Friday, April 10, 2009

Pengalaman dicium Sang Kapak - part 2.

23 Februari 2009, ISNIN.

Sebelum ni aku bukannya tak pernah tidur di hospital, tp bukanlah sbg pesakit, tp sebagai org yg menunggu org sakit..huhu. Tak terlintas dekat kepala otak aku ni yg satu hari aku akan tidur di hospital sbg pesakit. Hari kedua di wad, aku rasa bosan. Ada ke Yong bg aku majalah Anjung Seri utk aku baca. Huhu.. beli la Ujang ke, G3 ke, Gila-gila ke, APO ke, baru le best utk dibaca.

Yang paling menyeksakan nak ke tandas, kena usung tiang pulak utk gantung botol, dah la sbelah tgn dah diikat dgn besi mmg takle nak gerak bebas, tgn tu pun nak kena gantung gak. Ada skali drip tu terberetuh kat pelapik tandas, pergh… menonyeng-nonyeng aku menahan pedih. Nak mandi pun payah, mujurlah Umi dtg tengah hari tu tlg lapkan badan.

Dlm lbh kurang pukul 11 pagi, doktor perempuan (aku bg nama Dr Minah le.. dah tak tahu nama) smlm dtg periksa keadaan jari aku, jari aku dah berwarna biru lebam masa ni. Dari sejak ditoreh smalam, tiada langsung ubatan yg di apply utk luka di jari tu, langsung tak dicuci luka aku tu utk hari tu. Aku cuma diberikan antibiotik dan ubat thn sakit je. Kata Dr Minah, condition jari aku teruk, maybe kena potong. Ya Allah, tak dpt nak citer mcm mana perasaan aku masa tu. Aku tanya “what kind of treatment you will provide to heal my finger”, dia just jawab, tak tahu lagi, kena periksa lebih lagi. Boleh lak mcm tu.

Petang tu, Suba (officemate aku) dgn mak & cousin dia dtg melawat aku. Hilang sket bosan aku.. hehe. Thanx Suba. Oh ya, petang tu jugak diorang dah buka salur getah kat drip, means tak payah masuk air dah, kira bebas sket le bergerak, tp drip tu masih dibiarkan di tgn.



24 Februari 2009, Selasa.

Pagi2 lagi aku dah dpt sms dr Porenges. Sms dia cukup tak bagus utk org sakit. Menyakitkan hati org sakit ada la. Dari smalam asik hantar sms tanya bila aku nak masuk kerja.

Porenges : Hus, how u? Lama lagi admitted in hosp?

ni nak suh aku masuk keja cepat2 la ni, aku ni kena patuk ular, bukannya demam biasa nak cepat2 sembuh, baru dua hari tak gi kerja dah kecoh cam setahun tak gi kerja..

Aku : Not sure yet, maybe will take one week.

Aku pun hentam je ni, mana aku nak tahu, doktor pun tak ckp pape, bila tanya pun dok ckp bahasa medical sesama diorang pastu tak sudah2 wait n see.

Porenges : Omg. How serious is it? Kena infection/poisoning? Wat snake was that?

Dei?? Apa ke punya soalan ni?? Macam bangang je. Aku dah bgtahu smalam. Kena patuk ngn ular kapak, berbisa... ko lagi tanya poisoning ke tak... Aku siap ckp ada kemungkinan jari kena potong.

Aku : It’s a snake, a viper... of course it poisoning.

Dan lepas tu aku dah malas melayan sms dia. Rasa mcm nak cari ular kapak suh patuk btg hidung dia je biar dia tahu poisoning ke tak.


Lepas tu, seorang doktor laki dtg periksa laporan aku. Dia bgtahu aku, yg bisa ular dlm badan semua dah tak ada. Kalau ikutkan aku dah boleh discharged dari wad medic, tp kena tunggu dr bahagian orthopedic.

Dalam pukul 10 pg, dtg sekumpulan doktor dr wad orthopedik bersama dgn doktor India (panggil Dr. Kambing la ye) yg toreh isi jari aku tu , periksa condition jari aku, pastu diorang potpet-potpet sama2 diorang, dan apa yg Dr Kambing ckp, this finger have chance to recover, but if worsen need to be cut. Aku akan dipindahkan ke wad orthopedic. Bila tanya what kind of treatment you will provide to me (mana tak tanya, dah luka lebar sampai mcm tu kena toreh ngn diorang, tp satu medication pun takde diorang provide), masih takde jawapan pasti dari doktor. Kalau korang jadi aku, agak2 korang akan puas hati ke? Itupun kata nak pindah wad, dr pg sampai ke pukul 2 something tak pindah2 wad lagi.

Lepas periksa, diorang biarkan je luka aku tu terdedah mcm tu, katanya nanti nurse dtg buat dressing, sampai Umi dtg tidak jugak dibuat dressing, sampai le Umi bising tanya, kata nak cuci, tp tak cuci2 jugak, barulah dtg cuci. Tp kulit2 mati yg dah ditoreh tu, dibiarkan je berkeleweh kat situ, diorang just cuci, tak bubuh ubat pun, pastu balut.

Dekat Umi, aku cerita apa kata doktor semua, dan bincang ngn Umi, aku decide nak mintak keluar dan pi check dekat hospital Taiping pulak. Umi pun pi la pujuk2 doktor, dpt le keluar.

Sampai rumah Yong, Umi yg mmg selalu prepare dgn perkakas ubat dan pencuci luka, buka balik balutan tu, cuci balik elok2, potong kulit2 yg dah mengering tu, sapu gel gamat dan balut balik. Umi cuci dan balut, lebih elok lagi dr nurse2 terlatih tu. Malam tu, baru le rasa lena sket tidur bila aku tidur dulu kat rumah Yong sebelum balik ke Perak.



SELINGAN..

Ini pantun adik aku.. yg suka betul kacau aku bila aku menaip, pantang tinggal kejap sure dah dipenuhi dgn lakaran tah pape dekat laptop aku ni… baru kejap gi dapur, masuk bilik dia dah taip pantun ni… KAMBING PUNYA ADIK… sejak aku kena patuk ni dia asik usik aku ngn nama ular kapak je la.


Anak Kambing Mati dalam semak
Anak ular kapak mematuk jari
Dr kambing hilang mak
Suka2 toreh jari

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons