Wednesday, April 15, 2009

Pengaman dicium Sang Kapak - Part 4

Inile lebih kurang rupe ular kapaknya yg mematuk aku. Bahse omputihnya Malaya Pit Viper.

26 February 2009, Rabu

Seawal pagi aku dah dikejutkan, untuk suntikan antibiotik (aku pun tidur2 ayam je, tak boleh lena). Setiap 6 jam sekali diorang akan berikan suntikan antibiotik. Setakat ini itu ajelah medication yg diberi. Takde lain. Suntikan antibiotik ni lebih memedihkan dari air berubat (ada air biasa ada air dgn tabung ubat.. dua2 aku dah rasa) yg dimasukkan melalui drip. Suntikan antibiotik ni pun dimasukkan melalui lubang drip juga tp pedihnya, pergh.. berkali ganda pedihnya dari luka yg dibubuh garam. Menggetar2 tgn aku menahan pedih.

Yang aku paling geram ngn mulut cabuk sorang nurse tua ni. Ada ke dia boleh ckp mcm ni kat aku, “yang pi sua tangan kat ular tu buat apa??” . Siapa pulak yg bangang sgt nak sua tangan kat ular?? Hang ka?? Tapi yg ni aku ckp dlm hati ajala, yg terkeluar kat mulut aku “Sapa pula yg nak sua tgn kat ular”. Tah pape tah, kalau ikut hati marah, mau bambu je cukup2, tp kang dia suntik pape kat aku lak, so sabor aje lah.

Pagi tu mari pula sekumpulan doktor. Pun takde lain ckp asik bgtahu yg jari aku kena potong je. Tp sbb jari aku masih boleh bergerak, maka takde citer lain, asik nak potong dan we wait and see for two day. Mcm Hospital Kulim gak langsung takde apply medication lain selain antibiotik. Apa kes, nak pulih apa dlm 2 hari?? Ke dlm dua hari tunggu sampai jari aku betul2 teruk spy senang diorang potong terus? Aku bunyi mcm pesimis kan? Well, kalau korang kat tempat aku pun masa ni korang akan berfikir macam ni.

Tak tahan duduk wad yg membuatkan aku jadi makin pesimis, aku mintak nak kuar. Mujur Umi setuju maka lewat petang tu setelah bertengkar dgn doktor dan menunggu selesai semua urusan tu aku pun discaj dr hospital.

2 komen:

Anonymous said...

dalam geli2 ada juga lawak nya aku baca kisah ko ni....ko tau aku baca ni sambil aku imagine ko sendiri yg bercerita ngan aku....hehehehe

husz_nie said...

hahaha.. aku tau ko lia.. aku pun bayangkan muka ko terlongo je dgr aku bercerita.. mcm masa kita study dulu2.. ekekeke

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons