 skali lak tu depa kebas. Merampus-rampus jugaklah aku marah sampai Umi bising balik kat aku. Pastu aku nampak ada bungkus keropok kat tepi longkang, sah budak2 punya kerja. Budak2 kampung ni pelik, suka amik barang orang. Tapi aku tak sangka lak kura-kura yg tak bawak faedah tu pun diorang nak amik. Baik sauk je ikan-ikan si Zainal, leh gak siang makan. Mujur Umi selit penyauk kat alang bumbung.

Lepas 3 hari tak jumpa balik, putus asa la, dah bukan hak aku. Sekali smalam, sembang2 ngn Maklong sbelah rumah, dia bgtahu anak dia ada jumpa kura2 kat semak dpn rumah, ce pi tgk kot2 aku punya. Apalagi aku pun, pi le belek, tgk corak kat cengkerang dia, mmg mcm si Kuri, bila aku sua tgn, dia sua kepala mintak makan. Sah, mmg si Kuri, favorite dia makan dr tgn aku. Alhamdulillah, si Kuri ni masih aku yg punya.

Aku bawak masuk terus bekas kura2 tu ke dalam rumah. Dulu aku letak atas akuarium, tinggi la budak2 nak capai tak leh, Umi ubah buh atas pangkin sebab tak mahu kucing bagi terbalik lagi, sekali budak2 lak yg dpt capai.

Cerita pasal kura-kura aku ni maybe bosan, tp moral cerita ni, selagi sesuatu tu hak kita, rezeki kita, buatlah mcm mana pun, tetap akan jadi kita punya. Tapi, kalau sesuatu dah ditakdirkan bukan kita punya, bukan rezeki kita, buatlah mcm mana pun, even yg dlm tangan pun akan terlepas. Tapi (tapi lagi, brape punya byk tapi da), tidak le pula bermakna kita tak payah berusaha, kita masih perlu berusaha utk sesuatu, tak usaha mana kita tahu, mcm kes aku ni, at least aku dah usaha cari kura-kura tu, bila tak jumpa kena le redha, Alhamdulillah, masih ditentukan seekor dr kura-kura tu adalah hak aku.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons