Thursday, April 16, 2009

Pengaman dicium Sang Kapak - Part 5

26 Feb – 8 Mac 2009

Sepanjang tarikh ni aku tak pergi jumpa mana2 doktor. Aku apply cuti lima hari. Aku cuma duduk di rumah try ubat-ubatan cara tradisional, Gamat (yg air yg jeli semua aku bantai), air Zam Zam, madu, pati ikan haruan, dari yg pahit ke yg manis semua aku telan. Luka pula aku cuci sendiri hari2, atau Umi yg cucikan. Kak Midah (sepupu aku kerja nurse) bg sebotol air pencuci luka, Umi pula beli semua perkakas cuci luka, kapas, kain kasa, pengepit, pembalut dr farmasi.

Aku jadi takut nak jumpa doktor, takut sbb sejak duduk di hospital tak habis2 yg keluar dr mulut doktor ialah nak potong jari aku. “Kita tgk dua hari macam mana, nanti kita potong”. Sampaikan quote ni dah jadi among famous quote atr aku ngn adik aku. Sakit apa2 je atau luka apa2 je sket, kitorang akan ckp, “kita tgk dua hari.. nanti kita potong”. Kui kui.

Jari aku masa ni kalau dilihat dr sisi, mcm ada dua bahagian, satu hitam tanda isi mati, satu lagi normal as jari biasa.

9 Mac 2009, Isnin – Harapan Baru.

Di sebabkan si porenges tu dah sibuk2 suruh aku kerja hari ni, sdgkan aku belum baik lagi, terpaksalah aku pergi klinik nak dptkan MC.

Umi yg tengah sembahyang Zuhur, tiba2 aje teringatkan Dr. Yahya yg ada klinik di Bagan Serai. Jadi petang tu aku ngn Umi ke Bagan Serai, tp klinik tu tutup. Jadi aku masuk je ke Poliklinik Hidayah yg berhampiran situ. Selang beberapa kedai aje.

Dr yg bertugas petang tu Dr. Noor Azmi, dia belek2 luka aku dan bgtahu yg klinik tu ada pakar utk kes2 macam aku ni. Kata Dr. Azmi, kebanyakkan pesakit kencing manis yg lari dari hospital sbb tak mahu kena potong selalu ke situ utk dptkan rawatan. Alhamdulillah kebanyakkannya berjaya disembuhkan malah ada yg kondisi lagi teruk dr aku pun ada yg dah sembuh. Lepas dia cuci luka aku, dia suruh aku dtg lg pagi esoknya untuk berjumpa dgn Dr Siti Norizah. Aku diberi MC seminggu.

Kata2 Dr. Azmi beri aku harapan baru utk pulih. Malah sedikit sbyk melegakan hati Umi.

Inilah keadaan jari aku masa aku mula2 berjumpa dgn Dr. Azmi. Dr. Azmi sendiri siap rakamkan gambar supaya aku dpt lihat perkembangan jari aku.

0 komen:

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons